Mak aku call nak madu tualang !

by - Isnin, Mac 07, 2022

 
Pakat pakat batuk la sejak balik dari Pulau Pinang. Mak yang pergi sama dengan adik beradik aku ke sana baru baru ni atas urusan keluarga, katanya berpunca dari cuaca yang panas terik. Masing masing main kat pantai bagai.. maunya tak batuk ! Balik KL , hujan memanjang. Nah.... Swab test , katanya negatif. Hurmm..

Tadi, mak call nak aku orderkan madu tualang. Memang tiap bulan aku belikan madu tualang dari Basteng.com. Aku memang yakin beli dengan Tuan Azhar ni. Bukan sehari dua dalam bisnes ni. Dia sendiri pun bekas jurutera yang pastinya mementingkan kualiti ! Maka apa saja dia nak jual, dia akan perhatikan kesahihan dan juga ketulinan. Maka sebab tu, sejak PKP ni , aku beli madu tualang dari dia jer. Kalau nak madu kelulut, aku beli dengan Pak Long di Baling, Kedah. Situ pun aku sendiri dah tengok ladang kelulutnya. Memang terbaik la.. Rasa dua dua madu ni memang lain. Anak anak suka tualang. Begitu juga isteri. Aku , tak kisah. Mana mana aku bedal. Asalkan madu. Yang madu, satu lagi tu je aku tak leh nak bedal. Nanti aku kena bedal ! Hahahha.. 

Ok... Mak aku nak madu tualang sebab dia batuk batuk lama dah. Katanya madu tualang ni dia campur dengan lemon dan juga cengkih. Ada la kurangnya. Cuma nak kata hilang terus tu tak la. Aku rasa pemakanan juga punca kenapa batuk tak hilang hilang juga. Tak pe la.. janji ada kurang , ok la..

Aku tahu.. ada yang tanya , tulen ke madu tualang ni ? Camana nak tau asli ke tak ? Ramai je skang ni claim kata madu diorang jual ni asli atau tulen ! Haaa.. camana pulak yang Basteng ni jual ? Dia sendiri pun amik berat bab ni. 

Dan baru baru ni, dia hantar madu tualang Haji Ori Temerloh ni, ke MGVI untuk mendapatkan kesahihan..



Dan keputusan yang diterima.... Alhamdulillah. Semua pelanggan Basteng, berpuashati. Aku memang berpuashati lama dah. Kalau rasa madu yang dia jual tu, boleh tahu dah camana. Haaaa.. Harga pun leh tahan la gak. Tapi dah memang ori. Takkan nak jual murah. Nak dapatkan madu bukan cari bawah tanah pun. Kau kena panjat pokok bagai ! Bukan rendah. Tinggi woiiii..

Ok la kan ? 


Kalau korang rajin cari info di media sosial ni, pasal madu. Korang akan dapat macam macam. Tiruan paling menakutkan. Jadi , aku pegang dua penjual ni dah. Senang. Diorang pun senang kira dengan aku. Aku tak pulak mintak diskaun bila beli. Kalau rasa tak mampu nak beli.. aku diam ! Hahahha.. Jangan bising kata mahal lak. Ko pun tau madu ni bukan barang murah. Nak murah, gi panjat amik sendiri. 

Ok... aku nak order madu sat. Mak mertua kat Kelantan ni pun nak. Huhuh.. Biasa diorang makan madu kelulut tapi takda stok lak. Kena order lebih la jawabnya. Selain tu, ada juga barang makanan sedap seperti ayam dan sebagainya... boleh tengok sendiri kat link Basteng.com tu. Aku kasi tau jer. Apa apa, leh whatsapp terus Tuan Azhar.. senang deal ngan dia. 

You May Also Like

1 comments

  1. Sekarang nak dapat madua tualang ke atau kelulut ke yang asli susah sangat. Harga boleh tahan tapi kadang tak asli. Tu yang taku nak beli.

    BalasPadam