Bini gi kerja. Laki dok umah, jaga anak! Pendapat aku.

by - Sabtu, Julai 13, 2019



Ketika wife mengandung anak pertama telah berlaku perbincangan antara suami isteri..Pada siapa nak diserahkan anak itu untuk dijaga. Hurmm.. Bincang punya bincang... Keputusan dibuat berdasarkan siapa punya masa depan dalam karier lebih terjamin. Dan juga faktor gaji. Tapi keputusan juga dibuat berdasarkan situasi aku ketika itu yang mana telah juga menjana pendapatan.melalui media sosial. Tak la banyak tapi jika nak ditolak campur jika aku bekerja pun, sama gak hasilnya. Lebih pada penat je dapat jika aku pergi kerja!!

Bukan mudah.. Ada yang pandang sinis dan ingat aku makan gaji bini. Senyum je la. Nak terangkan pun  bukan diorang paham pun. Yang penting  laki bini tau apa yang dibuat. Aku duduk jaga anak di rumah bukan boleh layan drama Korea atau sinetron pun! Tak cukup masa sebenarnya. Ada masa terluang  aku kena ngadap laptop dan handphone.

Ingat best ke duk umah? Gi kerja, leh berhias cantik cantik. Dok umah nak berhias untuk sapa?? Sapa nak tengok pon. Dan pakai lawa lawa pastu si kecik comot kan.. Hahaaa.. Ikutkan , aku teringin kembali ke pejabat. Naik ERL di pagi hari... hensem hensem... wangi wangi tapi teringat sapa nak jaga anak , tu yang membuatkan aku dan pastinya ramai lagi suri rumah batalkan niat nak kembali ke pejabat !


Tak kisah la. Yang penting, duduk rumah tu janganlah duduk makan tidur jer. Cari peluang menjana pendapatan.juga. Ada je kat luar sana tu. Kena rajin cari jer. Lain la kalau kita tu dah kira orang kurang upaya... tak pe la !

Dan si isteri pun.. Jika berlaku perbalahan, selisih faham.. tolong  tolong, tolong ...jgn mengungkit. Jika ini berlaku, Sejujurnya akan ada luka di hati dan mula memendam rasa. Hati hati. Bincang elok elok. Tak perlu nak cerita panjang sana sini ! Dan jangan la pulak dok bercerita di media sosial atau kawan kawan di pejabat. Sian suami tu diaibkan.

Nasihat aku..  Jika ada yg perli atau mengata maka.. Buat gini jer..


Suami yang duduk rumah , boleh je ke pejabat tapi memikirkan nasib anak anak di hari mendatang.. sapa lagi yang patut berkorban ?

You May Also Like

5 comments

  1. betul tue, sefahaman dalam rumah tangga itu penting, abaikan apa orang nak kata kan...

    BalasPadam
  2. bertolak ansur..support penting..tp xsmua macam tu..

    BalasPadam
  3. Abaikan je orang yg banyak persoalkan tentang rumahtangga org ni. Fokus je menyidai baju tiap pagi,petang angkat ,lepastu lipat , haaa.. settle ! Hehe gurau². Moga tabah dgn manusia yg macam macam ada skrg ni,mereka tak duduk ditempat kita. Anggap je mereka tak tahu apa apa.

    BalasPadam
  4. Betul.. Duduk rumah pun bukkannyaa goyang kaki jer , duduk rumah pun otak ligat berfikir macam mana nak cari rezeki dan update blog kan. Tapi yang penting, memang sangat-sangat penting diskusi dan sefahaman suami isteri agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga

    BalasPadam
  5. betul. tak kisah pon kalau suami duk rumah. asalkan boleh menjana pendapatan dari rumah dan tolong isteri settlekan keje rumah.

    BalasPadam