Korang dah selesaikan ke belum ni ? Jangan terlewat lak yer !
Alhamdulillah.. Aku bayar awal zakat fitrah. Dah jadi kebiasaan aku dah setiap tahun sejak berkeluarga ni , aku uruskan pada awal Ramadan untuk elakkan terlupa. Maklumlah , banyak nak diuruskan hal dunia ni terutama sejak PKP .
Waktu Membayar Zakat Fitrah
Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Hukum bayar Zakat Fitrah adalah wajib jika cukup syarat wajib zakat fitrah iaitu:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan
Ok... Tu asas yer. Bukan apa.. Ada yang persoalkan bab ni. Sekurang-kurangnya , aku dah mainkan peranan aku. Hehehe.. Terlepas dah bahagian aku. Kan kan ?
Nah... bagi mereka yang tinggal dan bekerja di Selangor... jika nak tunaikan Zakat Fitrah ni , digalakkan la secara online yer. Sah ke akadnya ? Adeh... Al maklumlah , ada yang kata takda feel la.. nak kena berjabat tangan baru syok atau kena mengadap muka amil... baru terasa Ramadannya.. Dan macam macam lagi laaa alasan. Aku nak jelaskan pun , bukan bidang aku tapi secara ringkasnya , korang boleh baca di artikal Sinar yang dikeluarkan pada tahun 2019 ni yang bertajuk ' Tiada akad, sah ke bayar zakat ? '
Aku... Kalau amil ada depan mata , aku bayar je melalui amil. Jika tidak , online pun jer. Lagi pun rekod secara online pastinya dah ada. Mudah je jika untuk rekod LHDN. Hehehe.. Dan kali ni pulak , dunia sedang dilanda musibah. Huhuh.. Nak keluar, nak berjabat tangan memang sukar la... Maka digalakkan la bayar zakat fitrah secara online jer.. Dah dimudahkan , kenapa nak susahkan diri lak kan ?
Lagi pun dah ada banyak aplikasi sahih untuk mudahkan pembayar zakat ni. Tak kira la zakat fitrah atau pun zakat pendapatan. Boleh je download dan guna. Ikut je arahan yang disuruh. Tak suruh , jangan ikut. Hehehe.. Bahaya. Takut ternikah online lak. Ehhh.. gurau jer ! Hahahaa...
Bagi terus melalui laman web Zakat Selangor , ada hadiah istimewa menanti korang. Hehehe.. Ok la kan dari takda apa apa , kan ? Hehehe..
Untuk bayar zakat melalui Zakat Selangor : https://fpx.zakatselangor.com.my
Semak bayaran & penyata zakat: https://ezo.zakatselangor.com.my
14 comments
Alhamdulillah En Suami dah lunaskan.Syukur.
BalasPadamMudah sekarang nak bayar zakat.
BalasPadamalhamdulillah! sekarang semua dihujung jari jer. mudah dan cepat!
BalasPadamdah syukur semuanya di permudahkan. malah ianya boleh dilakukan di hujung jari sahaja.
BalasPadamAlamak..tak bayar lagi ni. Mujur baca ni..baru ingat...harap2 tak terlepas lah. Kena bayar cepat ni..takut2 lupa lagi. Terima kasih sebab ingatkan.
BalasPadamDah langsai Jumaat pertama ramadan. Senang kan nak bayar online je
BalasPadamAlhamdulillah husband dah buat bayaran zakat.
BalasPadamTahniah LZS mudahkan cara pembayaran zakat
Alhamdulillah. Haida pun minggu pertama puasa dah bayar.
BalasPadamsekarang semuanya mudah...bayar online saja...harap xde yg bagi alasan xleh keluar nak bayaq... hehehe
BalasPadamMudahnya bayar zakat.....
BalasPadamSenang kan boleh bayar online masa PKP ni.. X payah susah2 nak cari amil.
BalasPadamAlhamdulillah. Husband dah bayar
BalasPadamAlhamdulillah dah settel. Sekarang ni lagi mudah, semua hujung jari jer..
BalasPadamTu la.. Kalau jumpa amil pun tak dpt berslm.. Baik bjat online.. Sennag dan selamat
BalasPadam