Susah ke nak buat badan ni ?

by - Ahad, Ogos 04, 2024

Dah beberapa kali aku ditegur oleh mereka yang baru aku kenali. Soalan mereka, apakah aku seorang tentera atau anggota bomba ? Aku tanya kenapa ? Katanya fizikal aku ke arah sana. Aku sengih je la. Aku jawab.. dua dua tak. Aku cuma rajin bersenam jer. 

Soalan seterusnya , apakah perlu ke gym untuk dapatkan badan yang kekar dan cantik ? Aku senyum je. Tak perlu pun. Hanya perlu rajin bersenam , berdisiplin dalam pemakanan  dan dalam kehidupan. Termenung dia. Aku senyum jer.. 

Aku perjelaskan lagi kata kata aku. Hanya perlu rajin bersenam , tak semestinya kena gi gym dan berjam jam lamanya. Apa sasaran kamu ? Jika nak kelihatan lebih fit dan pada masa sama nak nampak berotot , maka senamannya tak sama seperti orang nak masuk pertandingan bina badan. Aku lebih suka tekankan senaman HIIT jika nak nampak fit dan berotot maskulin. 

Berdisiplin dalam pemakanan camana pula ? Yang ni sebenarnya cabaran. Terlalu banyak mazhab dalam dunia fitness ni bila melibatkan pemakanan. Ada yang kata , kau makan apa saja asalkan selepas makan tu bakar semula kalori. Lepas bersenam , kau makan untuk pemulihan. 

Bagi aku la... nak makan tu , takda masalah. Tapi kena pastikanlah makanan yang masuk tu , makanan sebenar. Biar tinggi dengan protein, fiber dan juga karbohidrat. Jauhilah makanan yang diproses berkali kali. Macam makanan segera. 

Tapi ramai je sifu ajar makan menda menda gitu ! Diorang badan cantik jer. Menjadi badan mereka. Yer.. memang la nampak gitu. Tapi ada ke diorang cerita apa suplliment lagi yang diorang ambil selain whey protein ? Tak semua diorang cerita. 

Jauhi mereka yang ajar ambil produk-produk cepat sado dan  terpaksa bergantung dengannya ! Maksud aku.. bila nak workout je kena ambil barang ni untuk dapatkan tenaga dan padu ! Lor... kalau tak ambil , apa jadi ? Kita nak badan fit , kuat , bertenaga atau sekadar nampak cantik je ? Bukan apa... sampai bila nak bergantung pada menda tu ? Nak nampak gempak untuk seketika je ? Ada kesan sampingan yang bakal dihadapi pada masa akan datang... part ni diorang tak cerita ! 







Berdisiplin dalam kehidupan ! Kalau kita berjaya berdisiplin dan pegang pada komitmen penjagaan kesihatan ni , InshaAllah.. korang boleh lakukan apa saja tanpa banyak cerita. Paling mudah la.. tidur awal  , bangun awal dan gi solat subuh berjemaah di masjid. Pastu jauhi rokok , vape dan apa saja benda benda yang merosakkan organ dalaman kita termasuklah melepak sehingga lewat malam.  

Ramai nak cepat.. nak nampak kesan bila mula berkomitmen ! Aku cadangkan la.. jika korang nak tau korang semakin ok ke tak.. buat senaman ni setiap hari. Yang pertama , push up 40x dan buat setiap kali lepas solat . Pastu , bila petang hari atau pagi hari.. cuba berlari pecut 50 meter. Tengok kesan selepas tu. Apakah korang akan mengah ? Buat setiap hari.. dan tengoklah perubahan pada fitness korang. 

Jika ada.. bermakna tak sia sialah korang bersenam setiap hari. Jika tiada, mesti ada sesuatu yang tak betul. Dan jangan lupa periksa kesihatan perut. Yang ni amat penting. Perut rosak , kita akan mudah jatuh sakit ! Badan sado pun tak guna jika sistem imun rendah. 
 

You May Also Like

0 comments