Bermain dan belajar solat bersama sama anak dengan Monopoli Solat ( Aplikasi AR )!

by - Ahad, Julai 16, 2023

Hujung minggu beriadah bersama anak anak. Kalau tak gi mana mana , atau gi bercuti ,boleh bawa bersama Monopoly Solat  yang terbaru di pasaran ni. Game Monopoli Solat ( Aplikasi AR )  pertama di dalam Bahasa Malaysia yang melatih bacaan dan pengerakan anak anak di dalam solat yang mana ibu bapa akan turut membantu mereka. Kan dah cantik tu ? Semua terlibat sama main. 

Alhamdulillah.. anak anak terutama Aariz sangat gembira dapat Monopoli Solat ni. Dari awal lagi tiba di rumah ( beli secara online ) , dialah insan yang tak sabar sabar nak main. Nak main tak susah pun. Dalam set ni ada sekali buku penerangna yang sangat mudah faham. Anak anak baca pun dah ikut dah permainan ni. 

Antara kelebihan Monopoli Solat ( Aplikasi AR ) ni ialah :
  • Permainan pertama seumpamanya di Malaysia 
  • Sesuai dimainkan di sekolah dan di rumah bersama ibu bapa dan kawan kawan
  • Mudah , menarik dan berkesan
  • Mengikut sukatan Kem Bestari Solat
  • Sesuai dijalankan untuk program Kem Bestari Solat 
  • Berdasarkan Buku Panduan j-Qaf
  • Mempunyai aplikasi AR yang mana permainan jadi lebih menarik hanya memerlukan sebuah telefon pintar dan papan permainan Monopolis Solat ! 
Fokus permainan ini adalah untuk menjadikan setiap pemain yang terlibat memahami cara serta boleh membaca , menjawab soalan dan melakukan pengerakan solat yang betul dan sempurna. Sangat sesuai untuk kanak kanak seawal  5 tahun ke atas . Ibu bapa dan guru boleh sama bermain . Secara tidak langsung akan turut membantu mereka dari sudut memantapkan bacaan dan pengerakkan solat .

Soalan diberikan jika mereka singgah di petak Bonus dan Soalan. Di sini pemain akan diuji kemampuan mereka. 








Tak susah pun nak main. Permainan akan tamat  jika salah seorang pemain atau pusan pengumplan Kad Ganjaran telah habis. Selepas itu pemain akan mengira semua nilai Kad Ganjaran yang diperolehi. Pemain yang dapat paling banyak Kad Ganjaran dikira pemenang. 

Mudah je kan ? Menarik ? Yer... memang menarik ! Tak lama pun nak main... tapi yang pasti anak anak akan terhibur dan gembira. 

TERBARU DAN CANGGIH DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI AR 

Tak susah pun nak guna aplikasi AR ni ! Mula mula scan dulu QR Code dan kemudian ikuti je arahan yang diberikan. Mudah sangat. Dalam tempoh 1 minit , anak anak pasti seronok bermain. 

Mula mula scan QR code dan link akan keluar. Klik link tersebut.

Kemudian klik Aplikasi AR 

Klik link Play Store tersebut

Klik Install 

Letakkan board dan ikuti arahan seterusnya

Ikut arahan dan selamat bermain 

Amacam ? Best kan ? Guna aplikasi AR ni macam lebih menyeronokkan. Kat mana mana boleh bermain bersama sama... 

Belian Monopoli Solat : https://shope.ee/8eyNB63Tai
Untuk menjadi Dropship : wasap.my/60136313037




 

You May Also Like

11 comments

  1. AR? Wah menarik, boleh beli di Shoppe ye. Anak-anak mesti suka, canggih-canggih permainan eduentertainment sekarang ya. Terbaik!

    BalasPadam
  2. Wah menarik, boleh la beli untuk main dengan anak2

    BalasPadam
  3. Nampak menarik set ni...Penuh warna2 yg menarik..Org dewasa pun blh join main ni...

    BalasPadam
  4. Menarik laaa.. sesuai ni jadikan aktiviti bersama anak-anak!
    Ya Allah... comel nakal betul memek muka Aariz dalam gambar tuu..

    BalasPadam
  5. Uniknye permainan dia. Boleh tambah ilmu anak-anak

    BalasPadam
  6. Seronok budak-budak kalau kat Kem Bestari Solat guna set monopoli ni..

    BalasPadam
  7. Bagus nya ada game macamni. Family bonding pun dapat dengan game ni. Moga ramai lagi yang dapat manfaat dengan aktiviti macamni

    BalasPadam
  8. bagusnya game ni aben, menimbulkan minat belajar solat dgn tepat. kena grab satu utk anak2 juga ni

    BalasPadam
  9. Bagus ni, boleh tambah ilmu anak-anak

    BalasPadam
  10. Wah menarik ni .. Nampak tak bosan .. Kat mana mana pon boleh main ..

    BalasPadam
  11. Menarik! Sesuatu yg Bru. Boleh aplikasikan dlm teknik pembelajaran di sek juga kn.

    BalasPadam