Best ke Gym Paradise, Semenyih ?
Lama dah aku bunyi nak ke Gym Paradise yang terletak di Semenyih ni. Aku dah check jarak dari rumah aku. Tak sampai sejam pun kalau tak jammed. Hee... Kalau jammed ? Tak tau la.. Sebab tu aku nak gi hari Sabtu atau Ahad jer. Kena gi awal pagi untuk selamat.
Bertangguh lama dah. Akhirnya hari ni aku nekad gak ke sini selepas balik dari beli barang basah di pasar. Ajak Qhaliff teman. Kalau gi sorang sorang , nanti wife aku ingat nak gi dating lak kat sana. Hahaha.. bahaya orang encem ni.. Kan kan ?
Gerak dalam jam 9 pagi. Pastikan perut dah terisi. Al maklumlah, aku nak balun 2 jam kat sana. Katanya dua tingkat situ dan berbaloi. Jadi aku nak bertenaga penuh. Kang gi main kejap je dah abis tenaga dan kelaparan. Tamo la gitu..
Dan dalam perjalanan , hujan turun dengan lebatnya. Aku tergerak hati juga untuk berpatah balik. Tengok waze... lagi setengah jam nak sampai. Jauh juga rupanya. Hahahaha.. Dari sudut jarak , cuma 30km jer tapi dari sudut masa tu yang menguguat jiwa ! Tapi teringatkan mesin mesin gempak kat sana katanya.. aku nekad jugalah.
Alhamdulillah.. sampai juga ! Rupanya dah dekat dengan Bukit Broga. Aku pun baru pertama kali sampai kawasan ni. Sejuk ! Best gak.. Damai. Restoran dan kedai makan pun ada banyak gak sini. Takda la kebuluran lepas workout bagai..
Bukti aku dah sampai sini
Naik tingkat atas. Korang boleh guna tangga atau lif. Apa guna gi gym kalau naik lif kan ? Kardio je la terus.. heeee... Pintu masuk... terkunci. Kena tunggu staff buka. Melainkan ada kad ahli , baru boleh masuk secara sentuh.
Gi kaunter.. Walk in cakap kat dia. RM15. Dia kasi satu borang untuk diisi. Lepas tu kena isi juga borang untuk anak kita. Bukan apa.. keselamatan. Jika kita pitam atau dilanda kecelakaan , diorang tau pada siapa nak dihubungi dengan segera... Bagus kan ?
Lepas bayar terus usha kawasan.. Orang tak ramai. Kata staff yang jaga situ, malam baru meriah. Untung aku datang siang. Leh main puas puas.. Heee.. Sini ada 2 tingkat seperti yang diperkatakan. Tingkat 1 ni barang banyak untuk kardio. Tapi masih ada mesin chest , cable , kaki. Manakala tingkat 2 ni, best laa... Sempurna dari kepala hingga kaki korang boleh layan. Confirm boleh merangkak keluar dari gym kalau betul betul layan
Tempat menunggu, tandas , peti jualan air , suplemen protein
dan spray sanitizer turut disediakan.
Walaupun guna mesin tapi masih guna plet biasa.
Memang padu terasa pada otot bila layan !
Senantiasa bersih dan kemas.
Tak perlu berebut atau beratur nak layan workout dalam ni.
Kalau ada yang bersuara tanya kau berapa set lagi nak abis, ternyata dia bebal !
Mesin antara satu sama lain , berjarak dalam keadaan selesa.
.2 jam seperti yang aku minta pada wife. Cukup jam 12.15.. aku bertolak balik. Ikutkan aku belum puas tapi badan dah terasa penat. Aku mulakan dengan kaki dulu baru ke abs sebelum chest. Tutup layan back n shoulder. Pergh.. satu badan aku bantai haa.. Confirm esok pagi sengal sengal punya.. Hehehee...
Puashati la bagi aku. Dapat turun sebulan sekali dua pun best dah. Untunglah diorang yang tinggal area tu. Yuran bulanan dalam RM128 jer. Kalau pelajar , murah skit. Heee.. Bagi aku , kalau korang berduit.. takda masalah. Murah sangat dah ni. Kalau badan tak jadi gak, tak tau laaa nak kata. Rugi tul..
PS : Harap diorang bukak satu cawangan di BBST, Sepang.. Aummmm !!
Paradise Gym Semenyih
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu ( 7 pagi - 12 malam ) \ Ahad dan Cuti Umum : ( 9 pagi - 10 malam )
0 comments