Salam Aidilfitri dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck !

by - Ahad, Mei 24, 2020


Siapa sangka , kali ini dunia merayakan Aidilfitri dengan penuh kelainan. Dan paling tidak disangka, Ramadan berjaya dilalui dengan penuh keinsafan. Masakan tidak.. aku ingatkan aku tidak mampu berpuasa dek kerana Covid 19 yang dikatakan menyerang mereka yang kering tekaknya ! Huh.. jauh sekali pemikiran songsangku ! 

Alhamdulillah... Hari ini umat Islam merayakan Aidilfitri dengan kesederhanaan yang amat sekali. Tiada buffet Ramadan. Tiada bazar Ramadan.. kita berjaya menyelamatkan betapa banyaknya makanan dari terbazir begitu saja. Dan merayakan kejayaan ini dengan sekali lagi , kesederhanaan. Aku sesungguhnya amat bersyukur sekali. Segalanya sangat sederhana. 

Paling penting Ramadan dan Syawal tiba, aku bersama keluarga tercinta. Entah berpeluang atau tidak di masa yang mendatang... siapa yang tau. Bila dalam keadaan begini, sesungguhnya kita akan menghargai setiap detik yang ada di hadapan mata kita. Jangan persiakan. 

Buat rakan rakan , Selamat Menyambut Hari Kemenangan. Semoga amalan kita diterima Allah hendaknya.  Oh ya , dalam meraikan kemenangan.. jangan sesekali kita terlupa akan musuh yang tidak kelihatan itu. Jangan biarkan dia menghampiri kita sama sekali ! Pastikan dia ketakutan bila melihat kita. Patuhi SOP yang disarankan. Jangan terlalu leka dan terlalai.. 

Hurm... Apa kaitan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ni dengan Aidilfitri aku ?? Aku tertonton sekejap kelmarin. Aku tak pernah tonton pun cerita ni. Tak pernah berminat sama sekali ! Orang kata best... Tapi aku tak terbuka hati untuk menontonnya. 

Bila tonton di awalan cerita , aku cam.. Wow ! Punca aku Wow tu sebab aku dah memahami INDONESIA ! Dek kerana aku join trip Medical Tourism yang diuruskan oleh NQ Services , aku berpeluang mengenali Indonesia dengan lebih dekat. Budaya dan adat mereka walaupun aku belum pernah jejakkan kaki ke sana lagi Dan aku sudah tau bagaimana 'mereka'. 

Maka bila aku tonton filem ni , aku mengerti sangat keadaan mereka. Dan filem ini rupanya jauh lebih dari filem Kabhi Kushi Khabi Gham yang mana bagi aku tiada cerita lebih syadu untuk ditonton. Rupanya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ini jauh lebih menarik.


Di awal cerita aku seolah boleh baca jalannya tapi rupa-rupanya , tidak sama sekali. Aku terpegun dengan keindahan yang dipaparkan dalam filem ni. Gaya bahasa dan tuturkatanya.. Wow ! Seriuss... aku cam... Aduh ! 

Dan keegoan hero seperti keegoaan aku ! Tapi itulah manusia. Banyak pengajaran yang ada dalam filem ini.  Cinta bukan sebarang cinta... Cinta bukan melemahkan semangat.  Ianya membangkitkan satu perasaan yang cukup kukuh dan utuh lantas tiada apa halangan mampu membuatkan si pencinta maju dan terus maju demi mengejar cintanya... 

Pergh... serius best giler ! Apa lagi filem Indonesia yang best ditonton eh ? Biarlah terlewat pun.. Bagi aku filem begini merupakan satu karya yang patut kita tonton di malam raya. Mampu menghadirkan satu perasaan yang tiada tandingnya..

Tiba tiba aku cakap macam Zakaria lak.. Hayati ? Huhuh... memang jelita dia dalam tu. Adududu..

Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga.. 

You May Also Like

4 comments

  1. Selamat hari raya Aidilfitir...yg dekat yg jauh norma raya pun dah berbeza

    BalasPadam
  2. Dh pernh baca n tengok movienya..👍

    BalasPadam
  3. Salam Aidilfitri , Maaf Zahir Batin Aben . Raya tahun ni sure memang dalam kenangan la kan..kita gambarkan pelbagai yang canggih serta hebat akan berlaku di era 2020 tapi DIA lagi hebat turunkan ujian. Aamiin

    BalasPadam