Anak hilang atau lari dari rumah ?
Semakin kerap aku ternampak poster di media sosial mengenai kehilangan seseorang. Tak kira usia. Ada muda dan ada yang dah berumur termasuklah orang tua. Punca ? Macam macam kes ada. Seperti yang terbaru , lari dari rumah sebab merajuk. Pastu ada kes culik. Allahuakhbar. Kalau melibatkan kes culik ni, memang cukup mengerunkan. Aku tak nak ulas bab ni sebab ianya melibatkan kes polis. Dan ada yang hilang dan bila ditemui... sedih.
Kes lari dari rumah ikut teman lelaki , satu hal lagi ! Anak dara yang jatuh cinta pastu terikut perasan dan juga dijarum dek teman lelaki kononnya boleh bela dia ! Yang penting CINTA !! Mak ayah bukan faham perasaan mereka. Kononnya walhal dia tak tau.. mak ayah ni dah bedal pelbagai jenama garam sebelum dia ! Cinta la sangat. Kesudahannya.. cari mak ayah balik ! Menyesal tak sudah.
Ada satu kes yang aku dengar dari mulut kenalan. Anak daranya lari ikut teman lelaki warga asing. Allahuakhbar. Siap balik ke negara dia , katanya. Sian mak ayah dia. Mak ayah lak jenis baik. Kerja bagus bagus lak tu. Ujian sungguh la untuk mereka.
Pengaruh dari mana ? Drama ? Media sosial ? Atau kurang kasih sayang ? Mak ayah sibuk cari duit dek kerana desakan kehidupan yang semakin keras ? Aduh... pening kepala ! Anak anak kita ni nampak je macam budak budak tapi dalam kepala mereka dah ada macam macam perancangan seolah olah mereka dah cukup dewasa dan matang untuk hidup sendiri padahal mereka belum kenal dunia lagi. Salah langkah, mak ayah menangis.
Solusi ? Pastikan anak anak kita cukup kasih sayang dari kita. Jangan terlalu asyik nak dapatkan keselesaan kehidupan tapi terlupa apa yang dikendong ! Semoga Allah pelihara anak cucu kita dari mereka yang berniat jahat.
0 comments