Bukan calang calang Hotel IBIS Kuala Lumpur rupanya !

by - Rabu, Ogos 14, 2024

Lama tak gi berehat. Asyik sibuk dengan rutin harian. Nak gi bercuti , wife sibuk. Anak anak lak dengan sekolahnya. Bila cuti sekolah , balik Kelantan.. kampung wife. Kampung aku ? Dekat jer.. hari hari boleh balik. Heee.. 

Bila wife kasi tau dia ada tugasan luar tapi tak perlu travel jauh, aku dan anak anak seronok. Hahahaa.. Dulu.. naik muntah bila ada jemputan review hotel. Boleh dikatakan setiap minggu. Sampai terpaksa tolak. Bukan apa... bukan tak best tapi review hotel ni penat sebenarnya. Banyak task dan tugasan. Dari pagi hingga malam. Pastu nak kena update dalam blog dan media sosial. Seronok tu seronok.. tapi tu laa.. memenatkan sedikit. 

Kali ni.. aku tak perlu nak tulis review. Aku nak cerita terus apa yang aku rasa dan nampak. Bila wife kata dia kena gi IBIS Kuala Lumpur , aku cam.. IBIS jer ?? Dalam kepala aku.. IBIS ni cam hotel level motel gitu la.. Heeee.. 

Jangan tengok dari luaran kata orang dulu dulu ! 

Wife check in dulu. Dia kata best ! Di luar jangkaan sama sekali. Bila dia kata gitu.. aku teruja la. Pastikan anak anak berbaloi ponteng sekolah. Hee.. dah abis exam. Boleh la berehat fizikal dan mental. Diorang pun sian gak. Lama tak gi bercuti. Aariz mintak mandi kolam sebelum hari lahir dia. Ok la.. kasi tunai sekali gus.

Dari Sepang ke IBIS Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Kampung Baru ni , tak jauh mana pun. Cuma kalau siang hari tu, memang akan sedikit sesak la. Aku gerak malam. Jadi tak beberapa jammed la. 

Sampai.. Tempat letak kereta , dalam bangunan. Takda masalah. Cuma kena hati hati la masa naik tingkat. Agak sempit. Lif dari tempat letak kereta , tak jauh. Turun ke lobi. Depan hotel , suasana meriah. Ada tempat makan berhampiran kalau tak nak makan dalam hotel. Kedai runcit dan ATM juga ada. 


Naik bilik... masuk lif kena guna kad kunci. Lif selesa. Sampai bilik.. Mengagumkan bilik ! Luas dan selesa. Aircond sejuk. Bilik air kemas dan bersih. Internet , open. Tak payah nak masuk kata laluan bagai dan takda la nak lag bagai walaupun ramai orang guna. 

View aku.. hutan batu. Hahaha.. Yelah , dah dalam bandar kan ! Alhamdulillah. Segala dipermudahkan Allah. Tidur.. 



Pagi.. wife ajak turun sarapan. Katanya berbaloi makan pagi , tengahari dan malam di sini. Sangat memuaskan hati. Aku cam.. yeke ? Aku rasa lama dah aku gi hotel dan makanan mereka ala ala cut cost jer. Nak berjimat cermat. Hehehehe.. 

Jam 8 pagi. Turun sekeluarga. Agak terkejut juga aku. Ramainya orang ! Aku cam.. biar betul ? Hari biasa je ni. Kalau hujung minggu , camana la agaknya. Wife kata proses check in pun mudah sangat kat sini. Tak perlu tunggu lama. Dia sendiri kagum. 

Cari meja besar.. Dan aku mula merayau tengok makanan. Serius weh !! Biar betul. Ni sarapan pagi je kot ! Giler laaa.. macam juadah berbuka puasa di bulan Ramadan. Banyak pilihan tu ! Giler aahhh.. Aku baru plan nak buat IF ! Hahahaha.. tergugat terus. 


Mula mula aku sayur dan buah. Fiber dulu masuk. Pastu telur rebus dan telur dadar. Baru cari karbohidrat sedikit. Hahahaha.. Bila ada telur , sah sah la meratah telur. Tak sangka dengan harga sarapan pagi dia yang bawah RM40 ni , pasti akan puashati sangat. 

Wife kata.. ni baru sarapan pagi. Kang tengahari lagi sedap sedap dan banyak pilihan. Aku cam... Ok.. nanti nak cuba. Heeee.. 

Pas makan 4-5 round.. aku bawak anak anak naik ke kolam renang. Tingkat 31. Ada spa dan gym juga. Gym dia biiasa je la. Boleh la untuk peluh peluh gitu.. Nak berotot kekar tu tak mungkin la. Heheee.. Ok la dari takda. Kolam renang.. kecik tapi seksi ! Haaa.. Kaki bergambar suka la kot.. 


Makan tengahari dan malam... nanti aku cerita lain eh. Kesimpulan.. kalau nak datang bercuti di KL , IBIS ni memang selesa la untuk sekeluarga.. 

You May Also Like

1 comments