Nak kurus tapi tak dapat dapat gak ! Nak buat camana eh ?

by - Ahad, Mei 31, 2020





Sejujurnya , aku bukanlah pakar dalam bab ni. Kalau korang nak , boleh gi follow Kelvin Zahri punya page atau instagram. Kat sana mungkin ada penerangan lebih baik. Tapi apa yang aku nak ceritakan dalam ni sekadar pengalaman aku. 

Dulu aku tak paham sangat la part part kalori ni. Pengiraan tenaga dan juga jumlah kalori dalam makanan. Kalau tengok dari jadual pemakanan dan kalorinya , boleh insaf weh ! Bayangkan pagi pagi lagi dah bedal roti canai 2 keping... ditambah lagi dengan telur setengah masak 2 bijik.. Pastu teh tarik. Siap sarapan pagi ! Pastu balik rumah.. sambung tidur ! Atau paling tidak pun tengok tv. Tak pun , basuh kereta. Maka , berapa banyak kita dah gunakan tenaga yang baru kita masukkan tadi tu ? Fuh... Baki tenaga tu camana ? 

Kalau itulah makan pagi , tengahari dan malam sekali gus.. ok la.. Boleh guna sepanjang hari. Tapi kalau tengahari kang nasi kandar atau nasi campur dengan pelbagai lauk pauk ? Fuh...tersandar di kerusi ! 

Yer... ada orang tak kisah. Asalkan dia bahagia dan dia nampak sihat ! Sakit tu , nanti jer cerita. Selagi boleh makan...kita makan. Katanya. Bagi aku, konsep tu salah. Kita makan untuk hidup. Sesekali nak makan yang lazat , ok la. Tapi jangan isi macam penyamun jumpa harta karun ! Semua nak rempat dalam satu beg kecil ! Pilih yang terbaik dan berbaloi la kan ?

Aku dulu macam tu ! Sumbat selagi boleh ! Nasi kandar.. 2 ketul ayam ! Siap ayam madu dengan ayam masak kicap. Bapak ahhh ! Bila pikir balik, ngeri ! Ngeri dek kerana selepas makan tu , termengah mengah jalan. Sedap tu sedap tapi selepas tu kita jadi tak sedap. Badan jadi lemau. Mulut jadi berbau. Otak jadi lembab. Kepala ingat nak membuta jer. Dah jadi macam ular sawa !

Maka... aku ubah cara hidup. Makan tetap makan. Tapi pilih. Apa yang nak kena makan ? Aku tak memaksa wife aku masak itu ini setiap hari. Dia nak masak apa , terpulang kepada kemampuan dia dan juga apa yang ada di dapur ! Melainkan jika aku teringin tu..barulah aku mintak. Contoh macam Maggie ke.. Haa.. Tu aku buat sendiri la. Maggie aku , lain sikit. Telur memang banyak. Sayur kalau ada , semua aku letak. Hahahaha.. 

Ok.. aku pernah ikuti satu program detox di Phuket. Sangat berbaloi ! Di situ aku mula faham erti makan untuk hidup ! Hahaha.. Serius ! Selama ni aku ingat kena makan nasi baru boleh kenyang. Kena makan lauk pauk dengan banyak baru boleh sado ! Hahaha.. 

Di situ aku belajar betapa sayur hijau saja dah cukup membekalkan kalori dalam badan kita. Bergantung pada aktiviti harian kita. Kalau korang kerja berat , kena tambah la dengan makanan yang sesuai. Macam aku yang di sana sekadar santai.. pagi berbasikal , berenang , workout ala ala gadis cun , tak banyak pon kalori digunakan tapi pastinya akan abis ibarat bateri handphone cecah jam 10 malam.. dah 0 % pastu kena recharge.. sama cam aku, sampai jam 10 malam, automatik mengantuk dan nak tidur. Sebelum tidur , amik sedikit kalori ( jus sayur ) supaya tidur kita lena... tak terganggu dek kelaparan. 

Pelajari program Detox sebenar di The LifeCo Phuket. - BEN ASHAARI

Pelajari Program Detox di The LifeCo Phuket #2 - BEN ASHAARI
Jus sayur 100% . Tanpa gula dan pemanis. Cukup untuk membantu tidur lena dan segelas lagi bila bangun tidur... 



Kesimpulan mudah jer.. Kita tak payah nak kira berapa banyak kalori makanan kita. Bukan nak jadi Mr. Universe atau Ratu Cantik Dunia mahupun nak kena menari tiang depan bini setiap kali nak tidur pun.. lebih kepada nak badan sihat dan otak cerdas.. Tak boroi tu satu bonus !

Camana ? Nah.. sebelum makan , minum air suam segelas.. pastu makan buah buahan diikuti dengan banyakkan sayuran. Pastu ratah la lauk lauk yang kurang minyak , garam dan lemak. Kalau ada duit lebih, amik susu protein setiap pagi . Maka protein whey dalam badan dah cukup. Selebihnya seperti zat dan vitamin tu daripada makanan natural. Kalau mampu makan ayam ikan bakar setiap hari  maka protein whey tak perlu dah la..

Sebelah petang.. bersenam untuk mengeluarkan peluh. Tak semestinya kena pergi gym pun.. Di Instagram , ada banyak tunjuk ajar latihan kardio yang pastinya membuatkan korang lebih kelihatan muda dan segak untuk 2 bulan akan datang selepas korang berdsipilin menjaga pemakanan dan juga aktiviti harian korang.

Cukup makan.. cukup rehat.. inshaAllah anda kacak dan jelita ! Jangan lupa , hati mau baik juga.Jaga hati.

Baca juga 10 makanan yang mengemukkan di Malaysia oleh Kevin Zahri

You May Also Like

17 comments

  1. Memang susah nak kurus bila makanan terbentang depan kata hari2. Tak habiskan membazir, amalan syaitan. Tapi tulah kena cuba.

    Anyeay menarik pula jus sayur tu. Jus pegaga ke

    BalasPadam
  2. Betul . Cuba seimbangkan cara pemakanan. MKN yg berkhasiat bkn UTK kurus sahaja tp untuk sihat jugA

    BalasPadam
  3. Betul tu.. bila terlebih makan selalu rasa lemau.. sbb tu skang pun dah start jga makan.. cuba disiplinkan diri utk b'senam..

    BalasPadam
  4. Betul th abg ben. Berat naik dh. Leh try petua minum air suam dulu tu kan.

    BalasPadam
  5. itulahh tapi makanan malaysia sedap2 belaka..susah nak tolak..cobaann

    BalasPadam
  6. Nak mulakan balik diet. Badan da berat sangat rasanya skrg

    BalasPadam
  7. Sy dh try mcm2 diet, last2 yg stick tu suku suku separuh, and try utk stop mkn before 7 mlm kecuali puasa

    BalasPadam
  8. Nak kurus, mental kne kuat. Dan alihkan tujuan kurus tu kepada nak sihat. Takdela stress nak kurus saje kan

    BalasPadam
  9. Setuju..hati tu cerminan. Time raya ni memang kena jaga la badan kalau nak maintain ..hehhe

    BalasPadam
  10. Thanks ingatkan.. kena kembali on track jaga makan demi kesihatan

    BalasPadam
  11. pemakanan memang kene jaga, nk disiplinkan diri tu yg susah, dah tahu makanan tak berkhasiat mmg bawa penyakit tapi lumrah manusia kan.. dah sakit baru nk jg makan..

    BalasPadam
  12. Memang tak oernh nak diet cuma kawl pemakanan je.. Walaupun nak kurus tapi tetap jaga makanna.. Kat rumah ni husbnd tak suka manis, sekrg dh ikut cara dia.. Masak pun jarang letak gula.. Garam je..

    BalasPadam
  13. sejak pkp ni lg berat naik😅 cousin asyik ajak masak je huhu

    BalasPadam
  14. Betul nak diet perlu kira kalori juga. Sebab kalori pun kalau kurang badan nanti tak sihat..

    BalasPadam
  15. Practice healthy lifestyle daily, i like fresh fruit juice or vegetables juice too.

    BalasPadam
  16. bagus entri ni. nice reminder for all. kadang kita terlupa bab kalori tu , tahu makan jer, espeacially musim raya ni

    BalasPadam
  17. Part kalori and senaman ai is fail till now.

    BalasPadam