Rutin makanan harian aku ?
" Ada kawan tanya apa yang aku makan untuk elakkan badan kembali berlemak ! Haaa.. yelah , dah dapat 'durian'' kat perut , kan ? Nak kekalkan , bukan senang. Apatah lagi jenis tak ambil apa apa suppliment seperti pembakar lemak dan sebagainya. Camana Ben buat eh ? ".
Hurm... Sebenarnya tak susah pun. Seperti mana yang korang tau , aku makan je cam biasa cuma aku elakkan makanan yang boleh bikin aku jadi ketagihan dan makan berulang kali ! Aku bukanlah tahap macam ahli bina badan yang nak masuk pertandingan. Badan masih ada lemak terutama di perut. Cuma takda la macam dulu dulu. Kira banyak dah perbezaan.
Ada 3 menda yang aku buat sekarang ni untuk pastikan badan tak kembali berlemak lemak seperti dulu. Pertama , waktu makan. Aku pastikan aku makan dalam waktu tu. Tu pun kalau nak makan la. Contohnya waktu pagi. Kalau aku nak ke gym , memang tak makan la. Kalau tak gi gym dan kelaparan , aku akan makan antara jam 6 pagi hingga 8 pagi. Kalau aku skip pagi , aku akan makan pada tengahari. Antara jam 12 hingga 2 petang. Dan malam , antara jam 6 petang hingga 8 malam.
Jika aku kelaparan sebelah malam ? Haaa.. ada dua tiga makanan perlu aku standby. Bukan biskut atau roti ya ! Sila jangan makan dua menda ni sebelah malam kalau nak elakkan penyakit. Aku akan makan epal merah bersama yogurt greek dan juga kurma dalam dua tiga butir. Pastu aku tak tidur. Aku akan buat sedikit pengerakkan dalam 10-15 minit. Dan minum air halia untuk turunkan gula dalam darah. InshaAllah.
Guna serbuk halia yang 100% asli tanpa campuran
Nak beli , leh wasap : https://halia1.wasap.my
Dalam diet harian aku , wajib ada telur rebus ! Camana punya boring pun , mesti ada telur. Kenapa telur? Dalam usia aku sekarang ni , makanan yang tinggi protein , sangat penting. Telur mudah nak dimakan walaupun ada yang muak. Berbanding ayam , ikan.. walaupun sedap tapi jenuh nak perabiskan seekor ayam setiap hari ! Hahahah.. ikan , mahal weh. Sumber yang murah adalah telur ayam !
Selain tu boleh la makan almond , walnut dan sebagainya. Tu sesekali layan la.. Kurma dan buah buahan pilihan aku yang tinggi dengan fiber seperti pisang , epal merah , buah naga senantiasa dibeli. Bagus untuk pencernaan. Penting percernaan lawas. Kalau sangkut , memang parah jadi badan kita ni. Mudah jatuh sakit juga.
Kesimpulan.. Aku cuma tak makan nasi putih , makanan segera dan ultra process. Mee , bihun ? Layan la skit bila dah depan mata dan pastikan sedap. Kenapa aku tolak nasi putih ? Sebab aku tak boleh kawal nafsu makan bila dah mula makan nasi putih ! Hahahahha.. Korang ke tau , apakah makanan yang boleh bikin korang rosak diet korang tu !
Macam aku.. nasi putih , mee segera macam megi tu.. haa.. kalau dah makan , memang abis la. Alhamdulillah.. dah nak masuk 3 tahun aku stop semua dah dan ianya memberi perkembangan positif. Anak anak pun ikut sama. Kan bagus tu ? Sekeluarga turut jaga kesihatan..
1 comments
Tq bro. Buat aku semangat balik nak diet hahaa.. dulu pernah buat diet tolak nasi ni, just makan lauk je. Mmg bjaya kurus, tapi xde la fit mcm bro sbb xde g gym. Sekarang dh kawin, gemuk, selalu la salahkn bini sbb masak sedap² hahahaa.. hakikatnya diri sendri yg x mampu nk control nafsu makan bila lauk dah thidang depan mata
BalasPadam