Video pertama dari Qhaliff , buat aku ketawa besar !

by - Khamis, Februari 20, 2020

Sejujurnya , aku tak sangka sama sekali dia akan buat video begitu tanpa aku ! Ketika tu , aku dah bantai terlena dalam bilik. Penat sangat. Bukan lena diulit mimpi tapi lebih pada terlelap jer. Sedar sedar , Qhaliff tunjuk video dia buat tu ! Terus aku ketawa dan tunjuk pada wife . 

Dia suruh delete sebab malu. Tapi pada masa sama , dia beria cakap dia seorang Youtuber ! Hurmm...Cepat cepat aku send video tu ke dalam handphone aku. Dan terus upload ke Youtube. Terkejut dia tapi gembira ! Hahahaa... 

Dan sejak tu, dia asyik tanya berapa ramai dah tengok video dia! Amboi.. dah jadi cam aku ketika awal awal blogging gitu. Asyik nak tengok trafik jer !



Bangga dia ! Aku senyum jer. Dia minat telefon baru.. Black Shark gitu ! Eleleelee... nak main game la tu ! Aku kata , buat banyak banyak dulu.. baru belikan dia phone.. 

Apakah aku nak jadikan dia seorang Youtuber ? Tak ! Aku nak jadikan dia seorang blogger. Aku nak dia galakkan orang lain lebih banyak membaca dari menonton ! Membaca lebih meransang otak dan membuatkan mereka berfikir berbanding menonton yang hanya akan tertarik dan mudah tertipu.. Yer, berapa ramai tertipu dengan edit edit yang kasi gempak dan cun walhal ??? 

You May Also Like

4 comments

  1. setuju, wajah boleh menipu tapi hasil penulisan tidak

    BalasPadam
  2. aben bagi dia unboxing toys plak hehhehe

    BalasPadam
  3. Saya buat dua..untuk saya dan adik saya..faham guys...
    Alhamdulillah,terbaiklah..

    BalasPadam
  4. Masa kat ig pun dah tertarik dgn video ni. Sudut pun pandai dia pilih.Maq suka kanak kanak yg berani mencoba macam Qhalif ni. Berbakat sangat guys ! Hehe

    BalasPadam