Hari pertama persekolahan tahun 2022 , aku cuma..

by - Isnin, Mac 21, 2022

2 hari brainwash sebelum hari persekolahan. Barangan keperluan pun dah disiapkan. Alhamdulillah. Zahra dan abangnya, tak sabar dah nak gi sekolah. Katanya nak jumpa kawan kawan. Dua ni aku tak risau sangat. Memang dah nampak boleh jaga diri. Zahra dari tahun 1 , dah pandai jaga diri. Yang aku risau.. si Aariz ni jer ! 

Kenapa dengan Aariz ? Dia dah set mind dia lain macam. Nak betulkan, memang makan masa. Tapi dia boleh je ikut cuma jangan ditakut takutkan dia. Macam masa amik vaksin ari tu, awal awal.. dia paling taknak. Bila tengok si abang selamba jer tadah bahu, automatik diorang pun tadah bahu. Alhamdulillah.. semua ok hingga sekarang.

Sayangnya.. hari pertama persekolahan , mereka.. aku tak dapat nak hantar. Wife tak sihat. Sehari sebelum tu, dia diserang sakit ulu hati. Lewat makan punya pasal. Dia kalau lambat makan pagi, memang kenalah. Padahal katanya dah roti sekeping. Bagi aku tak cukup sebab pagi tu banyak kerja nak siapkan. 

Balik dari Aeon, dia terus terbaring kesakitan. Semalaman aku tengok dia. Tak cukup tidur aku. Sebab tu aku amik keputusan untuk tidak hantar lagi anak anak. Selesaikan urusan wife dulu.. 





 Nasib baik anak anak pandai bawa diri dah. Tau ibu tak sihat, memasing buat hal bersama sama. Qhaliff , ada kelas mengaji Online bersama FlyHigh Training Centre. Alhamdulillah .Kelas online FlyHigh ni sangat membantu dia terutama masa PKP lagi. Dari lemah Matematik dan Bahasa Melayu, dia dah banyak perbaiki kelemahan dia. Zahra pun begitu juga. Penguasaan membaca BM dan BI pon dah ok. Aariz pun dah pandai membaca. Tu tak pergi tadika langsung tu.. Huhuh.. Belajar kat rumah jer.

Esok.. inshaAllah pergi sekolah semua. Cuma kesian je la.. dapat tempat belakang belakang. Tak pe la.. Bapak diorang dulu pun duduk belakang belakang... berjaya gak jadi orang . Heee.. 

Semoga Allah lindungi anak anak kita semua. 

You May Also Like

0 comments