Pengalaman berharga bersama 'INDONESIA' ! - BEN ASHAARI

Pengalaman berharga bersama 'INDONESIA' !

Dulu aku pelik.. serius pelik ! Apa menariknya INDONESIA tu ? Aku tak berminat nak melancong ke sana sama sekali ! Jujur ni ! Apa ada di sana , Malaysia pun ada ! Katanya serumpun kan ? Budaya dan alam sekitarnya serupa jer !! 

Rupa-rupanya aku jahil mengenai mereka. Aku sekadar mengenali mereka melalui cerita cerita di media sosial dan media semasa ! Bila aku terlibat bersama program NQ Services ni baru aku tau. Patutlah ramai antara kita 'jatuh cinta' dengan Indonesia ni. Tak kira la samada dengan makanan , tempat pelancongan , orang-orangnya serta budaya ! 

Aku dapat banyak kali tawaran untuk melancong ke sana tapi aku tolak. Takda sebab aku nak ke sana. Lebih baik aku ke tempat Asia yang lain seperti Jepun atau Korea. Tapi setelah mengenai mereka dengan lebih dekat , rupa rupanya mereka ini amatlah peramah , mudah didekati dan sangat sporting ! Dan jika iman tak kuat , korang leh jatuh cinta dengan gadis gadis Indonesia ni ! Hahahaah.. Jujur ni !! 

Ok..Bersama NQ Services , aku berpeluang melalui pengalaman menimba ilmu dunia perubatan bersama sama pelajar pelajar jurusan perubatan dari Indonesia. Banyak yang aku perolehi termasuklah mengenai negara mereka juga. Sebuah negara yang cukup kaya dengan pelbagainya. Patutlah kawan baik aku tak nak balik sini dah setelah mengenali BANDUNG ! Huhuhu...

Antara yang aku dah lalui ialah ilmu mengenai pembidanan , kejururawatan , kesihatan dan banyak lagi. Itu baru 4 trip aku ikut. Akan ada banyak lagi selepas ini. Dan NQ Services akan luaskan lagi program program ini ke institusi pengajian di sana.
















Sejujurnya , penat ikut aktiviti program ni. Tetapi penat itu hilang bila melihat peserta peserta ini gembira dan puashati. Manakala aku pulak , berpeluang menjadi duta kecil dengan cara memperkenalkan produk produk pelancongan yang ada di dalam negara kita. Dan bukan mudah nak bercerita pada mereka kerana kebanyakkan produk pelancongan yang kita ada , tidak begitu setanding dengan mereka lagi. Namun.... kita tetap ada produk yang begitu unik dan menarik ! Mereka ingin melihat yang itu !! Itulah cabarannya. 

Yang pastinya.. sekarang aku ada alasan kuat untuk ke sana ! Antara tempat yang dalam list aku ialah... Sumatera Timur Barat dan Kepualauan Riau. InshaAllah.. Nak ikut ?? Heheee..

Korang boleh ikuti program ni di instagram NQ Services  .

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.