Sakit sendi ? Cuba ikut cara Dr. Mani. Berkesan buat aku !

by - Jumaat, Julai 07, 2023

Seingat aku la, aku berusaha nak turunkan berat badan kurang dari 90kg amatlah sukar. Sekali je menjadi pastu naik balik dan sangat mendadak keberatannya. Dan seingat aku la memang waktu tu aku cut nasi putih seminggu dua pastu kembali makan dengan jayanya. 

Apa yang berlaku ? Puncanya aku nak besarkan badan semula tanpa mengetahui kesan sampingannya ! Apa yang aku buat ialah aku banyakkan GULA dalam badan ! Yang ketara nampak bukanlah SADO tapi sebu ! 

Perut naik... membulat ! Bukan boroi tapi kembung. Aku ingatkan sebab lemak dek kerana makan tak jaga. Main belasah dengan harapan workout di gym akan menghilangkan lemak lemak di perut tu. Itulah kesan jika kita takda ilmu mengenainya. Main belasah jer ! 

Selain perut naik , aku dapati aku punya masalah lain. Selain tekanan darah tinggi yang naik sedikit , aku ada masalah sendi ! Siku dan lutut aku ada keradangan. Di bahagian pelipat lutut , ada baker's cyst. Aku pernah cerita dulu di blog aku mengenai masalah aku ni. 

Aku mencari solusi.. Bagaimana nak hilangkan masalah aku ni. Aku kalau boleh tak nak la jumpa doktor dan buat prosedur yang dicadangkan. Mesti ada cara lain. Mencari juga di Youtube , Google namun tak jumpa cara pengubatannya. Katanya tiada cara melainkan kena jumpa doktor. 

Hurm.. 

Segalanya berubah bila aku rajin tengok video Dr. Mani dan juga beberapa doktor yang berfokuskan pada pemakanan dan gaya hidup sihat. Aku ikut apa yang mereka syorkan dan.. WOW !!! Pertama sekali , berat badan aku berjaya diturunkan ke satu level yang aku inginkan. Alhamdulillah..

Dan paling best , segala masalah sendi aku turut hilang ! Baker's cyst aku tak ada dah ! Begitu juga dengan siku aku. Rupa rupanya GULA menjadi punca segala masalah aku. Aduh....Maka sehinggalah sekarang aku cut GULA dan NASI PUTIH. 

Ha ??? Nasi putih tak bersalah ? Adoilah.. yelah. Tapi aku boleh je hidup tanpa nasi putih yang mana ada orang kata KITA ORANG MALAYSIA dan NASI PUTIH TAK BOLEH DIPISAHKAN ! Ya... sebab tu ramai rakyat MALAYSIA ni berlemak tang perut . Bukan salah nasi tapi nasi sekarang tak sama macam nasi dulu ! Dan pengambilan nasi juga perlu disesuaikan dengan aktiviti harian kita. Kalau sekadar nak kerja duduk di pejabat , perlu ke nak ambil nasi ? Apasal tak ratah je lauk pauk.. lebihkan protein dan fiber ! 




Tonton video Dr. Mani di bawah ni. Nanti korang akan faham. Bagi yang tak setuju, boleh teruskan kehidupan korang. Bagi yang ada masalah macam aku ni, boleh cuba ubah gaya hidup korang.  Tak mudarat pun untuk mencuba. Ke nak ulang alik jumpa doktor ? Cuba buat untuk seminggu dua. Mesti akan nampak perubahan punya. 


 Korang yang ada anak di sekolah rendah dan menengah , mencari kelas tambahan online yang bagus dan berkualiti ? Jom join kelas FLYHIGH ni... berbaloi ! 



You May Also Like

0 comments