Bell Ngasri ,bintang paling popular ABPBH 35

by - Sabtu, Julai 22, 2023

Posting aku  sblm anugerah berjaya dpt lebih 18k Likes.


Akhirnya , Bell Ngasri berjaya juga memiliki satu anugerah dalam bidang yang diceburinya setelah berpuluh tahun berkecimpung. Tahniah Bell ! Dan Tahniah juga pada insan yang memulakan posting mengajak netizen mengundi beliau di ABPBH kali ni. Viral di media sosial , majoriti netizen bersetuju dengan pendapat beliau termasuklah aku. 

Nasrizal Ngasri ,42 (lahir 30 September 1980) atau Bell Ngasri merupakan seorang pelakon, pelawak dan pengacara Malaysia. Memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak, beliau terkenal dengan keupayaanya bermain dengan emosi penonton menerusi pelbagai watak lakonannya, seterusnya memperluaskan bakatnya sebagai pelawak serba-boleh.

Filem pertama lakonan beliau pada tahun 1993 iaitu filem Perempuan , Isteri dan... Beliau dah berlakon lebih 30 buah filem. Drama mestilah lagi banyak kan ? Dan pastinya yang senantiasa buat kita tak puas tengok ialah filem 18 Puasa di Kampong Pisang dengan watak Barkoba. 

Sejujurnya aku tersenyum setiap kali dia keluar di skrin handphone aku. Tak kira la iklan dia ke.. potongan dari drama atau filem.. memang dia seorang yang bagi aku mampu menceriakan orang lain dengan watak selamba dia tanpa perlu memperli mana mana insan. 

Tahniah Bell ! Anda layak. Dan tahniah juga buat anda yang mengundi beliau. Ini membuktikan bahawa netizen memang cukup berapi bila bersuara ! Segalanya boleh berubah dalam sekelip mata. Jangan main main ngan netizen kan ? Haha.. 

Ok.. pasni nak undi sapa lak ? 

You May Also Like

0 comments