Logo Visit Malaysia 2020 dilancarkan hari ini tapi..

by - Isnin, Julai 22, 2019

Dup dap.. dup dap... Nak tau apakah citasa Tun Mahathir ! Logo lama tu , mengarut sangat. Macam budak Tadika je buat !! Logo terbaru ni adalah hasil rakyat kita sendiri. Haa , tu sebab aku tak sabar sangat nak tau. Petang ni bertempat di KLIA , akan dlancarkan secara rasminya oleh Tun Mahathir sendiri. Patutnya aku pun ada kat sana tapi cam kepenatan semalam masih belum hilang dan mabuk durian masih belum abis. Hee.. sebaiknya aku duduk diam di rumah jer.

Malaysia tercinta kita ni ada banyak produk produk pelancongan yang menarik.Tak kira la pelancong tempatan atau luar negara sememangnya mencintai tempat tempat menarik di negara kita ni. Tapi.. tapi sayangnyaa..Hurm... Senang cita gini jer la yer. Tahap kebersihan masih belum sangat sangat memuaskan ! 

Contohnya kelmarin di Balik Pulau... sewaktu aku bersiar sebentar dengan berjalan kaki , sampah sarap terutamanya plastik plastik berada di dalam longkang. Balik Pulau ni adalah produk pelancongan yang bagi aku sangat menarik !  Berbasikal sekitar Balik Pulau memang cun sangat ! Tapi jika pelancong nampak sampah sampah plastik ni , apa tanggapan mereka ?


Kemudian.. di Hutan Simpan Paya Laut , Balik Pulau.. nah , sini memang syok nak berfotografi ! Bila aku masuk ke dalam... air laut surut dan kelihatan anak anak ketam berkeliaran tapi sayangnya..sayangnya... 






Aku dan rakan rakan lain berjalan ke dalam melalui titi yang dibuat khas. Dan rasa sayu dan sedih timbul di dalam hati ! Sampah sarap ni datang dari mana ? Yang pastinya bukan dari hutan simpan paya laut ni ! Mesti dihanyutkan dari laut ketika air pasang dan terdampar di sini ! Sapa nak kutip semua sampah sampah ni ? Apakah akan jadi makanan buat hidupan hidupan laut di di sini dan kemudian kita pulak dijadikan makanan buat kita ! Nah... sapa yang menanggung kesannnya ?

Di Pulau Pangkor yang aku pergi baru baru ini. Laut dipenuhi dengan sampah sarap

Terfikir di benak aku.. apakah keindahan begini yang ingin kita pamerkan buat pelancong pelancong dari luar negara ? Dalam negara punya pelancong , rama dah tau tapi masih ramai buat buat buta mata hati mereka ! Lepas makan makan , main buang jer.. Alasan, tak da tong sampah ! Tak boleh ke pegang dulu hingga jumpa tong sampah ? Kan ? 




Bayangkan jika tiada tindakan dari kita semua. Apakah akan terjadi pada keindahan alam semula jadi di negara kita ??? Apakah anak cucu kita nanti cuma akan pasang wallpaper di dalam bilik mereka untuk menikmati keindahan alam yang telah pun hilang dek kerana kebodohan kita sendiri ??



Apa tindakan kita ? Pejam mata ? Bising di media sosial ? Atau mulakan tindakan... Contohnya , jika kita pergi ke mana mana tempat pelancongan di dalam negara kita ni.. bawa juga plastik plastik sampah ! Jika ternampak sampah di sekitar kita , kita kutip. Pahala pun dapat kan ? Jika semua rakyat Malaysia buat gitu , inshaAllah negara kita akan cantik. Tak boleh nak harap pemimpin untuk bersuara kerana mereka banyak perkara penting untuk dibuat.. Katanya la..

*Terkini. Dilancarkan secara rasminya..


Logo rasmi Visit Malaysia 2020 

You May Also Like

4 comments

  1. Cantik logo baru tu..mmg sedih tengok sampah sarap merata2. Semalam pergi pantai pun byk sampah. Harap ada penguatkuasaan dan kempen kesedaran tentang kebersihan

    BalasPadam
  2. Sedihnya tengok pantai laut tercemar. Huhuu....
    Logo baru smart. Simple!

    BalasPadam
  3. Semua kena mula dari rumah. Disiplin n kesedaran sivik. Tapi tu la, kita ni pun byk org luar, selain org tempatan. Dari negara ketiga. Susah jugak nak control.
    khkopi.com

    BalasPadam