Cara mudah hilangkan ANGIN dalam badan !

by - Mac 22, 2022

Aku teringat lagi masa aku kecil kecil dulu. Arwah ayah sering minta aku urutkan perut dia. Katanya angin. Hurm... masa tu budak kan ? Mana tau apa apa. Ingat angin dalam perut ni , biasa biasa jer. huhuh.. Katanya sampai susah nak kentut. Maka kena urut sampai keluar angin. Selagi tak keluar , memang 'berangin' orang tua tu. Huhuh.. Jangan main main dengan angin ni. 

Ada satu hari tu, aku termakan makanan yang dipanaskan semula. Dari peti ais , kemudian dipanaskan. Sememangnya itu pantang buat aku. Memang tak boleh. Kesannya ? Satu hari aku derita ! Dia punya bisa abis ke satu badan. Kalau urut kepala... memang belahak je kerjanya. Selagi tak buang air besar dan kentut kaw kaw punya banyak.. selagi tu tak lega. Cara hilangkan , kena rebus air halia. Pastu minum. Terasa lega skit pastu. Sejak tu ,insaf dah ! Tak nak makan makanan dipanaskan semula. 

Dan terbaru.. hurm.. wife ! Dia boleh dikatakan kerap gak la kena angin ni. Punca ada banyak. Lewat makan skit pun memang naik la gas ke ulu hati. Stress kerja dan tanggungjawab pun ya gak. Tak cukup rehat pun ya gak. Haish.. Bahaya betul jika kita tak jaga semua ni. Bila dah diserang penyakit ni, memang totally down ! Terbaring.. satu kerja apa tak leh buat. Nasib baik aku kerja dari rumah. Cuma kesian kat anak anak je la.. tak boleh pergi sekolah lagi. Jika pergi, risau jangkitan di sekolah dan bawa pulang ke rumah. Nanti bahaya untuk ibunya yang masih kurang sihat. 

Solusi ? Nah.. ada kawan syorkan amik GerFlux ni. Katanya bagus. Aku baca info dan dapati bahan yang digunakan memang bagus bagus la. Herba herba natural ni memang aku suka amalkan. Tapi tak ramai orang boleh minum macam aku ni. Huhuh.. Wife aku terutamanya. Bila dah sakit , baru nak minum dan amalkan. Huhuh.. 

Aku cuba GerFlux ni.. Alhamdulillah , mudah jer. Boleh kemam gitu saja atau dibancuh dengan air. Rasa dia ? Ada oren sebab perisa. Jadi tak la rasa herba herba tu. Dan paling bagus , memang lawas la perut aku. Walaupun memang dah lawas sebelum ni tapi dia clearkan lagi saki baki yang ada. Terasa ringan badan jer. Angin ? Hee.. pandai pandai la gi kentut kat dapur. Jangan ditahan tahan dah.. 












Aku tak nak sembang lebih. Aku tahu sejak pandemik ni, ramai yang ada masalah begini. Maklumlah, ramai yang suka makan macam macam dan kurang bersenam. Atas apa jua alasan sekali pun, kita tak boleh pandang enteng bab kesihatan ni. Bukan apa.. kesihatan ni mahal harganya. Jangan main main. Atau jangan tunggu sakit , baru nak cari ubat. Selagi boleh elakkan.. kita elak ! 

Ok.. mana nak beli Gerflux ni ? Korang boleh tengok di link bawah ni : 

Facebook : GerFlux Official
Instagram : GerFlux Official
 Belian terus melalui whatsapp : https://bizapp.la/infogerflux

 

You May Also Like

2 comments

  1. Setuju kena jaga kesihatan. Bab makan ni kalau ter skip memang naya. Macam Nina surirumah ni takde MC lagi kena pastikan diri cukup time makan, cukup tido dan sihat. InsyaAllah

    BalasPadam
  2. Baru tahu panaskan makanan balik boleh sebabkan angin

    BalasPadam