Tak demam tapi batuk berkahak dan hilang suara !

by - Rabu, Julai 12, 2023



Segalanya bermula selepas Raya Haji baru baru ni. Aariz mula serak suara. Itu tanda tanda awal dia akan demam dan seterusnya batuk berkahak dan selsema. Kali terakhir dia kena , bulan lepas. Aku mulakan langkah awal. Beri dia minum air halia dicampurkan dengan madu kelulut. 

Alhamdulillah , suhu badan dia cuma disekitar 37 jer. Tak demam. Nasib baik aku dah lama hentikan diorang dari makan gula gula dan makanan berasaskan dari tepung gandum. Kalau tidak , sebelum ni.. confirm akan demam 2-3 hari dan batuknya teruk. Selsema keluar hingus hijau tu jangan citer la.. Mengalir jer.. 

Selepas dia sembuh , wife lak hilang suara ketika di pejabat. Suhu aircond yang terlalu sejuk disyaki jadi punca. Katanya dia dapat selepas bangun dari tidur tengahari tu. Dia tidur jap waktu lunch. Katanya terlalu mengantuk. Aku rasa dia tidur dengan mulut terbuka. Hurmm.. dijangkiti kuman. Aku biasa kena gitu gak. Suara hilang dan batuk sikit sikit.Ada kahak. Beberapa hari , baru ok. Aku beri minum air halia ditambah dengan kunyit , habbatus sauda dan madu. Banyakkan air suam. Madu kelulut sudah pasti. 

Dan aku.. selepas itu. Punca ? Aku tak tau tapi yang pasti tekak aku terasa lain macam lepas minum cuka epal. Cuka epal ni dah lama dah. Aku sayang nak buang. Test minum, rasa ok lagi. Tu minum gak.. Selepas tu aku rasa tekak lain macam. Tak pedih tapi macam ada pasir je gitu.. Tak sakit tapi tak selesa je rasa. 

Badan lak mula  terasa cam nak demam tapi tak demam. Aku rasa lebih pada keletihan akibat non stop workout kat gym. 2 minggu berturut layan besi. Tak da cuti. Huhuh... Bila tidur , bangun.. segar ! Tapi lemau tu tetap ada. Bila gi gym, berpeluh.. segar pastu ! Gitulah untuk sehari dua ni.. Rasanya 'peperangan' sedang berlaku di dalam badan aku kot ? Antibodi lawan virus. Hahahaha.. 

Bermula Isnin lepas hingga hari ni.. suara serak serak basah. Kalau nak bercakap tu, kena banyak minum air suam. Adeh.. nak meeting pun payah.. Kena rehatkan suara, baru ok.  Manakala Zahra , dia cuma serak suara je. Pastu ok. Qhaliff , takda masalah setakat ni. 

Syukur pada Allah.. Apa yang diamalkan selama ni membantu dari memudaratkan kesihatan berbanding sebelum ni yang tak jaga langsung. Asal sakit , gi klinik... hurm. Dah la kos perubatan mahal skang... 

Antara makanan yang aku sekeluarga ambil sekarang ni ialah serbuk Halia#1 , kunyit Nadiiku , madu kelulut , kulit kayu manis Ceylon dan minyak Zaitun Al Ard.. Lepas minum sesudu minyak Zaitun dengan minyak Habbatus sauda dari Al'Ard, aku kerap batuk keluarkan kahak. Berketul kau ! Terasa lega sangat ! 

You May Also Like

2 comments

  1. musim sekarang memang banyak kena minum air masak. bukan kita je anak-anak pun sama

    BalasPadam
  2. sekarang ni musim demam. Tadika anak saya kena tutup seminggu atas arahan Pejabat kesihatan Daerah sebab ada banyak kes demam campak

    BalasPadam