Jom layan BBQ Seafood di Best Western I-City Shah Alam !

by - Sabtu, Februari 29, 2020


Kali ke dua aku ke hotel ni. Malas nak keluar jauh jauh memandangkan wife pun payah nak amik cuti panjang dan juga dengan masalah yang sedang dihadapi oleh dunia masakini.. Yeargh..virus Covid 19. Maka , cuti dekat dekat dah la , kan ? Lagi pun setiap kos percutian masakini kena hitung. Ekonomi dunia tak begitu memberansangkan. Maka Best Western I-City, antara pilihan aku sekeluarga. 

Kenapa sini ? Ahaaa... ada water park sebelah siang yang mana sekarang promosi . Sebelah malam , ada i-City Theme Park yang pastinya anak anak akan suka sangat la.. Kiranya berbaloi la kalau nak buat percutian singkat sekeluarga. 



Dan lebih seronok check in pada hari Jumaat sebab makan malamnya ada BBQ Seafood ! Nah... aku dah try. Memang berbaloi la. Harga pun tak la mahal mana pun. Sesekali gitu. Dan makan hingga puas. All you can eat gitu ! 

Ok... jom layan video aku ni dulu. Oh ya... sebelum makan , boleh bergambar di sini. Cantik kalau pandai amik gambar dan kena pada sudutnya... mesti kawan kawan cemburu haaa ! 



Kalau tak nak makan BBQ Seafood , korang ada pelbagai pilihan lain lagi. Untuk anak anak , aiskrim dan manisan seperti kuih dan kek ada disajikan. Maka tak perlu nak risau gitu anak anak nak buat hal. Dan sini tempat untuk mereka bermain berlari pun ada. Luas. 

Sejujurnya , aku berpuashati makan di sini. Dengan suasana terbuka tapi kalau nak duduk dalam pun boleh. Aku nak santai santai.. lepak luar jer.. 












   

Amacam ? Hari pertama ni , aku abiskan masa di bilik jer. Esok , baru plan nak turun waterpark dan theme park. Hehehe.. Kalau dua dua hari nak gi theme park terutamanya, boleh bankrupt bapak dia ni. Hahahaha..  Takda la.. Gurau jer. Apa salahnya sesekali belanja anak anak kan ? Jangan kedekut gitu. Kan kan ? 

Untuk maklumat lanjut , korang boleh ke Facebook Best Western I-City Shah Alam yer.. Jangan malu malu. Semua info dan gambar menarik ada di sana. Kot la kalau gambar aku tak cukup menarik ! Huhhh ! Tak menarik eh ?????? 





You May Also Like

14 comments

  1. Teringat ingat seafood BBQ tu, memang fresh, sedap!

    BalasPadam
  2. Serius hotel ni tak pernah bosan untuk stay.. Best!!

    BalasPadam
  3. Bestnya makanan, hahah tu yg nampak.dulooo... amboi yutubers qhaliff...nak.rekod apa tu...??

    BalasPadam
  4. Geram tgk zara. Ada ja gaya nak posing hehe anyway sedap2 belaka menu kat sana. Boleh cuba nanti kalau turun sana. Tq sbb rekemen.

    BalasPadam
  5. Menariklah. Tempat makan santai macam ni. Memang best kalau berBBQ.

    BalasPadam
  6. Teringin nak pegi sini lagii, nak rasa seafood!

    BalasPadam
  7. Dah pernh stay sini.. Memmg best.. Maknn semua sedp.. Rasa nak bawk anak2 lagi ke sini je

    BalasPadam
  8. Qhaliff buat apa tu?
    Sedap-sedapnyaaa menu kat sana. Nyummmm

    BalasPadam
  9. Qhaliff buat apa tu?
    Sedap-sedapnya nampak menu kat sana. Nyummm

    BalasPadam
  10. amboi kemain zahra. cantik la..dekat2 pun ok la bercuti. musim2 virus ni..xnyh g jauh2 pun xpe

    BalasPadam
  11. Teringat masa pegi sini...memang puas laaa..best sangat...anak2 paling xsabar tunggu time breakfast & pegi main air...😂

    BalasPadam