Nak review atau tidak restoran begini ?

by - Februari 02, 2020

Sebagai orang Islam , bila kita nak mencari restoran atau kedai makan yang pastinya Halal.. kan ? Jika ada tanda Halal... maka bolehlah kita makan tanpa was was gitu. Bagaimana pula jika tiada ? Tapi yang bekerja dalam tu , ada orang Melayu bertudung atau wanita Melayu Islam. Apakah itu cukup meyakinkan korang ??

Ok.. aku banyak kali dah dapat tawaran dan juga pernah buat review restoran yang tiada tanda Halal. Bila ditanya , kenapa tiada ? Antara jawapan.. dalam permohonan ! Ok la.. Tapi ada juga yang memang tak lepas pun jika memohon sebab ada jual alkohol dalam tu walaupun tiada makanan berasaskan babi ( pork free ). 

Ada yang aku buat dan ada yang aku tolak. Yang aku buat , biasanya aku akan tanya sendiri chef apakah makanan yang dihidangkan itu diletakkan dengan bahan yang tidak Halal..Bukan babi tau ! Haa , part ni kena tau sedikit. Aku rasa chef chef mesti tau apa maksud aku ni. Jika menyakinkan aku, maka aku buat review mengenai restoran dan menu yang ada. Jika tidak , aku akan tolak. Rugi pun tak pe la.. 

Namun tiada paksaan pun untuk mereka ke restoran tu. Memang ada yang tegas bab ni dan aku tak nak bincangkan mengenainya. Masing masing boleh fikir dan buat keputusan yang sewajarnya. 

Tak lama lagi , banyak review Ramadan Buffet.. dan kita pandai pandai la yer.. 

ALLAH SWT berfirman: "Wahai sekalian manusia, makan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik..." (Surah al-Baqarah: 168).

Apa yang kita makan, itulah kita...




You May Also Like

5 comments

  1. dah pernah dpt inv..malangnya restoran itu milikan org Islam dan Melayu..sad!!

    BalasPadam
  2. Apa yang kita makan itulah kita..yup..kena hati-hati sangat-sangat.

    BalasPadam
  3. setuju, definasi halal tu luas. bukan takda khinzir semata2 :)

    BalasPadam
  4. Kadang kadang memang tak ada barbie tu... Tapi bende lain yang haram macam alkohol

    BalasPadam
  5. memang banyak sangat restoren yang tak de tanda HALAL tapi orang islam bekerja kat situ dan ramai yang datang makan pun orang Islam. Bila ditanya pada pekerja situ kenapa tak de halal, jawapan biasa - 'dalam permohonan', bila datang lagi tahun depan, jawapan masih masih sama, bila datang lagi tahun depan nya pulak, jawapan pun masih sama - ' dalam permohonan'. errmmm... lamanya 'masih dalam permohonan'. rasanya nak mohon sijil halal ni tak la lama sangat. Yang buatkan lama tu sebab permohonan tu tak lulus-lulus sebab ada unsur-unsur tak halal..

    BalasPadam