Tiga kisah : KepadaMu , aku bersyukur !
Kisah 1..
Alhamdulillah...
Sabtu lepas , hantar anak anak ke bengkel motivasi di USIM , Nilai. Seharian di sana mereka. Maka aku bolehlah berdating dengan wife saja. Heee.. Perancangan nak layan movie kat Mesa Mall atau di rumah saja. Ajak gi briskwalk atau gym, katanya banyak kerja di rumah nak selesaikan. Gitulah... Kerja rumah ni, sampai bila bila tak selesai ! Tapi nak wat camana kan ? Dia dah tak leh tengok rumah semak. Layankan je la.
Dalam kereta , dia cerita la pasal kereta Livina kami. Katanya Jumaat lepas dalam perjalanan pulang , enjin jadi bergegar. Aku cam , haaa ??? Apasal baru bagitau sekarang ? Kalau kasi tau malam tadi, aku nak set temujanji dengan mekanik bengkel di Cheras. Aduhh.. ni dah jam 8 pagi. Nak ke sana dari Sepang , sesak ! Bengkel di BBST ni , aku tak kenal sangat mekanik dia. Kang kena sembelih , naya weh. Teringat 2 sahabat yang sering repair kereta aku ni, aku whatsapp mereka. Dengan harapan, mereka reply dan bantu aku.
Seorang... sampai ke sudah tak reply. Alhamdulillah , sorang lagi, balas. Baru balik kerja, Syif malam. Dan dia datang rumah untuk ambil kereta aku. Tengok dulu apa masalah. Aku dah google dan cari info di Facebook. Berkemungkinan punca dari plug dan juga coil plug. Power tak sampai. Kali terakhir aku servis , bulan 1 ! Heeee... tak sampai lagi mileage katanya.
Sahabat ni buat kerja dia. Servis dulu. Tukar minyak itam , oil filter dan sebagainya. Kemudian tukar plug sebab dah lebih 100 ribu km. Aku yang suruh tukar. Dan masalah bergegar masih sama. Dia check coil plug. Dan rasanya ada masalah di salah satu coil plug tu. Kena beli baru. Satu set. 4 batang. Dan ada satu masalah besar.. masalahnya ialah... Ahad kedai tutup ! Spare part takda. Kena tunggu hari Isnin dan masalah kedua ialah , hari Isnin dia kerja syif pagi. Selasa baru dia boleh buat. Aku kata tak pe. Buat kasi ok jer..
Kereta ada satu jer. Aku hantar ambil anak anak ke sekoolah dan juga wife. Maka dari jam 5 pagi , aku dah sibuk bertugas hinggalah ke Maghrib. Aku takda masalah. Selagi aku mampu dan fit. Aku buat. Tu antara sebab aku gi gym. Nak kuatkan tubuh badan dan mental.
Alhamdulillah... Selasa , sahabat tu berjaya selesaikan kerjanya. Malam, aku gi ambil kereta di rumah dia. Dan keadaan kereta sangat selesa. Maka aku fahamlah tanda tanda jika plug atau bahagian plug ni bermasalah. Bila kita tekan minyak untuk laju , bergegar bahagian pedal tu. Seolah olah dipaksa untuk buat kerja. Power tak sampai ! Jadi bila korang rasa begitu.. checklah part tu selain bateri.
Kisah 2...
Kejut Qhaliff bangun solat subuh. Dia peneman aku ke surau atau masjid setiap hari sebelum ke sekolah. Walaupun dia mengantuk, aku tetap paksa dia. Memang terasa hangin gak dia. Katanya nak solat di rumah. Dia penat minggu ni sebab minggu sukan.
Aku senyum..
" Biarlah kita penat atas dunia ni kerana nak beribadah. Biar kita penat melangkah kaki ke surau atau ke masjid. Kita sekejap je atas dunia ni. Penat kita sekejap jer. Lagi pun , kita sihat anggota badan. Lengkap. Cuma penat jer. Bukan penat sangat tapi syaitan bisik kat telinga kita untuk jangan pergi. Walhal ok jer.. Kalau kita sambung tidur , berapa lama sangat boleh nak tidur ? Bangun nanti pun penat juga. Takkan hilang penat kita ni. Semua di otak jer.. " kata aku.
Dia melangkah... Dan seperti biasa, jika di surau.. dia je kanak kanak yang ada dan dialah akan iqamah. Alhamdulillah.. banyak pahala dia.
Kisah 3 ..
Ramai balas komen aku di Tiktok. Isu pasal roti putih ni membuatkan ramai ibu bapa jadi buntu. Kalau anak anak tak makan roti , diorang nak makan apa ? Aduh... kelaparanlah anak anak ! Aiyokk.. amenda la. Banyak lagi sumber makanan lebih baik dan berkhasiat boleh diberikan pada anak anak. Takkan roti je pilihan yang kamu ada ?
Antara komen positif pula yang aku dapat ialah anak anak mereka memang dah lama berhenti makan roti dan kesihatan lebih baik Ada yang ada resdung , penyakit kulit dan kerap demam tapi lepas berhenti makan roti dan mengurangkan pengambilan tepung putih , penyakit tu makin sembuh. Alhamdulillah..
Nak kasi makan apa ? Real food jer. Kalau untuk snacking tu, carilah kekacang. Atau buatlah jeruk sayuran seperti timun , buah zaitun dan sebagainya. Kurma pun boleh. Ikut bajet kita la. Kalau takda bajet , minum je la air suam. Ratah ulam dengan budu pun sedap ! Kalau lapar juga, tidur je . Kekadang bukan sebab lapar sangat pun tapi sebab lewat tidur !
0 comments