Ke hospital jua aku sekeluarga !

by - Isnin, Mac 28, 2022




 "Bang , jantung laju je ni ? " kata wife selepas keluar dari tandas. Muntah angin. Masih belum pulih sepenuhnya. Angin masih banyak dalam perut. Selera makan takda. Takut nak makan pun ada. Penangan angin dalam perut , jangan dibuat main. 

Baru aku tahu. Dulu arwah ayah sering kena. Aku sian dok tengok dia mengurut perut malam malam hari.Tak boleh tidur. Katanya angin. Sekarang baru aku tau. Salah makan , tak makan, atau lewat makan adalah punca kepada semua ni.

Selepas wife kasi tau pasal jantung laju ni, aku check guna Oxymeter. Memang tinggi la. Oksigen pun rendah skit. Dan ada sedikit demam. Aku terus suruh anak anak bersiap. Aku tengok jam... dah pukul 8 lebih malam. Aku memang dah plan , apa apa jadi.. terus ke Hospital Nilai. Nak ke Hospital Putrajaya , jauh.Dengan anak anak lagi. Parking kat Hospital Putrajaya tu jauh. Tu kali terakhir aku ke sana la.6 tahun lepas. Sekarang tak tau la camna. 

Memecut ke hospital Nasib jalan lengang. Di hospital,  terus ke bahagian kecemasan. Wife diperiksa. Suhu tinggi menyebabkan dia diminta amik swab test terlebih dahulu. Terutamanya jika ingin warded. Setelah diberitahu akan prosedur ,aku turunkan tanda tangan. Pastu sanitize jari jemari sebab pegang pen. Paranoid ? Hee.. mesti ler. Sebelum tu pun ada orang lain pegang pen tu. Jangan memain sekarang ni. Semua kena jaga jaga. 

Aku kembali ke dalam kereta bersama anak anak. Menunggu 'arahan' seterusnya dari wife. Tak lama kemudian, dia antar gambar. Katanya doktor tanya kenapa datang ? Oksigen ok. Jantung pun ok. ECG dibuat dan darah diambil untuk pemeriksaan. Pastu kena masuk air sebab nampak lemah. Wife suruh aku balik rumah dulu. Dalam jam 11 lebih datang jemput dia. 

Ok la.. sian anak anak gak. Dah mula mengantuk. Terus balik ke rumah. Dalam kereta , anak anak murung. Si Aariz bertanya mana ibu dia. Zahra dah mengalirkan air mata tapi tak berbunyi. Tabah dia. Qhaliff, sembunyikan perasaan dia dengan bertanyakan pelbagai soalan. 

Di rumah.. aku tak tenang. Pengalaman lalu bersama arwah ayah menjadi trauma buat aku. Aku tak main main bab perut kembung ni. Perut ni punca kepada pelbagai jenis penyakit merbahaya. Kena hati hati bab makan , bab kesihatan ni. 

Ada mesej dari wife. Katanya dah boleh balik. Aku pun bawa anak anak bersama kembali ke hospital Di hospital , aku uruskan soal pembayaran. Dan di sini satu lagi ujian aku. Tiba tiba kad tak boleh pakai. Debit mahu pun kredit. Aku pelik. Cuba tranfer guna online. Rupanya sistem down ! Arghh.. Camana ni ???? Sian wife dalam bilik tu dah mula berpeluh. 

Akhirnya aku call kawan aku. Minta pinjam tunai. Dia kata ok.Aku pun balik ke rumah. Tunggu dia depan rumah aku. Tengok jam.. dah 11.50 malam. Aku bukak Maybank2U. Sistem dah ok ! Arghhh... Pulakkk... Aku call wife. Suruh dia bayar terus melalui online. Dan katanya staff tu pun dah masuk jumpa dia. Amboi spital ni. Laju je bab bayar yer.. Huhuh.. Tapi ok la. Service dia pun bagus.



Aku jumpa kawan aku. Bagitau dia situasi dah terkawal. Aku ucapkan terima kasih dan minta maaf menyusahkan dia. Pastu aku kembali ke hospital untuk jemput wife. Aariz dan Qhaliff dah terlena dalam kereta. Zahra pon dah nampak begitu.. 

Alhamdulillah... wife nampak sedikit segar. Tapi perlu buat rawatan susulan. Tunggu keputusan PCR dulu.. baru boleh warded

Satu je la nasihat aku.. Ramadan ni adalah permulaan terbaik untuk kita jaga perut kita. Ketika berbuka dan bersahur , beringatlah apa tujuan kita berpuasa ! Jangan tunggu sakit baru kita nak jaga. Jangan tunggu sakit , baru kita nak amalkan makan itu ini.. Jangan ! Mulakan dari sekarang. 

You May Also Like

1 comments

  1. Semoga wife ben segera sembuh ya, lama juga sakit dia tu, seingat juju ben ada mention awal ritu... x sangka berlarutan lagi. Moga tiada apa2 yg serius. Amin.

    BalasPadam