Bila anak anak demam , bawa ke klinik dan..

by - Jumaat, Mei 22, 2020

Dua hari lepas , Zahra demam. Bila malam menjelma.. badan mula panas. Tidur jadi tak lena. Aku kena jaga dia. Pastikan suhu badan dalam keadaan stabil. Jika tinggi, kena lap badan dia dengan air. Jika badan terlalu panas , kena kejut dia dan mandikan.  Sian dia. Nasib baik tak banyak karenah. 

Masuk hari ke dua , demam tak berkurang.. tapi dia tetap aktif cuma takda selera makan. Aku syak dia punya tonsil. Kenapa ? Sebab dia suka gigit kuku.  Tegur dah berkali kali dah. Haish.. Ni dah demam , baru nak insaf.  Untuk makluman , anak anak aku ni memang kerap demam dek kerana tonsil. 

Gi klinik A di Putrajaya. Wife turun dengan Zahra. Aku tunggu dalam kereta. Payah nak dapat parking kosong kalau waktu kerja.  Tak lama kemudian , wife kembali dengan Zahra. Kereta bergerak. Aku bertanya. Dia jawab tonsil sedikit merah. Dia kata tu pun dia mintak doktor check. Kalau tak , doktor tak nak check. Takut bila kata sakit tekak. Huhuhu... Dapat la dua ubat. Satu antibiotik dan satu lagi ubat demam.. 

Baru aku tahu camana rasa bila kita ni suspek Covid 19. Orang takut nak dekat walhal belum lagi positif. Kalau dah positif , entah la.. 

Hari ini di tahun 2017. Zahra masuk wad di Prince Court dek kerana bronchitis

Dan seperti yang aku jangkakan..selepas ambil antibiotik , demam dia akan kebah dan sembuh. Alhamdulillah.. tapi Qhaliff lak mula panas badan. Berjangkit la tu.  Semalaman tidur tak lena. Asyik dok mengigil sejuk. Hurm.. Sian.. 

Petang tadi.. bawa dia gi klinik di Putrajaya. Tapi bukan klinik A tu. Wife tak nak gi situ. Check tak seberapa tapi mahal ! Di klinik B ni, katanya.. doktor cukup profesional. Dia tengok.. dia check tekak.. sendi anggota. Takut denggi juga.  Tonsil dah bengkak. Dia kasi 4 jenis ubat termasuk ubat kemam. Harga jauh lebih murah dari klinik A. Wife sangat puashati la kat situ. Memang akan jadi klinik keluarga la jawabnya... 

Hurm.. demam sekarang menjadi ketakutkan.  Apatah lagi bila kena bukak mulut , doktor sendiri pun takut nak dekat... takut dek air liur terkena muka dia.. Huhuh... 

You May Also Like

4 comments

  1. Semoga anak anaknya cepat sembuh dan kembali aktif seperti biasa. Maq kalau nak redakan suhu badan yg tinggi masa demam tu, maq akan letakkan tuala kecil yg dah dibasahkan(tuala lembap)kat ketiak. Buat je sampai suhu badan turun sikit demi sedikit.Dan ubat jangan skip. Insyaallah..

    BalasPadam
  2. Musim sekarang demam biasa pun kita jadi risau. Semoga cepat sembuh semua anak-anak, aaamin

    BalasPadam
  3. Risau sangat kalau anak demam musim-musim Covid-19 ni sebab terpaksa keluar bawak anak pergi hospital atau klinik. Kita tak tahu macam mana kat luar.

    BalasPadam
  4. Moga segera sembuh ya anak-anak.Semua orang fobia.Lebih fobia bila tengok orang keluar sekarang segelintirnya tanpa face mask.

    BalasPadam