Ada tekanan darah tinggi ? Cuba tips aku ni !

by - Selasa, Oktober 15, 2024

Aku tak nak cerita pasal orang camana mereka boleh dapat tekanan darah tinggi sebab aku bukan doktor. Hee.. punca , ada banyak. Yang aku nak fokus ni ialah aku sendiri yang melibatkan gaya hidup tak sihat dan diet pemakanan yang merabu raban. 

Dulu.. aku punya life memang hancur. Takda disiplin. Tidur lewat , bangun lewat. Makan , nak sedap dan ikut dan je kata orang utara. Maksudnya makan ikut suka. Kedai mamak , memang wajib singgah hari hari. Roti canai, nasi kandar tu dah kira wajib la. Sekali balun roti canai, mesti 2 keping dengan kuah banjir. Pagi hari ? Pergh... roti putih cicah kopi atau air coklat. Kopi 3 in 1 , mesti 2 sachet. Baru paduuu ! Malam... cari mekdi ! Nak layan aiskrim atau beger dia. Waduh, nikmat ! Megi ? Jangan cerita laa.. sekali balun mesti 2 bungkus. Mee goreng segera ? 5 bungkus sekali jalan. Apa nak risau.. gym kan ada ! 

Pertengahan 20an , aku dah rajin dapatkan surat cuti sakit ! Sebab ??? Rajin sakit kepala. Sakit tengkuk. Selalu je urut dahi. Arwah ayah dah pesan tapi aku degil. Bila gi check doktor , dia terkejut. Bapak tinggi la bacaan tekanan darah aku. Dia sendiri tak percaya ! Dia ugut nak telefon ambulan. Ambil aku gi hospital sebab tinggi sangat ! Aku jawab aku ok jer ni..

" Awak hisap rokok ? " 

Aku gelengkan kepala. 

" Awak kurang bersenam ni. "

Aku jawab.. hari hari saya gi gym ! Dan aku kasi tau, aku stress di tempat kerja. Tekanan kerja la kot yang bikin bacaan tinggi. 

Maka doktor kasi ubat dan sijil cuti sakit. Dia kasi aku 2 minggu untuk turunkan bacaan tekanan darah. Dia minta aku ubah gaya hidup dan pemakanan. Keluar dari klinik, ubat aku buang. Aku nak MC tu jer. Huhuh.. 

Bila dah menikah , aku masih lagi dengan gaya hidup gitu. Kali ni bersama sang isteri lak. Layan makan makanan sedap sambil layan Kdrama ! Hahahaha.. 

Tahun 2009 . blogger lak. Aduh.. Food review memanjang. Macam macam dibedal aku atas tiket review. Aduh...Disini keadaan makin memudaratkan. Ada kawan tegur kenapa aku punya pernafasan sepertu ada asma. Begitu juga bila aku ke klinik bila jatuh sakit. Doktor yang periksa akan tanya soalan gitu. Pelik.. aku mana ada asma ! 

Segalanya berubah , bila aku dapat job review di Phuket , Thailand. Di situ aku belajar mengenai detox tubuh badan. Balik Malaysia , aku buat. Yelah, mana tahan kan asyik sakit kepala. Sakit kepala darah tinggi ni , lain macam weh. Memang boleh buat orang hilang akal jap. Nak kasi ok , kena makan ubat tahan sakit ! 

Tapi sampai bila nak makan ubat tahan sakit. Rosak buah pinggang woi ! 

Aku amalkan minum air jus yang digabungkan bersama sayur dan buah. Alhamdulillah, ada la kurang skit tapi masih tak cantik. Apa yang tak kena ?? Apa yang aku salah ? Rasanya aku buat betul dah. Tapi rupa rupanya.. masih banyak yang salah. 

Apa yang aku kena buat ialah UBAH DIET PEMAKANAN dan BERHENTI MAKAN MAKANAN SAMPAH YANG MEROSAKKAN PERUT ! Kalau aku tak ubah, aku kena makan ubat doktor. Kalau tak , bahaya menanti. 2 orang dah kawan aku meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi. 

Alhamdulillah.. di usia hampir 50 ni, aku berjaya ubah segalanya. Bukan aku saja.. malah sang isteri dan anak anak juga ikut sama.  Tak susah sebenarnya. Cuma kena tau apa yang perlu elakkan dan perlu kena makan hari hari. Itu pun selepas wife jatuh sakit ! Tanda Allah sayang kitorang. DIA suruh ubah gaya hidup.

Bila aku mula jaga pemakanan, ada yang kata aku tolak nikmat dunia. Ek eleh... ko tak sakit lagi , boleh la sembang. Ada yang bergantung ubat doktor hari hari tapi masih tak jaga pemakanan. Katanya, ubat kan ada ! Tak pe la.. aku tak perlu nak bertekak dengan orang gitu. Kau banyak duit , tak pe . Aku duit takda. Anak anak perlukan aku lagi. Dan aku sendiri kena tunjuk contoh yang baik buat mereka. Kalau tak, bila mereka sakit , diorang kata genetik ! Walhal diorang ikut contoh mak ayah !! 

Sekarang.. seminggu sekali aku check bacaan tekanan darah. Alhamdulillah. Tidur awal, bangun awal. Terus gi solat Subuh di masjid. Satu kenikmatan yang sesungguhnya.. hurm.. tak terkata ! 

Bacaan sejam selepas workout di gym


Bacaan malam sebelum nak tidur



Tips mudah nak jaga makan bagi mereka yang berpenyakit melibatkan perut , boleh baca di SINI. Penyakit melibatkan perut yang aku maksudkan adalah seperti tekanan darah tinggi, kencing manis , gastrik , gerd , anxiety dan sebagainya. Moga bermanfaat.

Ada yang kata nak makan apa kalau tak makan nasi ?! Tak kenyang la kalau tak makan nasi. Aku berhenti makan nasi putih hampir nak 3 kali raya dah ! Hahahaha.. Ya, nasi putih tak bersalah tapi korang kena tau.. kena tahu ya ! Nasi putih sekarang ni tak sama macam dulu. Berbeza sangat dah. Banyak banyakan membaca. Aku bukan anti nasi putih ya. Cuma aku tahu keadaan kesihatan aku amat berbeza lepas berhenti makan nasi putih ni. Tak caya , korang boleh cuba buat untuk seminggu dua. Pertama sekali , korang akan mengigil. Apasal korang gigil ? Biasanya orang mengigil ni sebab apa ? Haaa... pikir ya. 




Aku makan macam ni je. Alhamdulillah , cukup untuk perut dan penting sekali , perut aku selesa je tak seperti lepas makan nasi putih. Rasa kemengahan ! Beza siut . Dan satu lagi , aku amalkan minum air halia sebelum dan selepas makan. Banyak bagus woo untuk perut. Guna serbuk halia jer. Korang leh cari aku di Facebook untuk dapatkan tips tips pemakanan yang lain. Panjang sangat nak cerita kat dalam ni. Korang boring nak baca. Hahahaha.. Tapi sesungguhnya, kesihatan ni mahal harganya sekarang. Sekali masuk klinik , terbang RM50 ! 

Bagi yang suka berkira kira dengan kalori pemakanan , boleh guna aplikasi ni utk mengetahui kalori makanan atau minuman yang korang nak ambil tu. Mudah sangat je..  Install. Amik gambar. Tau dah kalori makanan tu berapa. Walaupun tak tepat , tapi ada la juga info dari tak tau apa apa.. 

Download di : https://dietiqa.com

Guna kod : W95JLM



You May Also Like

0 comments