Kenapa anak kita tak nak pergi ke sekolah ?

by - Isnin, Julai 15, 2019

Isnin... 

" Qhaliff , bangun. Sekolah.. ". kejut aku. Qhaliff yang masih lena dibuai mimpi , celikkan matanya. Terus aku dukung naik ke bilik air atas. Siapkan dia dulu. Jam dah menunjukkan 630 pagi. Dipasang lagu kegemaran dia di dalam tandas. Terus terbuka mata dan mandi dengan cerianya. 


Siap..  Giliran Zahra ni. Mek ni sukar dijangka mood dia. Kalau ok mood dia , kerja aku jadi mudah di pagi hari. Tapi sekarang ni , Alhamdulillah... Dia seronok dah pergi sekolah ! Dia selalu selang seli hari ke sekolah. Katanya ticer garang. Aku tak salahkan ticer dia pun. Zahra ni kaki banyak soal. Dia tak macam abang dia yang lebih suka memahami sendiri melainkan jika dah tak paham sangat. Zahra, lain.. bertanya adalah kegemaran dia ! 

Dan aku minta Zahra ditukarkan ke kelas lain. Alhamdulillah , hari Ahad pun dia sibuk nak gi sekolah dah ! Itu rupanya punca dia tak nak gi sekolah. Sama kes macam abang dia dulu la gini. Anak anak aku tu , memang hati tisu sikit. Tak dapat dinafikan. Ikut aku la tu kot. Aku memang hati tisu. Tak leh kena marah ngan ticer. Sentap dan makan dalam terus. Bukan sebab manja tapi sebab aku respek cikgu. Bila kena marah tu, maksudnya aku ni jahat laa ! Maka jadi malu laa.

Dan pagi ni , setelah minggu lepas dia berjaya habiskan seminggu ke sekolah tanpa ponteng, Zahra meneruskan kecemerlangan dia ! Dia bangun, mandi dan bersiap tanpa menumpahkan setitis airmata pun ! 

Kesimpulan yang aku boleh buat.. anak anak tak nak pergi sekolah mesti ada sebab ! Bukan malas tapi kita kena cari jawapannya. Antaranya , kerja rumah tak siap , tidur tak cukup , cikgu kelas garang, tak bersarapan , keletihan dan korang kena cari ! Jangan main nak marah jer. Ada juga kes sebab tak nampak di dalam kelas. Rabun !!! Ni juga punca punca tak nak gi sekolah. Kena periksa mata terutama mereka yang suka main gajet ni ! Termasuk suka tengok tv. Hurmm...

Bila anak anak suka gi sekolah pastinya mereka akan pergi dengan mood yang baik. Cikgu di sekolah pulak , janganlah jadi singa lak yer. Mereka sekarang ni dah diajar dengan berfikir di luar kotak. Maksudnya , dah semakin bijak berfikir. Kena guna la psikologi dah sekarang ni. Aku tak sokong pun anak anak ni dimanjakan tapi seiring dengan peredaran masa. Jangan dok asyik pandang zaman atuk nenek kita dulu yang kena rotan bagai untuk ajar anak anak. Cikgu dulu , tak reti berselfie. Bergambar pun nampak garang jer ! Beza sekarang kan ? Fikir fikirkan.. 


You May Also Like

5 comments

  1. Anak Marina hantar kat taska. umur 3 tahun. pada awalnya dia berat sangat nak gi sekolah. lama-lama dah ok. selalu dia suh hantar kakak dia ke tadika dulu baru hantar dia. sekarang hantar dia dulu pon takpe. cikgu kat taska dia panggil ustazah. sekarang katanya ustazah dah tak garang. waal2 dulu ustazah garang agaknya. hihi

    BalasPadam
  2. dah masuk sekolah dah bdk nie hahah
    www.sihijo.blogspot.com

    BalasPadam
  3. ticer2 kena pandai kontrol emosi. garang bila perlu, bkn selalu.

    BalasPadam
  4. wah. anak saya yang sulung suka benar pergi tadika. walaupun pagi-pagi dia tidur dalam kereta. bila dia tak minat tiba-tiba memang saya korek sampai dapat jawapan. hehe. so far, cikgu-cikgu semua mmg bagi kerjasama dan semuanya mementingkan keselesaan dan emosi anak-anak.

    BalasPadam