Sejarah tercipta di Aidilfitri 2020

by - Selasa, Mei 26, 2020


Seingat aku... sejak dari kecil lagi hinggalah ke tahun lepas , Aidilfitri memang memahat kenangan manis. Tapi sapa sangka , Aidilfitri di tahun 2020 merubah segala kenangan. Sesuatu yang  tak disangka sama sekali. Bayangkan , Syawal sebulan... sebulan itulah beraya sakan rakyat Malaysia. Hanya berlaku di Malaysia saja. Tapi untuk tahun 2020 , rakyat Malaysia hanya dibenarkan beraya sehari saja yakni pada 1 Syawal ! Telan air liur kau nakkk ! Haa.. amik kau ! Huhuh..

Tapi banyak hikmah. Bayangkan sepanjang Ramadan, setiap ahli keluarga kena jadi iman solat. Masuk Syawal , kena jadi iman solat sunat Aidifitri yang mana selama ni, pakat pakat berjemaah di masjid jer ! Haa... Kena baca khutbah sendiri depan keluarga tercinta. Haaa.. apa cite??? Hahahah.. Nasib baik bini aku datang bulan. Hahahaha... 

Dan arahan kerajaan Malaysia.. hanya dibenarkan beraya dikalangan ahli keluarga saja. Persoalannya, apakah rakyat akan ikut ? Hahahaa.. Tu yang tak nampak. Bayangkan yang nampak seperti arahan tidak dibenarkan pulang ke kampung ! Ramai gak balik kampung curi curi. Kena kompaun RM1 ribu pun tak kisah. Asalkan balik kampung. Huhuh.. Alasan macam macam ada. Aku tak nak masuk campur. 

Cuma terkilan di pagi raya la. Biasanya lepas solat Raya , aku akan ke rumah mak aku. Beraya dengan diorang . Tapi dek kerana Covid 19 ni... aku jadi takut nak berjumpa dengan dia. Maklumlah, aku takut aku jadi pembawa atau sebaliknya. Kalau aku sorang je takpe.. rumah aku anak anak kecil. Maka puas dok pikir.. nak gi ke tak nak ? Aku tengok orang lain selamba jer pergi. Ada yang tak pergi gak... Hurm... 

Wife dok tanya. Aku tahu.... diorang boring gak duduk rumah. Tapi Qhaliff lain skit.. 

" Qhaliff, nak gi umah tok tak ? " tanya aku.

" Tak nakkkk... Covid 19 ! Bahayaa.. ". jawab dia 

Adeh... Camana eh ? Walaupun satu negeri dan tak merentas negeri lain tapi kerisauan tu tetap ada.  Tahun depan ? Kau yakin ada tahun depan ? Hahahaha... Tengok tahun ni dah la. Sapa sangka kan ? Ha.. Jangan confident la tahun depan segalanya akan kembali seperti sedia kala.. Tapi kalau kembali, Alhamdulillah.

Apa pun.. Covid 19 membawa perubahan pada penduduk dunia. Sayangnya , tak ramai insaf. Masih dengan perangai jahilliyah malah makin teruk.  Yer , kita di penghujung zaman. Hanya menanti ..

Semoga Allah lindungi kita semua. Er , nak duit raya ? Kasi email address. Nanti aku email gambar duit raya. 

You May Also Like

7 comments

  1. Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome

    BalasPadam
  2. Kan...diuji...semuanya dari DIA. Pasti ada hikmah yang bakal menanti. Doa yang baik-baik..mohon yang terbaik ! Aamiin

    BalasPadam
  3. Done email address untuk duit raya. 😁 Salam Aidilfitri Ben dan keluarga.

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya Ben.maaf zahir batin. Tahun ni raya tak best sebab tak dapat beraya ziarah menziarahi. Tapi nak buat macam maan,itu yang terbaik untuk kita semua sekrang. Ada hikmah semua ni

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Aben sekeluarga
    Maaf zahir batin

    BalasPadam
  6. semoga ccovid terus hilang dan kita semua kembali menjalankan rutin harian seperti biasa. InsyaAllah

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk Qhaliff sekeluarga ya..

    BalasPadam