Jangan pisahkan Ramadan mahupun makanan travel anda dengan Sambal Daging Dendeng ini !

by - Mac 14, 2022

Aku ingatkan biasa biasa je sambal daging dendeng ni. Masa dapat tawaran untuk review produk ni pun aku amik je sebab nak try test. Tapi bila dapat tau yang Sambal Daging Dendeng ni dah tersedia untuk dimakan , aku terus dapat idea ! Haaaa... aku nak cuba makan dengan buah kerdas @ genuak ni. Ramai tak reti makan buah ni dah ada yang kata tak tahan bau ! Hahahaha... aku cuba bau.. takda pulak bau dia ? Ke aku takda deria bau ? Hahaha.. 

Ok.. cerita banyak takda.. aku baca arahan kat belakang. Hahaa.. senang ! Tak perlu dimasak lagi. Ada 2 cara mudah.. satu , makan terus dengan plastik ! Yang ni kalau kau spesis T-Rex yang benar benar kebulur la ! Heee.. jangan nak.. jangan ! Sila koyakkan bahagian atas tu dan keluarkan sambal daging dendeng tu. Baru makan yer ! Atau.. boleh rendam dulu dengan air panas... macam aku buat dibawah ni. 

Aku buat semua ni ketika wife gi kerja. Kalau dia ada kat rumah...nanti dia hidang dengan pelbagai lagi lauk pauk. Aku tamo.. Aku nak simple je makan kali ni. Asal ada sambal daging dendeng ni dan juga buah kerdas , dah lebih dari cukup. Alhamdulillah.. 






Tu diaaa aih ! Dia punya penangan. Nampak sangat mudah giler bila ada Sambal Daging Dendeng yang dibuat oleh SumantraaFood ni. Home made yer. Memang power. Minyak dia pun sikit je tu. Kalau melimpah ruah minyak dia, memang aku tak makan la. Hahahaa.. 

Pedas ? Tak sangat pun. Tak bagus pedas pedas ni untuk perut kita terutama yang dah berumur. Kena jaga juga yer. Pedas Sambal Daging Dendeng ni , cukup cukup jer. Haaaa.. Aku suka ! Kalau makan ketika sahur tu , memang tak perlu risau la sepanjang hari. Maksud aku bila tersendawa tu, tak la perit rasa. Kira pedasnya boleh dibawa berbincang la sangat.

Begitu juga ketika travel... Ada orang takut nak makan kat luar kan ? Risau la kes Covid 19 ni tinggi mencanak. Tapi dek kerana nak travel gak , pastikan bawa Sambal Daging Dendeng SumantraaFood ni. Memang berbaloi sangat. Boleh diratah dengan roti gitu jer. 

Kesimpulan... sila la beli dan nikmati bersama keluarga. Berbaloi sangat. 

Camana nak beli ?? Ala.. aku pun tak tau. Hahaha.. Acah jeeee.. Ada beberapa cara nak beli. Dengan aku, bukan salah satu dari caranya yer. Heee.. Sat aku senaraikan camana nak beli dan juga infomasi berkenaan Sambal Daging Dendeng ni. 

Harga... murah je ! Boleh tengok sendiri dan nilaikan.. Hehehee. Kalau sedap, share la entri yer. Kalau tak sedap , bagitau aku.. Haa ! 



You May Also Like

3 comments

  1. Betul3x. Nina dah rasa memang puashati sedap dia. Nak order tuk Ramadan Raya nanti dengan stok bekal Kakak asrama

    BalasPadam
  2. kite baru sempat nk rasa tadi, memang sedappp

    BalasPadam