Khasiat yogurt greek !
Sedang meningkat naik lagi mereka yang berkongsi posting ni.
Dulu aku je suka makan yogurt greek ni. Tu pun awal awal terasa tak sedap. Tapi dek kerana perut ada masalah dengan gerd dan wife lak ada gastrik, aku kena cuba makan untuk dapatkan khasiat darinya. Probiotik bagus untuk perbaiki usus rosak.
Alhamdulillah... sedikit demi sedikit , anak anak pun mula suka. Qhaliff suka makan begitu saja atau letak sedikit madu tualang. Aariz dan Zahra suka makan letak pisang. Dilenyek lenyeknya dan makan sambil buat kerja sekolah atau menonton tv. Isteri.. dengan buah naga atau dragon fruit. Aku ? Tak kisah. Sesekali layan dengan whey protein. Hahahaha.. Adoilah.
Semalam ,aku post gambar seperti biasa dengan niat nak berkongsi cerita. Dan aku terkejut. Alamak... viral la pulak ! Aduh.. nayaaa sungguh la pasni nak cari yogurt greek tudung merah ni ( full cream ). Yang low fat tu , ada gula. Tak nak. Heeee.. ikut selera dan niat masing masing. Aku nak hilangkan lemak perut.
Dan bagusnya bila dah viral ni , aku dapat banyak ilmu dan infomasi yang baru. Waahh.. antaranya pasni tak yah susah dan nak beli.. buat je sendiri yogurt greek ni ! Haaaa.. senang katanya. Atau boleh beli kefir jer yakni susu kambing masam. Macam yogurt gak la.. Tetap ada khasiat dan manfaat.
Selain dari tu, yogurt greek ni boleh ditambah dalam masakan ! Ganti santan katanya. Wah , biar betul ? Hahahaa.. Mesti wife suka punya. Yelah.. kita sedia maklumlah kan , anak anak zaman sekarang ni bab makan payah skit. Salah sendiri la. Dari kecil kasi makan tah hapa hapa. Bila dah besar , liat la memasing.
Dan yang menarik ialah... mereka yang ada eczema mampu sembuh jika amalkan yogurt greek ni ! Yelah.. penyakit berpunca dari perut ni , ubatnya ialah ubati perut tu ! Kasi perut sembuh.. inshaAllah sihat. Dengan izin Allah..
1 comments
3 tahun lepas gua sudah rekomen milk kefir masa kobid. Kefir paling kurang ada lebih 28 good bakteria strain yg boleh neutralkan logam berat dan toksik dalam vaksin termasuk covid vaksin.
BalasPadam