Wahai suami.. Jangan biarkan boroi itu bermaharajalela !!
Dulu aku tak tau yang aku ni sebenarnya.. boroi ! Ingatkan sado tapi rupa rupanya. Hurm.. Fasa nak kasi besar badan ni atau bulking dalam bahasa gym ni , perlu makan banyak ! Sayangnya , ilmu bab ni aku jahil sama sekali. Ingatkan makan apa saja asalkan bersenam. Tapi rupa rupanya sangkaan aku meleset sama sekali. Dek kerana itulah perut jadi rosak lalu memboroi.
Aku percaya.. ramai lagi macam tu. Yang baru baru kawin , berpegang pada prinsip , inilah tanda isteri pandai jaga.. bagi aku, sangatlah mengarut. Isteri kalau pandai jaga, suaminya tetap kacak atau makin kacak berbanding masa bujang ! Bukanlah ke arah yang sebaliknya. Risau kena ngorat ? Isteri kalau pandai jaga , tak perlu risau aih.. Dia sendiri pun melawa. Dan pentng zahir dan batin tu terisi. Haaa !
Boroi ni kan.. kalau dibiarkan lama lama merosakkan diri kita. Jangan pandang ringan tau. Luar dalam jadi rosak. Ada yang kata cute la.. nampak comel la.. realitinya menyiksakan. Semput.. cepat mengah. Pakai baju pun cam.. hurm.. Pastu atas katil.. jangan cakap la kan ! Ramai je para suami alami masalah ni sekarang. Nak gi berubat malu.. pastu biar je gitu. Tu pasal banyak kes sekarang ni..
Camana nak hilangkan boroi ni ? Hurm... pertama sekali , betulkan sistem penghadaman atau pencernaan. Bila sistem ni dah ok , segala sistem lain dalam badan jadi cantik. Tanda jammed dah. Proses pembakaran lemak boleh berlaku. Metabolisme badan naik. Sistem imun pun jadi elok kembali. InshaAllah..
Caranya ? Hurm.. mula mula ambil pemakanan yang mengandungi probiotik dan prebiotik. Makanan yang tinggi dengan serat juga bagus untuk memastikan pencernaan berlaku dengan baik. Pastu jaga waktu makan. Jangan asyik nak makan jer. Nak lagi baik.. berpuasa ! Kenapa ? Waktu sahur dan waktu berbuka adalah 2 waktu yang mana asid perut sedang aktif. Senang nak cerna. Dan bila makan, kunyahlah makanan tu hingga hancur.
Dan jauhi 5 PUTIH ini dan amalkan 2 PUTIH ini.. Alamak ? Apa tu.. hahaha.. cari dalam entri entri aku yang lepas. Dah banyak kali tulis pasal ni.
Boroi hilang.. betulkan saraf.. dan tengoklah hasilnya ! Bukan saja nampak lebih hensem berbanding dulu tapi prestasi atas katil pun kembali mengila. Haaaa.. barulah isteri masak sedap sedap di pagi hari ! Hahahaha... Sedap dan berkhasiat. Tu penting. Tamo makan dah makanan yang tak bagus untuk badan kita..
0 comments