"Ala...nantilah pergi.. "

by - Jumaat, Mei 15, 2020


Aku tau. Aku pun macam korang gak. Duduk termenung. Berdoa agar Covid 19 ni dapat diselesaikan dengan segera. Tak larat dah nak hidup dalam ketakutan. Nak ke sana sini pun tak boleh. Dah macam terpenjara dalam rumah sendiri ! 

Itu pun bersyukur ada rumah sendiri. Berapa ramai kena halau dari rumah mereka ? Tak mampu nak bayar sewa ! Hilang pekerjaan. Terpaksa pulang ke kampung. Nak pulang pulak , satu hal ! Tak bolen nak pulang sebab dek sekatan pergerakan antara negeri ! Kena dapatkan surat la pulak ! Macam kena ada passport ! Fuh..

Nampak tak ? Satu ketika dulu.. kita bergerak ke sana sini dengan begitu mudah. Tak da sapa nak kisah pun. Tak kira waktu. Malam tak mengenal siang. Sama jer. Sekarang , jam 10 malam kena ada dalam rumah dah ! Apa cite ??? 

Berapa lama tak dapat jengok ibu bapa tercinta ? Dek kerana berada di negeri lain. Dah macam berada di negara lain lak. Dulu , suka tangguh. " Alaaa.. nantilaah.. Banyak masa lagi boleh pergi ! ". Tak endah. Yer.. sibuk dengan kerja. Tapi bila nak gi melancong , boleh pulak amik cuti panjang ? Memang cuti simpan untuk melancong dari balik kampung tengok orang tua ? Huhuh... Kini kita kehilangan peluang tu sejenak. Yer , sejenak pun cukup terseksa. 

Ketika ni... teringat melepak di kedai mamak.. Duduk dengan kawan kawan, berbual santai. Tapi tangan dok menekan telefon pintar. Bual sekejap selebihnya dok layan handphone ! Nah.. sekarang layan laa phone tu ! Takda sapa nak kacau dah. Baru rindu kat kawan kawan kan ?

Di pejabat lak... Boss tanya... sapa nak cuti raya ni ? Semua pakat nak kerja. Kenapa ??? Risau kena buang kerja. Masing masing nak tunjuk rajin time ni. Masa ni nak tingkatkan produktiviti. Kasi company naik . Kalau tak naik ? Kena buang kerja. Mengelabah kan ? 

Dulu... bila cuti panjang. Sibuk nak melancong luar negara. Alaaa.. Dalam negara bila bila boleh pergi ! Nah , sekarang ? Huhuhu.. Duduk dalam daerah je kita , kan ? Haaa.. barulah terasa nak gi Pulau Pinang la.. nak gi Sabah laaa... teringin nak tidur di dalam hutan di Taman Negara la... Nak lepak di pulau pulau sambil snorkling la... Walhal ketika ada peluang tu dulu , kita jawab... 

" Ala.. nantilah pergi.. ".

Sekarang telan air liur tengok gambar gambar. Dek kerana sikap yang suka menangguh tu, berapa banyak dah kita kerugian ?? 

Nak lagi best ??? 

Masa ada duit.. dok sibuk tukar gajet.. Shopping barang branded.. Duit diabiskan begitu saja. Maklumlah , masyuk ! Job sana sini ada. Projek besar. Gaji lumayan. Utamakan dulu yang sukar nak dapat... Sekarang ???? 

" Nak gi umrah ? Nak gi haji ? Nak ziarah Kaabah ? " 

Semua tu dah tak boleh ! Entah sampai bila ? Kita pun tak tau.. Satu kerugian dek kerana sikap kita yang suka menangguh tu.. Huhuh... Rugi kan ?

Dan paling merugikan ialah...  Masjid dan surau pun dah tak boleh pergi untuk bersolat berjemaah. Solatlah di rumah tu. Dulu dok kata.. " Nantilah pergi... nantilah pergi... " . Sekarang Allah dah tarik segalanya . Harapnya seketika. Jika berpanjangan ? Menangis air mata berdarah la jawabnya. 

Nah.. sekarang Allah beri kita satu lagi peluang.. Yang ada di depan mata..

KELUARGA ! 

Apakah kita nak tunggu kehilangannya ? 

Manfaatkan masa tu... 

You May Also Like

10 comments

  1. Huhu...rasa terkesan masa pkp ni...byk perubahan berlaku. Huhu...kena tabah dan sabar

    BalasPadam
  2. terkesan jugak...tapi Alhamdulillah sebelum Pkp dah pulun cuti AL half untuk pergi Trip.. rindu nak pg trip 😭😭😭

    BalasPadam
  3. Nice sharing.. betul sgt. Sama2 kita manfaatkan masa yg ada bersama keluarga.

    BalasPadam
  4. Kena kawal kesihatan fizikal dan mental.. Semoga pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat.

    BalasPadam
  5. Nasib baik awal Jan haritu pergi juga Langkawi sebab lama dah nak pergi, balik2 terus kes covid huhu tulah pasal ada peluang dan takde benda menghalang jgn tangguh2 nyesal nnt

    BalasPadam
  6. Kalau dulu kita terlalu sibok dgn agenda luar sebab nak naik tarafkan hidup,kalini Allah suruh fokus yang dirumah. Nah.. Luangkan masa habis habisan dgn mereka yang ada dirumah. Jangan mengeluh lagi melayan karenah mereka ( eh, ini bukan utk org Malaysia, ni nasihat utk org kat negara lain) hehehe

    BalasPadam
  7. Tapi best juge... Tak payah balik raye rumah mak mertua... Lega rasenye

    BalasPadam
  8. Sebenarnya Allah beri kita banyak sangat peluang,tapi kita banyak lalainya.Moga ada pengajaran yang betul-betul terkesan dihati dan kita kena cepat berubah lebih baik.

    BalasPadam