Perlu ke ambil Whey Protein ?
Ada kawan tanya aku.. perlu ke ambil whey protein ni bagi mereka yang baru nak berkecimpung dalam dunia fitness ni ? Jawapan aku... tak perlu ambil jika kau kaki makan ! Kau cuma perlu banyakkan makan makanan sebenar. Bukan makanan yang.. hurm.. aku rasa korang pun tahu makanan camana yang patut kita makan dan makanan camana patut ditolak. Senang cakap, makanlah makanan yang tuk nenek moyang kita makan dulu.
Kalau sekadar nak fitkan tubuh badan, maka fokus je pada makanan sebegitu dan disiplin dalam bersenam. Melainkan kalau nak jadi bodybuilder dan nak masuk bertanding , maka corak pengambilan makanan termasuk makanan tambahan berbeza sama sekali. Aku tak nak sentuh yang itu ya..
Kalau aku bukan kaki makan , maka perlu ke ambil whey protein ? Heee... tak perlu juga ! Nanti kau akan kecewa punya sebab whey protein ni bukan kasi besar badan pun. Yang kasi besar badan ni ialah pemakanan sebenar tu ! Whey protein membantu saja. Tak banyak pun sumbangannya kecuali dalam sudut pemulihan otot. Nah, kat sini ianya memang berfungsi tapi kena pastikan la jenis apa yang korang ambil.
Kalau korang jenis hari hari bersenam dan rasanya pengambilan protein harian tu tak cukup , ok la guna. Macam aku la. Kekadang tu pagi petang gi gym. Tak bagus pun sebenarnya tapi masa tu aku dah tak tau nak buat apa kan.. lepak kat gym je la ! Hahaha.. Dan aku bukanlah jenis workout main berat berat. Asalkan ada pengerakkan dan bebanan. Cukuplah untuk kuatkan otot dan anggota badan. Berpeluh ! Terasa kepuasan gitu.
Kalau korang baru nak berjinak jinak nak guna whey ni , pastikanlah korang ada nasihat dari doktor terlebih dahulu. Jangan main balun je amik. Pastu kalau nak amik, korang nak fokus untuk apa ? Bukan apa.. whey sekarang ni pun ada campuran macam macam benda lagi dalam tu. Kalau nak kosong , ada je jual. Nak campur creatine , BCAA atau glutamine.. pun ada !
Pernah amik BCAA , Glutamine , Creatine dan Whey jer. Lain.. tarak !
Kali pertama aku ambil whey , selepas beberapa tahun masuk gym. Awal awal , aku tak berani nak ambil whey. Hahaha.. Macam macam cerita dongeng ada ketika tu. Dan mahal pun ya gak. Pikir panjang gak nak beli. Aku lebih fokuskan pada real food seperti telur ayam dan ayam bakar. Hee.. Masa tu, dua dua ni mampu aku beli hari hari. Kenyang pun ya..
Terpikat punya pasal dengan bentuk badan otai otai yang datang gym ketika tu, aku nekad la beli Muscletech. Tutup mata la bila hulur duit tu. Adeh... Harap berbaloi. Hahahaha.. Dan ternyata , memang berbaloi la. Badan menjadi tapi tu la.. bukan berkekalan pun. Sementara jer 'naiknya'. Sebab tu kena masuk real food untuk dapatkan otot yang lebih kekar.
Tapi aku tak la bergantung pada whey semata mata. Satu sebab harganya dan kedua risau juga buah pinggang aku ni. Heee.. Orang lain mungkin ok tapi aku nak guna lama organ aku ni. Hahahaha...Dan tiap kali beli whey , aku tukar tukar jenama. Ada yang sponsor dan ada yang beli.
Kalau tanya aku mana yang best dan jadi ? Dalam gambar di bawah ni , semua ok sangat bagi aku. Dan satu jenama je yang aku amik membuatkan aku terus kembung perut ! Tak sesuai la untuk aku. Heee... Mungkin orang lain , ok jer..
Oh ya.. ingat ya ! Ni whey protein ni makanan tambahan je. Jangan bergantung pada dia 100%. Pemakanan sebenar tu yang penting. Ayam , ikan , telur , kekacang seperti walnut , almond , gajus dan banyak lagi sumber protein sebenar yang perlu kita makan setiap hari. Dan semua ni adalah penting untuk otot otot kita. Kalau otot tak cukup kuat , bahaya ! Jangan main main yaaa..
Kesimpulan.. Perlu ke nak ambil whey ni ? Jawapan aku.. makan dulu kasi kenyang. Dapatkan protein yang sebenar. Whey ni amik bila ada duit lebih. Heee.. Bukan apa.. payah nak kenyang bila sekadar minum whey ni. Sekejap je terasa penuh perut tu. Pastu lapar dia lain macam. Haaa.. faham faham je la yer.. Kalau nak best, blend bersama pisang , almond dan kurma. Haaa, baru kenyang macam ni !
Baca dulu label sebelum nak guna, Elakkan yang tinggi gula ya. Gula pun ada macam macam nama. Pandai pandai la buat kajian sebelum nak beli. Heee..
Dapat duit terpijak , nak try yang ni lak. Macam best..
0 comments