Sempena Hari Ibu , biar jer.. aku belanja semua orang makan ! - BEN ASHAARI

Sempena Hari Ibu , biar jer.. aku belanja semua orang makan !

Biar je aku masak ? Fuh.. dek kerana pengaruh dari group Suami Masak Apa Hari ni , maka aku nak masak yang spesial untuk dia ? Perghhh... Aku boleh je masak untuk dia tapi persoalannya... dia boleh ke nak telan ? Hahahaha... Maklumlah , aku cuma power masak maggie je ! Bukan maggie kosong yer.. Haaa ! Maggie yang aku dah olah kaw kaw punya ! Kiranya nak buat sekali tu , memang takkan jadi la. Hahahha.. 

Aku bagitau dia.. Aku nak belanja Tony Roma's . Tengok ari tu kat Instagram , ramai je dok makan. Terliur lak. Nak order ketika tu , aku kat Kelantan. Order tu boleh. Hantar tu boleh... Cuma tak tau la bila nak sampai. Hahahaha... 

Cawangan terdekat dengan umah aku di Sepang ni ialah di Putrajaya IOI City Mall. Katanya boleh je hantar sampai ke area Nilai. Malah ramai je artis artis buat tempahan dengan Tony Roma's ni. Aku pertama kali ni. Baru nak try ! 

Ok.. Tony Roma's ada beberapa cawangan di Malaysia seperti Kuala Lumpur , Johor dan Melaka. Menu utama mereka ialah masakan  ala western. Boleh tengok di website Tony Roma's




Ada 4 menu yang boleh dihantar. Mana satu sesuai untuk wife dan anak anak makan ? Jangan risau..  tanya je dengan mereka dan akan diberi pandangan yang sesuai. Dan dicadangkan menu Syukur Sama Sama untuk kami sekeluarga. Huhuhu...

Sesuai sangat sebab anak anak boleh makan spice chicken pasta manakala wife boleh try Beef Ribs yang juga signature Tony Roma's. Qhaliff ? Hehehe.. Ada BBQ Chicken gitu ! Confirm dia suka punya.

Cukup ke ? Hahaha.. Kita rasa dulu. Setakat ni , aku tak dengar komplen kata tak sedap ! Hehehe.. Kalau menepati selera , kita order lagiiiii ! Kan kan ? Apa susah..


Er, menu untuk Sahur pun cam sedap je kan ? Hahahaha... Beli awal awal.. simpan. Pagi nanti kasi panaskan jer. Tak payah sibuk nak masak.. kan kan ? Hehehe.. Kot la nak tukar selera. Asik bedal makanan sama jer..  kan kan ?

Harga ok je tu kan ?





Camana nak order ? Boleh walk in untuk take away. Jika nak guna khidmat penghantaran makanan , sila ke Grabfood, Food Panda Hungry Atau menggunakan delivery service LalaMove Grabexpress BungkusIt.

Pembayaran juga boleh dibuat melalui GrabPay Menu di https://bit.ly/TRSpecialMenu


3 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.