Selepas 10 tahun berkhidmat , dia pergi jua...

by - Jumaat, Mac 04, 2022


Sedih.. tapi apa nak buat ! Page Santai Ben Ashaari tu, dah lebih 10 tahun bersama aku. Sama usia dengan blog aku. Banyak membantu buat promosi dan juga menjana pendapatan untuk aku membesarkan anak anak. Tapi apa nak buat.. sampai situ je perkhidmatan dia. Huk huk.. Sedih.

Page Santai Ben Ashaari tu pernah dirampas sebelum ni. Yang hack tu orang kita. Berjaya diselesaikan dengan cara baik. Aku pun tak tau camana dia boleh dapat. Tapi kali ni, aku tau camana. Aku pelik camana aku boleh terlepas pandang beberapa perkara. Dek kerana keyakinan kuat mengatakan ini adalah asli , aku tertipu jua akhirnya. Maklumlah, kerap baca pasal prep kewangan. Maka apa saja yang masuk, kita amik ! Rupanya ada juga yang sedang memerhati untuk ngap kita ! 

Ada kawan kawan dah nasihat ! Katanya scam ! Tapi ada juga yang kata asli ! Huhu.. Dek kelabu mata dengan tawaran tu  aku teruskan juga. Sebelum ni aku pernah juga buat. Takda masalah. Sebab tu la aku yakin sangat. Sekali ambik kau !! Page yang naik mencanak followers dan views dalam 2 minggu terakhir sebelum dirampas dengan kejam , aku terpaksa minta rakan rakan 'bunuh' terus ! 

Terpaksa ! 

Si pencuri membuat posting lucah untuk menarik perhatian orang luar untuk scam mereka pula. 3 minggu mereka buat begitu setiap hari. Dan 3 minggu tu juga aku terpaksa buat report..hari hari ! Macam macam aku buat. Hantar email... send report ! Kasi ID aku. Mintak kawan kawan juga report. Dan mereka yang tak perasan akan posting aku mengenai page dihacked tu , mesej dan beritahu akan paparan gambar tu. Aku nak kata apa dah ? Mampu kasi tau kisah sebenar je la.


Semalam... Facebook hantar mesej kasi tau yang page aku tu, dah dipadam sepenuhnya ! Syukur Alhamdulillah.. Segan ! Orang dok ingat aku yang post gambar tu. Huhuhu...Sedangkan aku dah kasi tau berkali kali.. pelbagai cara. Tapi mesej tak sampai juga pada rakan rakan. 

Tak kisah la.. yang penting sekarang , aku kena mulakan dari bawah semula. Tak pe...Kecil sangat ujian aku ni. Rakan rakan aku lagi besar ujian. Yang penting dah selesai. Aku keluarkan page aku yang satu lagi ni ha.. Lama dah aku simpan dia. Ramai tak tau gak. Hehehehe.. Kali ni aku nak sembunyi details aku. Bagi yang tau.. tau la.. Yang tak tau.. haaa.. biaq pi la.. 


Jutaan buat rakan rakan yang tolong buat report yer. Semoga Allah berkati anda dan keluarga anda. Jom kayuh semula untuk naik.. tak mudah tapi menarik ! Kena keluarkan skill skill yang ada.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Ujian tanda Allah sayang. Doa yg baik baik utk semua.Semoga ada hikmah atas apa yang terjadi..

    BalasPadam
  2. Perasan juga post tu..dah agak mesti dah kena hack scammer ni

    BalasPadam