Periksa mata anak anak korang segera !
Zaman aku dulu, mata rosak dek kerana suka membaca dalam gelap dan juga kerap menonton television dekat dekat ! Katanya la.. Mata aku mula rabun seawal usia 8 tahun, Cikgu kelas perasan. Bagus cikgu tu. Dia minta arwah ayah aku bawa aku buat pemeriksaan mata. Ya , aku rabun. Lebih tepat lagi sebenarnya aku silau. Suka main lampu suluh dalam gelap. Sayang sungguh la. Degil ! Tak nak dengar cakap orang tua. Dah pakai cermin mata macam Clark Kent. Nasib kacak macam dia gak. Hee..
Tapi zaman ni lain lak. Ramai anak anak kecil dah mula rabun dek kerana skrin gajet. Bukan television saja tapi komputer , telefon pintar dan juga konsol game ! Aduh... satu hari berapa jam mereka mengadap benda benda tu ?
Mak ayah dah larang tapi tu laa.. diorang dah membesar di zaman ni. Kalau mampu nak kawal, baguslah. Kalau tak mampu, camana ? Ditambah pulak ada yang belajar secara online.. mencari maklumat katanya. Sehari maunya 2-3 depan komputer atau handphone ! Sian..
Terbaru... kenalan aku hantar gambar. Anaknya , 2 orang kena gi periksa mata. Rabun sudah. Masih bersekolah rendah. Aduh... Sian diorang. Kos nak bikin cermin mata satu hal lagi. Bukan murah. Main ratus ratus dah. 2 orang kalu ??
Ada solusi tak ? Ada jer.. InshaAllah boleh membantu. Anak anak aku, jika mengadap komputer untuk belajar kelas secara online mahupun main game di telefon pintar ketika waktu lapang di hujung minggu , akan aku wajibkan pakai cermin mata berkanta Alpha Blue ni ! InshaAllah membantu mata dari rosak. Nampun kita tetap kena kawal juga. Masa penggunaan tu kena ada. Jangan biarkan mereka bermaharajalela dengan gajet gajet ni !
Eyes Vision Group
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
0 comments