Syukur kepada Allah !
Perancangan hari ni.. lepas gi pasar basah , aku nak ke Semenyih. Nak ke Paradise Gym. Sesekali layan gym besar, best ! Full body leh rasa. Memang puas la. Tapi tu laa.. nak ke sana , dalam 40 minit gak. Kalau cuaca cantik , Alhamdulillah. Kalau hujan , memang aku tak nak gi.
Balik dari pasar.. sampai depan rumah , wife aku perasan sesuatu pada tayar kereta belah kiri. Aku gi tengok. Pancit ! Aduh.. apa kes lak ni ? Takkan kena paku lagi kot ? Aku tunduk dan cari paku. Berdasarkan pengalaman lepas.. hee.. Dan nampak la paku tu. Aduhai.. Paku paku..
Aku ke bonet belakang. Cari tools untuk buka tayar. Malangnya , car jack takde ! Eh.. pelik aku. Takkan takda car jack ? Setiap kereta memang wajib ada kot ? Pakej beli kereta. Ke ada yang tak dapat car jack ? Kena beli asing ? Huhuh.. Tapi yang besi tu ada lak. Menatang tu je takda. Hurm..
Bukan paku tapi skru
Apa plan aku seterusnya ? Nak mintak tolong sapa ? Aku kalau boleh.. tak nak susahkan orang. Biar aku selesaikan dulu. Bertenang.. dan fikir apa tindakan yang perlu aku ambil. Tiba tiba wife teringatkan pump adjustable yang pernah aku beli. Aku memang standby satu di rumah jika berlaku kes kes gini. Bukan tak pernah berlaku pun..Dan operasi nak buka tayar tu memang memenatkan ! Sebab itulah aku beli pump tu.
Wife serahkan pada aku. Ada simpan baik di dalam rumah. Terus aku pasang dan cuba pump. Alhamdulillah.. berfungsi dengan baik walaupun rasanya dah 2 tahun beli tapi tak pernah guna. Angin terisi dengan baik ke dalam tayar. Tak sampai 3 minit pun dah penuh. Fuh... padu tul !
Car jack
Lepas aku pump tu, aku biarkan seketika. Rasanya dalam setengah jam gitu. Nak tengok apakah angin keluar semula dalam masa yang singkat atau ambil masa. Jika ambil masa , bermakna dah lama skru tu melekat di kereta tu. Bukan apa.. tayar belah kiri tu memang aku perasan cepat hilang angin. Aku ingatkan tayar tu dah rosak ke apa.. Fuh , apakah perlu tukar tayar dah ?
Lepas makan pagi dan solat dhuha , aku kembali ke kereta. Ternyata angin tayar masih ada. Tarik nafas lega aku. Bermakna aku boleh bawa gi bengkel kereta. Tapi hari ni.. Ahad ! Ada ke kedai tayar buka ? Aku mesej tanya kawan aku. Dia kasi tau ada satu kedai tayar ni buka. Alhamdulillah.. Aku set plan ke sana. Perancangan hari ni , semua tergendala. Aku syukur kepada Allah. Andai berlaku ketika anak bini ada bersama ? Tak ke panjang ceritanya ??
Jam 10 pagi.. aku memandu ke arah jalan besar Sepang. Ada satu kedai ni kawan aku kasi tau.. dia buka setiap hari. Takda nak tutup. Dasat ! Dan bila sampai di sana , aku tengok pekerjanya adalah Bangladesh. Patutlah tak tutup. Heee...
Kasi salam.. pastu bagitau masalah aku. Diorang check. Dan uruskan. Tak sampai 5 minit , selesai. Tanpa buka tayar pun. Uih... dan diorang charge RM5 jer. Aik ? Jer ? Apasal aku kena ari tu, siap buka tayar.. rendam tayar. Check bocor bagai..
Kemudian baiya Bangla tu kasi tau aku yang tayar kereta aku dah lama dan sedikit botak bahagian tepi.Katanya tayar aku tu dah masuk 4 tahun. Dari tahun 2020 gitu. Erk... Aku tanya dia.. apakah aku perlu tukar semua tayar atau nak rotate je ? Dia cuma kasi tau tayar aku tu dah mengeras dan sedikit botak bahagian tepi. Hurm..
Aku memang plan nak tukar absober juga. Memang rasa perlu tukar juga sebab masa gi servis di Perodua , mereka dah bagitau masalah absorber aku tu. Aku tanya kalau tukar tayar dan absober tu berapakah jumlah aku perlu bayar ? Dia kira kira punya kira dan bagitau..
Pump Adjustable . Murah je. Macam macam jenis ada dah sekarang
Gulp... hahaha... Adoilah. Aku call wife. Dia kata ikut aku je la. Takda pilihan. Tetiba aku teringat kenangan lalu. Allahuakbar ! Kenapalah aku terlupa bab ni. Aku pernah terbabas sebelum ni. Punca ? Jalan licin dan pastinya masa tu tayar kereta pun dah bermasalah. Cuma aku berkira kira nak tukar. Tunggu apa pun aku tak tau laaa.. Bila dah eksiden, baru nak tepuk dahi.
Terus aku setuju tukar keempat empat tayar. Yer.. tayar tu dah masuk 4 tahun ! Keras dah walaupun bunga ada lagi skit.
Cara nak periksa bunga menerusi ukuran jari tu.
Aku minta mekanik check juga brek pad dan ternyata brek pad pun dah menghaus. Hurm.. dah la plan nak balik Kelantan dan ke Terengganu nanti. Allahhuakbar... Terus aku tukar semua tu. Bab tu , tak pe.. inshaAllah ada rezeki nanti..
3 jam menanti.. Alhamdulillah.. siap. Bila dia kasi tau harga.. aku saja saja minta diskaun. Gurau je. Dia kasi tapi aku tak nak. Aku letak harga asal. Tapi dia kata tak pe... kesian kat aku tunggu lama. Alhamdulillah.. rezeki aku.
Jam 1.. siap. Dah aku memandu pulang. Alhamdulillah.. tiada lagi bunyi bising di bahagian belakang. Sebelum ni , ada bunyi setiap kali berlaku hentakan atau gegaran. Pedih telinga. Hahaha.. Masalahnya, aku sorang je leh dengar. Suruh bini dan anak anak.. masing masing kata perasaan aku jer. Ternyalah bukan. Huhuh..
Segala perancangan tergendala. Alhamdulillah.. Allah sebaik baik perancang !
0 comments