Bestnya Terengganu !

by - Ahad, September 29, 2024

Sekali lagi kami sekeluarga ke Kuala Terengganu , Terengganu. Seronok sebenarnya kalau ke sini jika dalam musim panas. Banyak tempat boleh pergi jalan jalan dan juga cari makan. Tempat penginapan , ada banyak. Kalau korang suka menginap di hotel , antara yang best ialah Paya Bunga Hotel. 

Kenapa Paya Bunga Hotel ni ?? Kolam renang , mesra kanak kanak. Gym pun bagi aku lengkap. Bersih dan paling mudah.. dia berada di kawasan yang mudah untuk korang nak ke mana mana. Nak cari makan pun senang terutama pagi hari. Kalau kedai 24 jam , ada tiga di sekitarnya. 

Sebenarnya Terengganu ni best bukan saja di bandarnya tapi bandar bandar sekitarnya. Kalau korang kaki berjalan dengan kereta, korang boleh pergi banyak tempat di sini. Haaa, nak naik bas pun boleh. Ada bas awam belakang hotel ni. Seronok kalau ambil cuti 3-4 hari dan merayau di sini. 

Bab makanan.. jangan hanya mencari makanan yang popular jer. Kena cuba pelbagai masakan dan kuih muih tradisional di sini. Kena gi ke kampung kampung dan mencari. Keropok lekor dan losong pun kena cuba kuah sambalnya. Itu penariknya. Kena cuba yang rebus punya ! Sedap.. Anak anak pulak kena cuba satay ikan. Memang akan tergoda mereka. 

Aku nasihatkan korang yang ingin menikmati Terengganu ni , gi la ikut Jalan Pantainya bermula dari Jalan Cherating. Naiklah ke atas pastu baru masuk ke bahagian tengah negeri. Haaa.. syok wooo ! Mendamaikan. 




Nasihat aku,, Jangan abiskan masa dengan tidur bila berada di sini. Dari subuh hari lagi kena bangun dan berjalan jalan dah. Mulakan dengan bersubuh berjemaah di masjid. Masjid masjid di Terengganu pun cantik cantik. Memang best untuk bergambar di setiap masjid yang ada di Terengganu ni. 

Pantai ? Jangan cakap la.. Pantai di Terengganu ni terutama di Dungun , memang memutih. Tu belum ke pulau pulau berhampiran. Memang cantik banget dong ! Hahahaha.. Sesungguhnya kalau ada duit banyak , beli tanah dan buat rumah di sini.. memang best ! Abiskan usia tua di Terengganu. Pagi , lepak masjid.. malam lepas masjid.. Waktu lain.. nikmati alam keindahan ! Cuma kena cari tempat yang air tak naik la masa tengkujuh.. Heee..

Best Terengganu ! 
 

You May Also Like

1 comments