Bagaimana SKJC mencari dana untuk sekolah mereka ?

by - Khamis, Ogos 08, 2024


 

Hurm... sebenarnya , tak susah pun ! Antara nak ngan tak nak jer. Tapi sayangnya, masing masing sukar nak memainkan peranan atas alasan sibuk dengan kerja masing masing. Yang bahagian serahkan tugas pada bahagian ni , yang bahagian ni lak harapkan bahagian ni memberikan bantuan seperti yang diminta tapi sayangnya.. 

Tak yah cakap la kami sibuk dengan pelbagai urusan ! Ketika di maktab lagi dah tau apa kerja kerja yang bakal kena buat. Bukan sekadar mengajar jer. Kalau dah tau gitu , nape tak berhenti kerja saja ? Ya.. aku pernah lalui dan ada pengalaman begini dulu. Dan ya, aku berhenti je kerja sebab tak mampu nak pikul amanah yang diberikan. Kita kasi pada yang benar benar berminat nak berkhidmat. Ramai je nak sebenarnya.. 

Dan pemikiran sesetengah orang .. buat apa aku beria nak tolong ? Esok lusa aku belum tentu kekal di sini pun. Aku nak mintak tukar sekolah atau.. anak aku pun dah abis sekolah. Baik dia datang belajar dan balik.. Atau ada yang malas nak terlibat dengan ibu bapa dek kerana tau ibu bapa ni banyak ragam ! Dah manusia ? Awak sendiri pun banyak ragam dan alasan ! 

Dan ibu bapa lak ? Nak turun mesyuarat PIBG pun payah ? Yelah.. nak turun pastu dengar pelbagai ucapan sejam dua.. Pastu baru nak mula.. Aduh...Kan senang part ucapan tu kasi je masa penutup ! Hahahah.. Takda ucapan tapi kesimpulan ! Nah... ubah. Mungkin baru ibu bapa nak datang. 

Kasi hadiah dan hamper ? Aku tak berminat pun nak dapat hadiah atau hamper. Aku sebenarnya sendiri banyak luahan nak disampaikan tapi dek kerana protokol mesyuarat tu yang bikin aku antara mereka yang malas nak gi.. Tapi aku gi gak la.. Duduk jap pastu balik. Dah panjang sangat bebelan nak kena dengar.. 

Camana nak bantu sekolah cari dana ? Aku pernah bagi idea tapi krik krik gitu jer. Malah aku sendiri dah bawak masuk beberapa penaja ke sekolah tapi.. hurm.. senyap gitu je selepas tu. Takda dah pertemuan untuk memperkembangkan lagi cara nak mengekalkan penaja atau membuatkan pihak penaja tu memberikan sumbangan lebih besar. Nak aku jugak ke buat ??? 

Mungkin sekolah kebangsaan ni lebih selesa dengan apa yang ada dan harapkan bajet dari kementerian jer.. Tapi rasanya sekolah kebangsaan di pendalaman , mesti lain ceritanya. Pernah baca pasal ni di Facebook dan sangat menarik. Tak perlu penaja pun tapi hasilnya cukup mengagumkan. Mungkin sekolah tu kecil je kot.. 

Yang penting , peranan ke dua dua pihak. sekolah dan ibu bapa perlu lebih perlu kuat dan bukan sekadar bila ada event baru nak berjumpa dan senyum... 

You May Also Like

1 comments

  1. Betul, both parent and teacher kena kerjasama. Parent jangan asik nak komplen je. Memang sometime kena contohi sekolah lain jg

    BalasPadam