Dietiqa , cara mudah kira kalori pemakanan korang !
Dulu , aku tak ambil berat semua ni. Malas nak kira pun. Bukan tepat sangat pun kiraan pasal kalori ni. Tapi bila difikir fikirkan, ada baik juga kalau ambil berat pasal kalori pemakanan harian kita ni. Bagi yang nak turunkan berat badan secara sihat mahupun nak naikkan berat badan , kena juga tahu apa yang kita makan. Berapakah kalorinya, kandungan fiber , protein dan juga gula. Khasiat sudah pastinya sangat penting. Sayangnya.. zaman ni , kita bedal dulu baru kita nak fikir pasal ni.
Bila badan dah membelon, atau Syawal dah nak menjelang.. mengelupur nak puasa bagai. Tapi yang diorang terlupa ialah akan bahayanya jika pengambilan makanan ni tidak diambil berat. Jangan dok pikir soal gemuk kurus tapi kesihatan tu !! Semakin ramai orang Malaysia obes malah ramai dah kena potong kaki dek kerana diabetis ! Tak kira usia yer..
Nak ambil tahu pasal kalori lak , satu hal. Takkan memanjang nak kena google cari jawapan atau nak tanya si penjual. Paling tidak pun , belek labelnya untuk mencari maklumat mengenai kandungan makanan tersebut.. Heee.. letih gak kan ?
Macam kuih ni... semalam gi Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai sana, kelaparan. Mencari kedai makan , tak jumpa lak. Ada je yang dah bukak tapi dah terlepas. Yang ada gerai jual kuih muih depan mata. Nampak gaya.. memang ni je la yang akan dibeli untuk lapik perut.
Tapi sebelum tu.. aku ambil gambar untuk tahu kalori dan juga kandungan lain.
Fuh.... cekodok ! Pisang tu sihat dah tapi bila digoreng bersama minyak , maka kalorinya akan jadi berganda. Karbohidrat tinggi , Lemak pun tinggi. Rasa rasa sesuai tak untuk mereka yang nak turunkan berat badan dan slim ? Bab khasiat tu.. korang pun tau la kan..Kalau goreng sendiri pakai minyak sawit, ngam... boleh belasah tapi skit je la makan.
Pastu wife ajak dating berdua. Anak anak lepak bilik hotel. Sesekali kan ? Bawah hotel jer. Maka ke Secret Recepi la kitorang. Lama tak masuk SR ni. Maklumlah , harga pun bukan calang calang dah sekarang.
Teringin air chocolate ni. Rasanya dah bertahun aku tak minum. Kali ni nak rasa la skit. Kongsi dua. Dan sebelum tu amik gambar guna aplikasi Dietiqa. Nak tengok berapa kalorinya. Dan.. Perghhh ! Mau 2 jam aku naik treadmill untuk bakar balik kalori tu. Hahahha.. Tu bab kalori la.. Bab gula satu hal lagi. Bahaya wooo.. Tinggi banget !
Tak pe laa... bukan selalu pun kan ? Balik.. gi gym siang malam dan buat IF seminggu. Hahahaha... Adoilah.. Terus anxiety datang.
Balik dah hotel.. Kembali semula jaga pemakanan. Nah , tengok la pemakanan harian aku. Air lemon kosong je berapa pun ? Tapi bagus untuk perut. Kalau letak serbuk halia sedikit , tak banyak pun naiknya. Yang penting , perut lawas membuang . Penting part lawas ni. Kalau tak lawas, tu yang jadi masalah besar !
Pastu makan telur rebus dalam 5 biji. Kurma 3 biji. Cukuplah tenaga sehingga tengahari nanti. Nak guna pakai workout di gym . InshaAllah..
Amacam ? Mudah tak ? Snap dan tahu dah kandungannya..
Jom guna aplikasi ni.. mudah sangat je. Klik Dietiqa untuk dowload aplikasi Dietiqa dan pastikan guna kod ni masa daftar. Kod daftar : W95JLM
1 comments
Hi. Tq, saya dah guna code awak untuk reg dietiqa. Tq.
BalasPadam