Hati hati dengan tawaran melibatkan duit di media sosial ni !

by - Isnin, Mac 07, 2022

Al kisah bagaimana aku boleh terpedaya ! Adeh.. punya la selama ni aku tak amik kisah bab ni tapi kali ni dek kerana kelabu mata dengan tawaran yang biasanya.. aku terus delete jer ! Mungkin juga sebab pernah terima dan ianya tawaran yang betul ditambah lagi dengan page Santai Ben Ashaari tu dah viral di luar negara. Cenggitulah... kononnya la ! Hahaha.. hampeh ! 

Aku terima email. Aku baca dan cam.. wow ! Biar betul ? Berbaloi la aku punya usaha 2 minggu ni naikkan page tu. TAPI aku terlepas pandang satu perkara ! Biasanya aku akan tolak tawaran bila dapat email ni tanpa banyak cerita ! Haaa.. tang mana tu ? 

Ok.. pertama... dia tak sebut pun nama kita ! Haaa.. 



" Hello, " jer ??? Haaa.. Kalau betul, dia akan sebut nama kita cam.. " Hello Ben Ashaari , ". Di situ dah boleh nampak la dia memang nak berurusan dengan kita. Tapi masih kena hati hati juga yer.. Memula tu memang aku tak layan tapi dek terpandang jumlah tawaran yang dia kasi tu.. Aku terpukau ! Bingai tul. Betul betul mengena umpan dia. 

Maka aku pun gi balas ! Nah... di sini boleh dipertikaikan lagi kesahihan. Bila aku mesej dia, tak kira masa.. dia balas dengan cepat ! Waahh ! Hari cuti pun dia balas laju. Eh ? Tak pernah pulak aku berurusan begini pantas. Cehhh.. hampeh ! 

Dia pun kasi T&C dia. Pergh.. Tu diaa ! Dasat betul manusia bila nak menipu manusia lain. Tak hairan la kita pun leh kena scam dengan bekas PM kita. Hahahahaa.. Ok ok... Maaf. tu lain tajuk dan lain isu. Sambung... aku pun berbalas balas email. Dan tolong ! Tolong yer.. Bila buat kerja gini, jangan ada gangguan. Macam aku dok buat ni, sambil balas email, aku dok berbual dengan orang. Tak fokus dan tak fikir panjang. Main layan jer.. 

Uhuk...  

Aku pun ada rujuk pada beberapa orang kawan. Ada yang nasihat jangan ! Ada yang kata genuine ! Hurm... aku , 50/50 nak percaya. Nak lagi best , aku terdelete email ni. Tapi gatal pi carik semula. Walhal masa terdelete tu, aku patut pikir. Ini amaran dari Allah ! Huhuh.. Tapi aku masih nak teruskan juga.


Dan akhirnya... selesai urusan. Aku tunggu langkah seterusnya. Tiba tiba aku dapat email ni ! Terus aku rasa kelabu ! Pening kepala. Serupa kepala kena hantuk dek hammer Thor! Aku terus bergegas ke bilik. Cari cara jalan untuk dapatkan semula. 

Nope ! Kau boleh ucapkan takziah terus pada page tu ! Aku tak kisah page tu. Yang aku kisah ialah.. dia akan gunakan page tu untuk scam orang lain ! Tu yang aku takut sangat. Aku tau , diorang pun nak aku mesej diorang untuk dapatkan page tu. Diorang nak aku bayar. Nope ! Aku takkan mengalah part ni. Aku nak delete terus page tu. Aku rela kehilangannya.. 


Apa yang aku takutkan.. jadi kenyataan ! Memang diorang salahgunakan page tu. Diorang letak gambar tak senonoh di FB Story. Diorang pandai. Kalau letak di posting, memang senang FB nak detect. Kalau di Fb story, makan masa sedikit. 

Aku cari cara. Baca di google, FB , Twitter. Ramai dah kena macam aku. Sebijik jalan ceritanya. Dan kebanyakkan mereka adalah golongan yang cari makan dalam dunia media sosial ni. Celaka sungguh diorang ni. 

Setiap hari.. ada je kawan kawan mesej aku dan bagitau aku akan posting gambar bogel tu. Malah adik beradik , jiran pun ada bagitau. Aku jelaskan pada mereka apa yang berlaku. Nak kata apa dah. Nasi dah menjadi bubur. 

Aku putus asa. Aku mampu up status , post di Fb Story, Ig Story untuk maklumkan isu ini. Minta mereka yang baik hati.. sudi report page tu ! Setiap hari kena report ! Huhuh.. Dengan harapan, Facebook atau Meta akan amik tindakan terhadap page tu. 

3 minggu aku berusaha untuk report pada Facebook. Tapi gagal. Pelbagai cara aku buat. Dan pada satu hari... doa aku tertunai. Terasa lega sangat ! 


Alhamdulillah.. syukur pada Allah. Page tu dah lenyap. Hilang dah rasa geram aku. Tapi aku belajar dua perkara. Pertama , berhati hati. Jangan mudah gelap mata bab duit ! Kedua , buat kerja.. fokus ! Dan ketiga... aku je tau. Heeee.. 

Terima kasih buat rakan rakan yang sudi membantu tempoh hari. Hanya Allah saja mampu membalas kebaikan kalian. Semoga Allah berkati anda sekeluarga. 

You May Also Like

0 comments