Bangi Wonderland ThemePark and Resort : Promosi Gempak Giler Sempena Cuti Sekolah.

by - Ahad, Disember 03, 2017

Kali ke dua aku ke sini dan tiada perubahan namun banyak perbezaan ! Haaa... perbezaannya membuatkan aku ingin berkunjung untuk kali ke 3 dan seterusnya ! Dalam erti kata lain , yer... inilah tempat aku nak bawak anak anak bila nak bermain air ! Hehehee..


Keselamatan adalah paling utama di sini dan mereka telah lakukan dengan yang baik. Tiada lagi tempat tempat licin dan kedua , semua tempat berfungsi dengan baik.. yang sesuai untuk anak anak la maksud aku ! Puashati anak anak bermain air kat sini... termasuk orang tuanya sekali ! 

Ok... sempena cuti sekolah ni ada Bangi Wonderland ThemePark and Resort mengadakan promosi menarik yang diberi nama GEMPAK GILER ! Apa yang gempak sangat ??? Sambil mandi leh layan artis menyanyi ! Hehehehe.... Dan artis bukan sebarang artis yer ! Ada Awie , Ameng , Ezad Lazim ,  Siti Nordiana , Amy Search dan ramai lagi..

Untuk maklumat lanjut boleh ke www.bangiwonderland.com.my/

Ok.. persembahan artis berdasarkan hari berikut dan bermula pada jam 2 petang. 

2 Disember : Ameng Spring dan Ezad Lazim
3 Disember : Awie dan Siti Nordiana 
9 Disember : Amy Search dan Nico G 
10 Disember : Khalifah dan Projector Band 
Harga tiket , sila rujuk ke laman web sebab ada promosi. Heee..

Waktu buka  dari hari Isnin hingga Jumaat  ialah 11 pagi hingga 6 petang. Manakala Sabtu dan Ahad, bermula jam 11 pagi dan tutup jam 6 petang. Selasa tutup yer... kecuali musim cuti sekolah dan cuti am.
Ok... Yang keduanya... tahniah diucapkan atas ulanghtahun pertama ( kalau tak silap ) dan juga anugerah yang mereka dapat baru baru ini ! Ini membuktikan Bangi Wonderland ThemePark and Resort adalah taman tema yang setanding dengan taman tema yang lain. Segala kritikan mereka terima sebelum ini , telah padam dari ingatan !  Terbaik !! 
Tunggu apa lagi ? Meh la bawak anak anak sementara cuti masih ada. Heeee.. Selamat bermain air ! Best !!! 

You May Also Like

15 comments

  1. Best betul tu aben. Anak-anak pun seronok main air gitu

    BalasPadam
  2. Ciri-ciri keselamatan tu penting! hikhik...

    BalasPadam
  3. Tahniah Bangi Wonderland. Antara taman tema pilihan lepas ni. Sebab anak-anak suka

    BalasPadam
  4. Bestnya, tak sabar nak bawak anak² ni.

    BalasPadam
  5. bawa anak-anak main air dekat bangi sempena cuti sekolah nie pasti seronok

    BalasPadam
  6. Memang best...dekat rumah ..pasti repeat lagi

    BalasPadam
  7. Kalau pergi berkali-kali, maksudnya best lah.

    BalasPadam
  8. Paling suka sebab isu keselamatan tu. memang best bawa family main air di Bangi Wonderland

    BalasPadam
  9. Salah tulis tu ben.. sabtu ahad 10pg start.

    BalasPadam
  10. Kalau bukan sebab si kembar ni berkhatan, konpem i pi gak hari tu. Kena plan next holiday lah pi sana

    BalasPadam