PKP dah berakhir ke ?? Dah boleh beraya ke ?? Dating boleh tak ??

by - Mei 02, 2020

"Abang , Zila dah kena pergi kerja Isnin ni ! " kata wife pada aku yang sedang layan Facebook di telefon pintar. 

Aku pandang dia. 

" Dah send info kat abang.." tambannya lagi. 

Terus aku buka Whatsapp dan baca.. 

Hurm.... 

Perkara pertama aku cari.. aktiviti sukan ! Hahahaha.. Boleh gi gym dah ke ? Hehehe.. Bukanlah aku nak pergi sangat tapi andai kata pusat gym dah dibuka, bermakna betul punya kelonggaran diberi wooo ! Risau gak sebab kes masih lagi dua digit dan dua hari ni , kembali naik ! 

Apakah yang menyebabkan kerajaan mengubah 'pendirian' ? Apakah Ketua Pengarah KKM bersetuju yang mana beliau adalah insan yang terang terang akan membangkang jika tidak bersependapat. Hehehe.. semua rakyat tau mengenainya. 

Dari PKP ke PKP-Bersyarat !

Namun aku tahu kenapa semua ini berlaku. Keadaan ekonomi negara dan dunia di kedudukan 'membimbangkan'. Sebulan 'off' membuatkan negara rugi berbilion ringgit ! Ini bukan sebab duit ! Ini melibatkan juga kemanusiaan. Jika negara kerugian , rakyatnya juga terkesan ! Maka setiap pihak memainkan peranan masing masing. Demi negara.. demi masa depan rakyat ! 

Di Twitter , aku terbaca mengenai beberapa hotel di Malaysia memberhentikan operasinya. Malah ada sebuah hotel terkemuka pon dah beritahu akan 'buang' pekerja. Itu belum lagi syarikat syarikat kecil yang mana aku dapat tahu dah mula potong gaji dan juga buang pekerja. Mereka tiada pilihan dah ! 

Ditambah lagi dengan isu Hire Purchase membuatkan kerajaan semakin garu kepala. Rakyat dah mula runsing. " Nak kena bayar interest la pulak ! Mana nak cari duit ? Kerja takda... Tak boleh nak gi kerja. Sapa nak bayar gaji ? " Nah.. di sini penjawat awam akan terkait. Ada yang mula tak puashati dah bersuara mintak potong gaji penjawat awam juga ! Baru adil katanya. Hehehe.. 

Sejujurnya aku pun turut terkesan. Ada beberapa bayaran job belum diterima. Syarikat tak boleh nak bayar sebab pejabat tutup. Kerja dari rumah pun agak payah juga. Nak tak nak , kena tunggu pejabat buka untuk buat bayaran.  Maka aku telan air liur la ! Nasib baik aku dah bersedia dari awal lagi. Keluar duit simpanan yang memang aku sediakan untuk kes kes gini. Alhamdulillah. Tapi tak la leh tahan lama.  BPN pun aku tak layak terima. Huhuh.. 

Atas alasan alasan inilah maka PERINTAH KAWALAN PENGERAKKAN BERSYARAT bakal dilaksanakan pada 4hb Mei nanti. Dan seperti yang dijangka , ramai tidak bersetuju dek kerana risau bakal berlaku gelombang ke 3 !

Bukan sebab nak raya Aidilfitri !


Cegah Gelombang Ke 3 

Aku terus mencari maklumat mengenai PKP- B ni. Hurm... banyak juga yang bakal beroperasi nanti. Cuma aku masih belum dapat jawapan , apakah aku dah boleh bertolak balik ke Sepang dari Kelantan ni ? Ramai turut senasib dengan aku ni. Dan aku perlu ke balai polis untuk mendapatkan jawapannya. Jika tiada maklumat mengenai pengerakkan , maka terpaksa mintak surat kebenaran dari polis untuk bergerak pulang. 

Langkah langkah pencegahan akan dibuat oleh kami sekeluarga. Pastikan ada stok topeng muka dan hand sanitizer. Ini untuk wife yang bakal kembali ke pejabat. Aku tak perlukan sangat dan tak rasa akan abiskan masa di luar walaupun dah boleh keluar ! 

Demi mencegah Gelombang ke 3 seperti yang sedang berlaku di beberapa negara ketika ini, Ketua Pengarah KKM dah 'sound'.. Jika ada satu kes Covid 19 , seluruh kawasan tu akan dikenakan PKPD ! Pergh... terus tutup ! Nah... bermakna semua orang yang berniaga atau bekerja di tempat tu kena patuhi SOP atau Garis Panduan yang diberikan oleh KKM. 

Peranan kita pulak yang reti dengar cakap ni ialah kena tegas dengan mereka yang pekak serta buta hati ni ! Pihak PDRM kena lebih tegas kali ni terutama pada yang bangang bangang ni ! Jangan disebabkan diorang , maka semua terpaksa kembali ke dalam rumah dan kali ni confirm untuk jangka masa yang cukup lama ! 






Bantu memulihkan ekonomi negara 


Kita sebagai rakyat Malaysia , kena utamakan barangan buatan tempatan demi merangsang kembali ekonomi negara. Paling utama ialah penggunaan petrol kereta. Kena sokong produk negara kita sendiri weh ! Maka sila guna Petronas berbanding jenama lain. Hehehe.. Terpaksa tau ! Bukan suka suka. 

Jangan lupa beli AZYMA CARE juga yer. Ni bagus untuk bersihkan diri dari segala kotoran. Penting woo ! Produk tempatan yang suci dan juga halal untuk diguna oleh sekeluarga. Hehehe.. Kandungan terdiri dari tanah liat dan juga bunga bungaan. 




Layari laman sesawang rasmi www.azymacare.com atau FB Azyma Care HQ atau hubungi WhatsApp 0197760647 (Cik Azy)




Akhir kata... nasihat aku ialah..

JANGANLAH KELUAR RUMAH JIKA TAKDA HAL PENTING dan JIKA NAK KELUAR PUN , TAK PERLULAH NAK USUNG SATU KELUARGA. VIRUS MASIH DI LUAR SANA MENANTI MANGSA ! PASTIKAN KITA BUKANLAH MANGSA YANG MEREKA NANTIKAN ! 






You May Also Like

5 comments

  1. baik elakkan balik rya buat masa skrg..wlupun kes dh kurang tp risau akan merebak smua bila masing2 dh lupa dan buat sambil lewa

    BalasPadam
  2. Saya rasa, kalau dalam seminggu ni, Naik memanjang...akan disuruh stay home balik..tapi skrg kena Cuba jugak kasik bukak balik..secara slow and step by step... Dan ikut peraturan..yg xde duit tuhla kesian..Sapa jela nak membantu..kalau berduit, xpe gak

    BalasPadam
  3. baru nk ajak abag Ben dating hehehe

    BalasPadam
  4. Bersyarat,namun sejauh mana rayat berdisiplin mematuhi syarat kerana sekarang pun sudah ada yang berani bawa anak kecil keluar.

    BalasPadam
  5. 3ply Disposable Face Mask!!
    Face Mask.
    We have CE certificate ✅ Please do not hesitate to contact us for more info.

    BalasPadam