Korang rasa korang sihat ?

by - Rabu, Julai 10, 2024

Manfaat dari main besi

Yer.. dulu aku rasa aku sihat. Hari hari berjogging dan gi gym. Pastu boleh makan apa saja. Tak kira masa. Siang malam makan. Lepak sampai tengah malam. Enjoy bro ! Enjoy life !! Kononnya laaa.. Masa remaja dan belia tu ok la. Tapi bila usia dah mula lebih 30 , masa tu terasa lain macam. Kepala selalu pening. Sakit di tengkuk. Rasa lemau badan. Bangun pagi , mood ke laut. 

Dan aku ingat semua tu biasa jer. Semua orang macam tu. Tapi rupa rupanya tidak. Itulah petanda awal badan kasi amaran penyakit dah mula menjengah !  Bila doktor kasi tau aku dah ada Hypertension , termenung. Tapi aku yakin boleh reverse ! Kata doktor kena jaga makan. 

Dan aku pun jaga makan. Macam macam aku buat termasuklah air detox setiap hari. Ada perubahan pada bacaaan tekanan darah tapi lain pulak terjadi. Aku perasan perut aku makin membuncit. Aku ingatkan biasa jer tapi rupa rupanya... hurm... Itu petanda usus rosak dan ada fatty liver

Covid 19 menyerang dunia. Pakat pakat duduk rumah. Tiap kali baca berita pasal kematian dek kerana virus ni , aku jadi mengigil. Tetiba jadi takut. Risau tak tentu arah. Bila wife kena keluar gi kerja, aku jadi takut. Tak tentu arah punya risau. Apa dah jadi ? Bila keluar rumah , pakai double face mask termasuk face shield. Macam orang bodoh jer. Walhal nak ke kedai Aceh jer. Pekedai pun tercengang tengok. Hahahaha.. 

Rupa rupanya aku ada Anxiety ! Naya sungguh laaa... Ni la dek kerana dok rasa sihat sangat. Kononnya rajin bersenam, akan sihat. Padahal nombor satu bab kesihantan ni ialah jaga makan. Bila kata bab jaga makan ni , ada yang ingat cuma kurangkan kuantiti tapi masih makan makanan yang.. hurm. Katanya bersederhana tapi diorang terlupa apakah bahan bahan yang ada dalam makanan tu. Semua tu akan beri kesan pada tubuh badan pada masa panjang. Bukan makan hari , esok sakit. Takkk..takkkkk ! Lamaaa dia ambil masa untuk rosakkan badan kita. 

Jadi nak makan apa ? Aku dah pernah tulis sebelum ni kat blog ni gak. Macam macam perkongsian aku dah up. Kalau korang rajin cari , inshAllah juga macam macam. Jangan risau.. blog aku ni aku dah buang semua papan iklan. Jadi dah ringan skit nak loading. Heee..

Aku ubah gaya hidup.. Ubah pemakanan. Alhamdulillah.. banyak perbezaan. Satu keluarga dapat manfaatnya. Jimat pun jimat banyak dah. Berbanding sebelum ni kalau gi pasaraya , sekali beli barang lebih RM200.. Sekarang ni , bawah dah. Tu pun boleh dikurangkan lagi. Utamakan real food jer. InshaAllah... 

 

You May Also Like

0 comments