Simpan harta untuk anak anak tu bagus tapi yang tak bagusnya ialah..

by - Rabu, November 20, 2019


" Duit SSPN , Tabung Haji , ASB budak budak ni potong dah ? " tanya aku. Tugasan bab simpanan ni , aku memang serahkan kepada wife jer.

" Potongan  zakat pendapatan diorang tahun lepas , camana ? " tanya aku lagi.

" Amboi.. jauh dari had kelayakan lagi la.. Kena rajin lagi menyimpan. " jawab wife.  Eh.. tak banyak eh ? Hahaha.. Ingatkan dah wat kawin dah. Kot la nak bermenantu awal ! Hahahaha.. Gatai benor aih.. Ke bapak dia yang nak nehh ??? Uhukk..

Bukan apa.. Kena amik berat hal hal begini. Aku sebagai ketua keluarga, kalau tak laksanakan tanggungjawab aku ni , akhirat kena soal.. naya nak menjawab !

Untuk pengetahuan kita semua terutama buat mereka yang tak tau , tak nak amik tau dan juga mereka yang terlepas pandang , Lembaga Zakat Selangor baru baru ini melancarkan kempen kesedaran buat mereka yang beragama Islam.. diulangi , mereka yang beragama Islam yer ! Haa... 

Kempen yang diberi nama Zakat@Family ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan tanggungjawab masing masing dalma memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu di bawah tanggungan dan juga jagaan mereka dilaksanakan dengan baik.


Ini melibatkan setiap harta yang mereka miliki dan bukannya bergantung pada usia kelayakkan  termasuklah kewarasan pemilik harta untuk membayar zakat ! Kesedaran ini penting dan ramai tidak mengambil berat akannya.

Sebagai penjaga , kita kenalah pastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri , pasangan , tanggungan atau individu di bawah jagaan kita setelah mengetahui kelayakkan serta jumlah pembayaran bagi mereka yang terlibat. 

Jangan risau.. Tak payah nak peningkan kepala tu ! Kalau tak tau , call jer. Kalau tahu  akan prosedur dan kelayakkan , boleh kira sendiri kemudian buat je bayaran jika layak ! Jika tidak layak , tak payah bayar. Jangan risau .. Allah Maha Mengetahui.



Percayalah.. Takda sapa jatuh muflis selepas membayar zakat ! Yer , ada yang takut miskin lepas bayar zakat ! Huhuhu.. Apa punya pikiran daaa ! 

Tunaikan kewajipan kita ! 








You May Also Like

1 comments