Rupanya aku ada Baker's Cyst dan juga anxiety !

by - Sabtu, Mac 12, 2022

Kalau korang nampak posting Puan Atikah merawat aku di media sosial , mesti aku dalam kesakitan punya ! Huhuh.. Kali terakhir dia merawat aku, di tahun 2020. Masa tu dah pandemik. Aku bermasalah dengan leher dan juga bahagian atas badan. Masa tu, wife aku pun turut dapatkan rawatan sekali. 

Untuk pengetahun , Puan Atikah cukup pentingkan SOP. Heee.. dia pun ada anak kecil di rumah untuk dijaga. Maka SOP amatlah penting padanya. Sebelum dia nak datang rumah aku pun, aku siap swab test untuk beritahu dia yang aku sihat dan dia pun begitu juga. Alhamdulillah. 

Kali ni,, dia datang kerana masalah lutut aku kembali lagi. Silap aku sendiri ! Aku gatal nak main bola dan juga badminton macam orang muda ! Aku terlupa yang aku punya masalah dengan belakang lutut aku. Masa tu aku tak tau kenapa benda tu ada. Oh ya.. sebelum ni, Puan Atikah juga yang berjaya selesaikan masalah lutut aku. Sebab aku panggil dia datang lagi.. Heeee..

Masalah aku ? Hurm... ketidakstabilan otot di bahagian lutut tu. Ada yang kuat , dan ada yang lemah. Maka sebab tu tempurung lutut aku tak setempat. Bila aku solat, masa tu cukup terasa pedih la.Terutama masa duduk antara dua sujud dan kemudian nak bangun. Pergh.. meletup letup bunyinya. 



Kemudian dia terangkan masalah pada aku. Akhirnya aku faham masalah kaki aku ni. Ianya dinamakan Baker's Cyst atau Sista Baker dalam bahasa Malaysia. Apa itu Sista Baker  ? Sista baker adalah sista/kantung yang dipenuhi dengan cecair menyebabkan benjolan dan rasa ketat di belakang lutut. Kesakitan boleh bertambah teruk apabila anda melipat atau menegakkan kaki sepenuhnya ataupun apabila anda sedang melakukan aktiviti. 

Berikut adalah infomasi yang aku dapat dari web Hello Doktor

Sista baker yang juga dipanggil popliteal cyst selalunya berpunca dari masalah lutut seperti artritis atau kartilaj/tulang rawan yang tercarik. Kedua-dua keadaan ini menyebabkan lutut mengeluarkan terlalu banyak cecair yang akhirnya menghasilkan sista baker. Sista baker boleh menyebabkan benjolan dan rasa tidak selesa. Dengan merawat masalah sebenar, membantu untuk memberi kelegaan.

Bagaimana pesakit Sista Baker dirawat? Kadangkala sista ini akan hilang dengan sendiri, namun sekiranya ia membesar dan menyebabkan kesakitan, doktor akan menyarankan rawatan berikut:
  • Doktor akan menyuntik ubat corticosteroid, seperti cortisone ke dalam lutut untuk mengurangkan keradangan, Ini akan melegakan kesakitan,tetapi tidak mampu mencegah penghasilan sista semula.
  • Pengeringan/pengeluaran cecair. Doktor akan mengeringkan cecair daripada lutut menggunakan jarum. Ia dipanggil jarum aspirasi yang selalunya dilakukan dengan panduan ultrabunyi
  • Terapi fizikal. Meletakkan ais, membalut lutut dan menggunakan topong (crutches) boleh mengurangkan kesakitan dan bengkak. Pergerakan dan senaman kaki boleh membantu untuk menguatkan otot di sekeliling lutut yang akan mengurangkan simptom dan memelihara fungsi lutut.
Sekiranya mampu, doktor akan merawat punca sebenar sista baker. Jika puncanya adalah tulang rawan yang tercarik yang menyebabkan penghasilan cecair sinovial berlebihan, doktor akan menyarankan untuk membuang atau membaiki tulang rawan tersebut.

Sista baker yang disebabkan oleh osteoartritis selalunya bertambahbaik dengan rawatan artritis. Pembedahan jarang sekali diperlukan. 

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Sista Baker?

Patuhi prinsip R.I.C.E yang bermaksud rest, ice, compression and elevation. Rehatkan kaki anda, letakkan ais, mampatkan lutut dengan pembalut, dan tinggikan kaki terutamanya pada waktu malam.
Ambil ubat penahan sakit secara atas kaunter seperti ibuprofen (Advil, Motrin IB, lain-lain), naproxen sodium (Aleve, lain-lain), acetaminophen (Tylenol, lain-lain) dan aspirin yang boleh membantu melegakan kesakitan. Patuhi arahan dos yang telah ditetapkan. Jangan ambil lebih daripada yang disarankan
Kurangkan aktiviti fizikal. Dengan berbuat demikian , akan mengurangkan kerengsaan pada lutut. Doktor boleh menyediakan panduan berkenaan aktiviti yang perlu dikurangkan dan aktiviti alternatif yang boleh dilakukan buat sementara waktu.

Puan Atikah membuat rawatan d bahagian depan dan belakang lutut aku. Memang terasa banyak kelegaan di situ. Kaki boleh dilipat dengan lebih baik dari sebelum ni. Di situ saja dia habiskan masa hampir 40 minit. Memang berkesan sangat. Terasa lega sangat.. 

Selesai part Baker's Cyst. Puan Atikah periksa leher aku lak selepas aku mengadu ada masalah dengan leher. Dia minta aku baring dan dia pegang leher. Soalan pertama dia, ' Ben ada anxiety ke ? " . Aku jawab ada. Aku dapat masa 1st PKP ari tu. Terlalu banyak membaca infomasi pasal Covid 19 dan juga abiskan masa di media sosial ketika tu punca aku dapat anxiety ni. Aku tanya camana dia boleh tahu ? Dia kata niii... dia pegang urat dia bahagian kiri leher aku. Cukup tegang dan keras. Bahaya katanya. Aku kena belajar kawal cara bernafas atau aku boleh tercekik ! Patutlah aku terasa begitu kebelakangan ni. Aku ingatkan aku salah bersenam ! Huhuh... Elakkan rasa stress katanya. 

Adeh.. Dia buat rawatan untuk legakan ketegangan. Terasa lega sangat. 


Sebelum dia pulang , dia ada bercerita mengenai Scoliosis pada aku. Dia bertanya pada aku apakah aku berminak nak anak anak aku diperiksa oleh dia ? Aku lagi la suka. Diorang nak naik sekolah tak lama lagi. Risau bawa beg berat berat dan beri impak pada tulang belakang mereka jika aku tidak ambil berat mengenainya. 

Mula mula Zahra pastu Qhaliff. Dua dua ok. Tapi bila sampai kat Aariz , dia tanya Aariz.. " Haaa, ni camana duduk ni ha ? ". Aku tahu dah. Memang berkali kali dah aku tegur Aariz bab cara duduk ni. Dia suka membongkok yang mana tak bagus sama sekali untuk tulang belakang dia. Nasib baik tak kronik. Huhuh.. 

Siap sesi untuk aku. Aku booking untuk sesi wife minggu depan lak. Dan ada beberapa orang kawan aku pun dah bertanya mengenai rawatan ni dan juga nak dapatkan sport massage dengan Puan Atikah. Diorang tanya camana ? Heee... aku jawab... boleh tidur lena pastu ! 






Berminat  untuk dapatkan rawatan ? Boleh hubungi terus di 011 55532903 ( Puan Atikah ) . 

Baca juga Kenapa tidak hadiahkan ini buat isteri anda ?
 

You May Also Like

0 comments