Camana nak kurus macam Ben ?
Aku post gambar ni di media sosial akaun aku , bukanlah bertujuan nak tunjuk aku dah kurus atau sado bagai ! Tapi sekadar nak memberi semangat pada kawan kawan yang sering kehilangan semangat. Mereka berminat nak turunkan berat badan atau menjaga kesihatan tapi sering gagal. Semangat ada tapi gagal nak memberi komitmen atau patah di tengah jalan.
Punca ?
Banyak ! Antaranya.. orang terdekat tak berikan sokongan moral ! Suka kondem atau merosakkan semangat mereka. Ini memang terjadi pada sesiapa saja termasuklah aku. Bukan mudah. Inilah cabaran nombor satu yang perlu dilawan. Mereka ini dalam golongan manusia yang dah tak kisahkan bab kesihatan. Mereka nak kita ikut sama. Mereka tak pe laa.. harta menimbun ! Sakit , boleh gi spital. Ada insuran takaful bagai. Kita ni ? Kalau ada pun, masih tak berminat nak jejakkan kaki ke bilik doktor untuk mendapatkan ubat ubat untuk mengawal penyakit.. bukan mengubat yaa.. sekadar mengawal ! Kitalah yang menentukan samada penyakit tu boleh dibuang jauh jauh atau tidak.. Dengan izin Allah.
Kawan kawan..kenalan.. sahabat handai adalah golongan yang sepatutnya membantu jika dapat tau ada kawan kita tu sedang berusaha menurunkan berat badan. Tak kira la atas apa jua alasan selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam, kita bagilah sokongan. Bukannya kutuk ,perli atau gelakkan mereka.
" Alaa... kau tu comel dah. Kalau kurus , macam orang sakit lak nampak nanti. ".
Walhal dia tak sedar.. yang berisi berlemak itulah nampak macam orang sakit. Kita dibebalkan dengan orang luar dengan menunjukkan comel itu adalah golongan mereka yang obesiti ! Tak kira tua muda.. kita 'kagum' dengan golongan ni. Nampak comel dan cute ! Sedangkan kawan tu terseksa nak usung lemak dia ke sana sini.
Ada kawan tanya aku camana nak kuruskan badan atau turunkan berat badan. Tak susah sebenarnya. Cuma perlukan ilmu saja. Kalau ada ilmu , dalam usaha menurunkan berat badan , kita masih boleh makan makanan yang menyelerakan dan yang sedap sedap ! Tapi pastikanlah apa yang kita nak makan itu, berbaloi untuk tubuh badan.
Contoh ?
Antara nasi lemak dan burger ayam , mana yang lagi berbaloi ? Mestilah nasi lemak , kan ? Tapi janganlah nasi lemak dengan ayam goreng seketul , telur goreng , sambal kerang , sambal sotong.. pastu ada dua tiga lagi lauk dalam tu ! Huk alohhhh... dah tak sihat la gitu ! Pastu kena teh tarik.. Adeh.
Pemilihan pemakanan ni penting. Begitu juga waktu makan. Kena tau bila sepatutnya boleh makan dan bila kena elak. Waktu makan penting kerana kita nak asid perut aktif pada ketika itu untuk membantu pencernaan. Sayangnya ramai main balun je.. termasuk aku dulu. Tu pasal aku membulat macam belon gas. Tunggu nak dilepaskan ke udara jer..
Bila kedua dua ni berjaya didisiplinkan , mereka yang berumur seperti aku , inshaAllah akan mampu menaikkan semula metabolisma badan seterusnya membantu pembakaran lemak lemak degil. Selain itu, sistem imun pun dapat dinaikkan juga. Nah.. kan badan jadi sihat gitu.
Tak nak sado ? Tak perlu sado pun. Memadailah badan nampak maskulin. Bila badan nampak maskulin , bini suka weh ! Sama macam laki.. bini nampak langsing , kembali terliur. Nah.... dua dua untung besar. Manfaatkan laaaa.. Jangan terlajak dapat baby dah la ya. Kalau dapat , Alhamdulillah. Rezeki. Hee...
Untuk lelaki.. badan maskulin ni banyak 'khasiatnya'. Terutama bila punya otot di perut. Abs... itu core atau pusat kekuatan. Kalau ada , itu bonus. Tak usah pun. Latih je hari hari di samping kurangkan pengambilan karbo dan gula.
Kesimpulan.. camana nak kurus ? Pertama sekali , jaga waktu makan. Bila boleh makan ? Pagi , antara jam 6 hingga 8. Kemudian tengahari , antara jam 12 hingga 2 petang. Dan untuk makan malam , makanlah antara jam 6 petang hingga jam 8. Pastu jangan makan apa apa. Kalau lapar , makanlah buah epal yang tak beberapa manis. Tinggi serat. Tidur awal.. pastikan sebelum jam 11 dah lena. Jika korang tidur lewat , korang akan lapar. Bila lapar.. sia sia sajalah pengorbanan untuk hari ni.
Nasihat aku .. JANGAN TUNGGU ESOK BARU NAK MULA..
0 comments