Kesilapan kita di atas dunia ni !

by - Rabu, Julai 03, 2024


Kita dah 'dibasuh' sejak kecil lagi. Tak tau la nak salahkan siapa tapi dari kecil lagi dah diajar, cari kemewahan atas dunia ni. Belajar rajin rajin supaya dapat kerja bagus bagus. Bila ada kerja bagus , boleh dapatkan harta dan kemewahan yang diidamkan. Jangan jadi macam mak ayah ! Hidup susah ! 

Begitulah... walhal yang sepatutnya kita ajar anak anak kita ialah belajar rajin rajin , berilmu dunia akhirat supaya dapat membantu insan insan lain. Jangan ditindas dengan musuh Islam ! Kita perlu jadi lebih bijak dari mereka. Tapi sayangnya, kita diajar mengejar duniawi ! Diajar untuk berteknologi tinggi. Hinggakan takut mati. Hinggakan rasa sayangkan dunia. 

Tak caya ? Cuba tengok... bila anak anak kita yang dah berjaya tu , bekerja.. apakah harta pertama mereka akan berusaha untuk miliki ? Dan pastiknya, ianya akan dibeli secara hutang ! Muda muda dah berhutang ! Dan bermakna mereka akan bekerja sampai mati untuk melunaskan hutang hutang yang sepatutnya boleh dielakkan. 

Beli rumah besar.
Beli kereta mewah.
Beli pakaian mahal.
Beli gajet mahal mahal. 
Makan nak sedap sedap. 
Perhiasan rumah yang serba mewah.

Bila mengejar semua ni.. apa yang akan berlaku pada dia ? Kerja.. kerja...kerja.. kerja ! Bila ada cuti, pergi melancong.. kononnya hilangkan stress ! Bila pergi bercuti , yang kenyang.. kamera ! Segalanya disimpan dalam kamera. Apakah hilang stress ? Balik sini... kerja semula ! Dapat gaji hujung bulan.. tolak sana sini.. tak cukup ! Terpaksa buat kerja sampingan. 

Bila kawin... kita turunkan 'ilmu' itu pada anak anak ! Nah... berpusinglah begitu saja. Maka tidak peliklah urusan pentadbiran negara ni , diuruskan oleh muka muka sama ! Sepatutnya generasi yang bijak pandai yang ada sekarang ni inilah ambil alih tampuk pimpinan negara ! Itulah yang sepatutnya. Kemana pergi golongan cerdik pandai yang dilahirkan mak ayah zaman ni ? Mereka sedang bekerja untuk golongan di atas... 

Nak lagi teruk... pendidikan sudah jadi satu perniagaan ! Dicanang canang kalau nak nak anak berjaya , wajib cemerlang dalam peperiksaaan dan masuk ke sekolah sekolah bagus ! Kemudian wajib melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.. Ya, bagus.. tapi point utama mereka ke sana ???  Hanya untuk pastikan hidup selesa selepas itu ? Untuk pastikan mereka punya pekerjaan yang bagus ? Bukankah itu rezeki Allah. Kita berikan pendidikan untuk mereka supaya mereka menjadi hamba Allah yang taat. Itulah yang sepatutnya.. 

Maka tidak hairanlah.. di mana kedudukan kita sekarang ni. Apa yang kita kejar sebenarnya atas dunia sementara ni ? 
 

You May Also Like

0 comments