Group 'Suami Masak Apa Hari Ini ? ' terdiri dari golongan gay ?

by - Rabu, Mei 06, 2020

Tergelak aku baca weh ! Memang aku dah jangka punya akan ada isu begini memandangkan HANYA LELAKI SAJA BOLEH MASUK INI GRUP ! Hahahaha... Dan menariknya, dalam group ni mereka berkongsi pengalaman , idea , teknik sesama ahli. Bagus la kan? 

Apakah syarat nak join group Suami Masak Apa Hari Ini yang mana ditubuhkan untuk menghabiskan masa ketika PKP ni ?

1.Group ini hanya untuk geng suami dan bakal suami sahaja. Isteri2 takleh sama sekali join group ni. Boleh join group masak memasak awesome yang lain kat FB ni ya😅

2. Suami dan bakal suami yang padu hanya upload gambar/video # airtangansuami sahaja dan bukan makanan yang dimasak oleh isteri tercinta atau dari Pakcik Google.

3. Suami dan bakal suami yang padu lagi hebat adalah suami yang share #resipicampakcampak masakan agar dapat dikongsi bersama. Hidup biar berjasa bro!

4. Suami dan bakal suami yang padu,hebat lagi mantap adalah suami yang sentiasa support each other. Takkan nak likes & komen pun payah bro.

5. Tidak dibenarkan mengiklankan sebarang jenis produk yang tidak berkaitan dengan makanan kecuali dengan kelulusan dari pihak Admin. Untuk yang berniaga makanan kami harap platform ini boleh digunakan sebaiknya untuk meringankan beban & menambah pendapatan di musim PKP ni. 

6. Be a gentleman. Mohon jaga bahasa, jangan biadab, jangan timbulkan provokasi dan ketidak selesaan kerana group ini adalah untuk kita bersama.

7. Setiap posting adalah tanggungjawab sendiri.Justeru jika post itu menimbulkan rasa tidak selesa dan menyumbang kepada perbalahan. Admin dan Mode berhak DELETE POST @ BLOCK AHLI yang timbulkan isu.

8. Pihak admin akan menilai setiap posting dan jika didapati tidak berkaitan dengan masakan atau dirasakan tidak bersesuaian kami berhak untuk menolak posting tersebut tanpa ragu-ragu.


Group ni ada 19 Admin termasuk Moderators. Ahlinya ? Dah lebih 80K ! Semua lelaki dari pelbagai latarbelakang profesion ! Malah chef chef terkenal juga ada dalam ni katanya. Huhuhuh..  Ini bukan group gelak gelak dan bahan orang tau. Bukan untuk happy happy punya tapi untuk bertukar fikiran dan pendapat malah mencipta idea resepi baru serta menajamkan lagi skill masing masing.. 

Bagi aku.. boleh la layan grup ni. Cuma aku takda la nak post apa apa sebab aku punya kemahiran lebih pada sidai kain jer.. Heheheh... 

Dan yang pasti.. takda posting melibatkan gay pun ! Tu fitnah semata mata. Dengki tak dapat join kot. Heheheee..

You May Also Like

3 comments

  1. Ada group untuk para isteri dan ibu-ibu..sekarang ada group untuk para suami atau bakal suami..alhamdulillah moga ianya memberi manfaat dan nantinya boleh saling membantu.

    BalasPadam
  2. hahaha..siapa kata laki xleh masak kan..kebanyakkan checf pun rmai lelaki

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum sifu ben. Tanjat SS baca tajuk entri hahaha... apa pun, yang baik kita ambik. yang keruh tuang tepi. hehe. mcam mana nak join kelab blogger benashaari ek?

    BalasPadam