Makanan punca segalanya ??
‘Autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkah laku. Kanak-kanak autisme mengalami masalah seperti pertuturan , emosi , pemikiran ,pola permainan.
Manakala ADHD pula merupakan masalah perkembangan pada kanak-kanak. Ini berlaku apabila kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tumpuan dan bersifat amat aktif pada masa yang sama. ADHD berlaku di antara satu iaitu samada kanak-kanak itu bersifat hiperaktif sahaja atau bermasalah tumpuan sahaja.
Dua dua ni aku petik di carian Google. Satu artikal di Sinar Harian dan satu lagi HyHealth. Yang menjadi persoalan sehingga sekarang apakah punca terjadinya kes ni ? Ramai dok ingat sebab vaksin yang diambil. Tapi kalau tanya aku , gaya pemakanan kita inilah menjadi antara punca terjadinya Austime dan juga ADHD.
Pemakanan kita sejak kecil hinggalah besar membentuk segalanya dalam tubuh badan kita. Kita bukan makan hari ni, kesannya esok ! Tak... Apa yang kita makan hari ni , akan memberi kesan pada hari hari yang mendatang. Makan masa. Sebab itulah apa yang kita makan akan menjadi darah daging. Pernah dengar ? Makan yang baik baik.. hasilnya baik baik belaka !
Perbualan secara umum di aplikas X ni menarik minat aku. Aku bersetuju dengan pendapat Dr. Sandy dibawah ni. Apa yang kita makan sejak kecil , kanak kanak , remaja dan dewasa segalanya memberi impak pada tubuh badan. Ada yang mengubah diet pemakanan bila mengandung. Walhal sebelum mengandung , dia punya makan makanan yang.. hurm... tinggi gula , tinggi dengan bahan bahan.. korang pun tahu la kan. Bila dinasihat , katanya bukan selalu tapi masalahnya dah ketagihan pun !
Stress.. ini memang betul ! Ramai yang sangat stess sejak millenium ! Kita mengejar kemajuan. Siang malam kerja , kerja. kerja. Nak hidup selesa. Nak hidup senang. Nak hidup tenang tapi realitinya , kita alami tekanan dalam senyap. Keluar rumah seawal pagi , balik rumah dah gelap hari. Bila cuti, ada kerja sampingan pula. Segala galanya untuk memenuhi keperluan dan kemahuan. Samada terpaksa atau dipaksa !
Stress ! Serius stress ! Aku dah alami dan ianya memberi impak pada aku. Bila stress , tidur pun lewat. Malam hari melepak dan makan. Makan , makan dan makan. Impaknya ? Aku dapat Gerd dan Anxiety ! Sesuatu yang aku tak sangka sama sekali.
Ubah gaya hidup dan ianya berkesan. Tapi wanita yang dah berkawin dan mengandung.. apakah memberi kesan pada bayi dalam kandungan ?
Vaksin ? Aku bukan pro vaksin atau anti vaksin. Aku cucuk vaksin dari kecil lagi. Sampai la ke Covid 19 , amik booster. Terpaksa amik kerana arahan kerajaan. Demi negara dan masyarakat. Korang pun tau kan kenapa ? Mana larat nak duduk dalam rumah tanpa ada pendapatan ! Nak tak nak... kena tadah juga lengan untuk dicucuk !
Maka , ubahlah diet pemakanan kita mula dari sekarang. Terutama anak anak kita ni. Jangan tergoda dengan makanan makanan viral yang korang pun tau ianya tidak berkhasiat dan akan memudaratkan kesihatan dan tubuh badan untuk jangka panjang !
Pemakanan masa mengandung ? Hurm.. ramai ibu ibu yang mengandung terlalu ikut nafsu makan. Anak dalam perut dijadikan alasan. Kononnya teringin. Yang jadi masalah, tiap kali dia makan , dia cakap baby yang nak ! Aduh... sian baby. Baby dalam perut tu cuma perlukan makanan yang tinggi khasiat untuk memastikan dia dapat membesar dengan baik di dalam perut ibunya. Makanlah makanan yang baik baik.. susah ?
Aku malas nak cerita pasal konspirasi dunia mengenai manusia yang semakin memenuhi bumi ni. Kita jaga je kesihatan kita mengikut apa yang diajar dalam Islam. Bukan susah pun. Makan biar bersederhana. Rajin rajin bersenam. Jangan memburu makanan sedap yang senantiasa diviralkan di media sosial. Tak perlu tergoda pun.
0 comments