Makin ramai 'pergi' kerana serangan jantung dan kanser !

by - Khamis, Mac 17, 2022


Setiap hari ada je berita pemergian seseorang yang dikenali atau disayangi. Punca ? Hurm... kebelakangan ni , banyak berpunca dari serangan jantung. Dalam sihat sihat , tiba tiba 'tumbang'. Kenapa ini boleh terjadi ? Kanser pun begitu juga.

Aku tahu ianya menakutkan. Tapi masih ramai yang hanya takut seketika. Pastu terlupa dah terutama bila nampak makanan viral lalu depan mata ! Huhuh.. Kan kan ? Hurm... Jangan gitu. Nak makan makanan sedap , silakan. Takda masalah tapi bersederhana. Sekadar makan untuk rasa.. bukan melantak sampai kekenyangan ! Pastu esok, cari port lain lak.. Adeh. 

Aku bukan doktor nak bicara pasal penyakit ni. Tapi aku ada la sedikit maklumat dari mereka yang pernah ada masalah dengan jantung dan juga kanser ni. Diorang la sering nasihatkan aku untuk jaga makanan dan juga aktiviti harian. Aku amik berat bab ni. 

Nak tak nak, aku kena korbankan sedikit kesukaan aku bab makan ni. Hasilnya , cukup berbaloi ! Tiada lagi sakit kepala ! Tiada lagi semput ! Tiada lagi masalah payah bangun awal pagi. Malah aku juga berjaya kawal nafsu makan untuk elakkan aku dari dapat diabetis yang mana orang kata ianya penyakit keturunan.. buat masa ni ! Huhu.. semoga dijauhkan. 

Apa tips aku ? Hurmm... Aku fokus pada tekanan darah tinggi yang mana aku berjaya kawal setakat ni. Amalkan minum jus buah dan sayur setiap hari , secawan.  Pastu bersenam dan akhirnya, mestilah cukup tidur. Pastu pastu... jangan stress stress kan diri ! Benda boleh bawa bincang ,kita bincang bersama. Haaa.. cenggitu ! 

Selain jus sayur buah , aku juga amalkan minum halia. Banyak betul khasiat halia ni. Kalau kunyit , memang orang rumah utamakan dalam masakan. Cuma halia ni , aku suka jadikan minuman. Bagus untuk buang angin dalam badan. Selain tu aku dapat tahu halia ni boleh mengurangkan masalah sakit sendi , meningkatkan imuniti badan. Maklumlah , sekarang ni kan kita ada musuh tak dilihat iaitu Covid 19. Nak tak nak , kena jaga kesihatan. Badan sakit, sukalah dia ! 

Bab halia ni, aku pernah reneh sendiri... pastu minum. Memang pedas rasanya. Hahaha.. Tekak perit nak telan. Nak tak nak, kena abiskan gak. Kalau tak wife jeling ! Membazir jer. Tapi pastu , memang sedap la badan. Ringan je rasa. 

Semalam , kawan aku jumpa aku. Dia ni ada masalah jantung. Muda lagi. Huhuh.. Katanya dia sekarang amalkan pengambilan halia. Tu pun selepas dia nampak aku buat posting di whtsap status. Dia memang sarankan halia ni sangat ! 

Sejujurnya.. aku cukup suka bila dia perkenalkan aku serbuk halia ni. Memudahkan aku setiap pagi. Bancuh air panas suam.. pastu buh sesudu. Aku tak nak amalkan buat teh o sebab takut sembelit. Huhu.. perut memasing. Kena tahu. Hee.. Sesekali ok la. 


7  Kebaikan Air Halia Yang Ramai Tak Tahu..

1. Mencegah kuman dalam tubuh badan

Sebatian kimia tertentu dalam halia segar dikatakan dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan kuman.

Ia juga dikatakan sangat baik untuk menghentikan pertumbuhan bakteria seperti E.coli dan shigella.

Disebabkan sifatnya yang mampu mencegah kuman dalam tubuh badan, ia dapat membantu kita untuk mencegah penyakit yang biasa seperti demam, selesema, batuk.

Jadi, jika anda mengalami tanda-tanda awal demam, selesema atau batuk, maka bolehlah anda gunakan tumbuhan ini sebagai “home remedy” atau rawatan di rumah.

Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam ia setelah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari sehingga simptom mulai kebah.

2.Menguatkan imuniti tubuh badan

Halia dapat membantu dalam memperbaiki imuniti dalam tubuh badan.

Dengan pengambilan hirisan kecil halia setiap hari, ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul dan tersekat di dalam saluran arteri.

Paling penting, terdapat satu kompaun di dalam tumbuhan ini yang dikenali sebagai 6-gingerol.

Ia sangat membantu terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

3. Halia boleh membantu sistem penghadaman

Pengambilan tumbuhan ini menggalakkan pundi hempedu untuk merembeskan cecair yang berwarna coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’.

Ia merupakan bahagian pada tumbuhan ini yang mampu membantu merangsang sistem penghadaman manusia.

4. Mengurangkan pening kepala kronik

Jika anda kerap mengalami pening kepala, cuba kunyah sedikit halia mentah atau rebusnya di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil.

Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan pada dahi juga dikatakan dapat membantu mengurangkan pening kepala.

5. Memastikan kitaran darah normal

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang mampu membantu meningkatkan kitaran darah dan mampu membantu mencegah kita daripada demam dan mengalami peluh yang berlebihan.

Dalam satu kajian kecil yang dilakukan, menyatakan tumbuhan ini mungkin dapat membantu tubuh badan untuk menggunakan insulin dengan lebih baik.

Ia juga dikatakan dapat membantu memperbaiki tahap gula dalam darah untuk individu yang mengalami diabetes.

Menurut pengkaji yang lain pula, dikatakan halia mungkin dapat membantu tubuh badan untuk merendahkan paras kolesterol dalam darah.

Ini sekali gus dapat membantu mencegah individu daripada mengalami sakit jantung.

6. Melegakan mabuk perjalanan dan mabuk laut

Walaupun kajian mendapati tiada bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan halia dalam mencegah mabuk perjalanan dan mabuk laut, ramai yang percaya bahawa mereka berasa lebih baik jika mereka mengambil tumbuhan ini sebelum memulakan perjalanan.

Walau bagaimanapun, satu kajian menunjukkan bahawa tumbuhan ini mungkin lebih berkesan daripada Dimenhydrinate – ubat yang biasa digunakan untuk melegakan sakit perut dikaitkan dengan mabuk.

7. Halia boleh mencantikkan kulit wajah

Jika anda inginkan kulit wajah yang bersih, putih, lembut, bersinar-sinar dan awet muda, anda boleh amalkan pengambilan tumbuhan ini.

Hanya dengan menggunakan halia dengan campuran cuka sahaja, ia dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah lalu menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela.

Caranya, mudah sahaja. apa yang anda perlu lakukan ialah rendamkan hirisan tumbuhan ini ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk.

Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Mulai hari ini, jom manfaatkan kebaikan air halia ini seharian okay!

Sumber : Hello Doktor








10 khasiat halia yang mungkin anda tidak tahu.

1) Mengurangkan keradangan

Halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan yang mana berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoart

2) Melegakan loya

Sebatian aktif dalam halia bertindak sebagai ubat yang berkesan untuk melegakan loya yang berkait dengan mabuk. Dengan mengambil 1 gram halia setiap hari ia dapat membantu mengurangkan loya bagi wanita mengandung yang sering mengalami alahan ‘morning sickness’.

3) Mengurangkan kesakitan haid

Mengambil halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid tatkala datang bulan, atau dysmenorrhea dalam kalangan wanita. Teh halia juga sering digunakan dalam rawatan sakit haid.
4) Merendahkan paras kolestrol

Menurut ramai pengkaji, halia membantu dalam merendahkan paras ‘Low Density Lipoproteins’ atau kolestrol buruk, yang dikenali sebagai peningkat risiko bagi kadar sakit jantung. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik tambahkan halia dalam diet seharian.

5) Menguatkan imuniti

Halia membantu dalam memperbaiki imuniti dalam badan. Dengan pengambilan hirisan kecil halia sehari, dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok dengan menghapuskan lemak yang terkumpul di dalam saluran arteri.

6) Membantu penghadaman

Pengambilan halia menggalakkan pundi hempedu merembeskan cecair coklat kekuningan atau dikenali sebagai ‘bile’, yang meransang penghadaman. Halia juga mampu melegakan kejang perut, diarrhea dan kembung yang disebabkan oleh gastritis. Kita boleh mengambil halia dalam bentuk teh atau makanan tambahan untuk membantu penghadaman.

7) Mengurangkan berat badan

Halia mampu bertindak sebagai agen pembakar lemak bagi menghapuskan lemak tepu di dalam badan. Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

8) Mencegah pertumbuhan sel kanser

Hadirnya satu kompaun di dalam halia yang dikenali sebagai 6-gingerol menjadi agen pencegah sel kanser. Terutamanya dalam rawatan kanser payudara dan juga kanser ovari.

9) Dapat melegakan batuk dan sakit tekak

Potongkan sedikit halia segar menjadi kepingan kecil dan masukkan ke dalam air yang mendidih selama 3-5 minit. Biarkan ia terendam seketika kemudian campurkan madu secukup rasa dan minum ketika air dalam keadaan hangat atau suam bagi melegakan sakit tekak.

10) Mengurangkan sakit kepala

Kunyah sedikit halia mentah atau rebus halia di dalam air kemudian hidu wap yang terhasil. Selain itu, kaedah penggunaan serbuk halia kering yang dicampurkan dengan sedikit air dan sapukan didahi dapat membantu megurangkan sakit kepala.

Sumber : Astroawani.com

Jom amalkan..

Kalau nak beli, cari aku di Facebook eh... Aku boleh tolong 

You May Also Like

0 comments